Friday, 25 September 2026

Singgah Ninso

Rabu. 

Sejak minggu lepas Adik ajak ke Ninso. 
Hari ni baru ada kesempatan. 

Happy dia...

Langkah kanan... 
Ada promosi sampai Ahad ni, semua barang RM2.20. Jom Adik, ambik bakul! 

Inilah barang yang dia cari...beads untuk buat gelang. Stoking tu Ummi suruh ambil sebab dia suka pakai stoking kalau keluar rumah. Keluar main, suruh hantar barang ke rumah jiran ke, dia pakai stoking. 

Untuk Kakak, Ummi belikan stoking dan hand sock. Boleh tukar-tukar sebab puteri wajib pakai stoking dan hand socks di sekolah/asrama. Minggu ni call sekali je, sibuk dengan latihan sketsa sempena Minggu Sahabat, anjuran PRS. 

Ummi: Kakak join ke?
Kakak: Aah Kakak jadi orang sakit mental 
(Sketsa ni berkaitan mental health katanya.)


Beli study table untuk Adik. 

Mek ni dah rasmi dah... 
Satgi bergaduh la dengan Adik tu 😂


Ini untuk Ummi...
Kain lap untuk letak dalam kereta (kain lama kena muntah Angah), scoop utk buang poop bulus dan berus cuci bilik air. Takde apa yang spesifik pun nak beli, just grabbed je la apa yang rasa perlu. 

Bulan depan (Oktober) Ninso ni akan buka 24 jam. Laku agaknya cawangan di Greenwood ni. Ke semua Ninso akan beroperasi 24 jam? Siapa tahu tolong komen ye.



2 comments:

  1. Oh, akan operasi 24 jam? baru tahu bila baca entri PH.
    Baguslah kalau begitu, boleh datang bila-bila masa.

    ReplyDelete
  2. Bergantung pada kawasan kot..
    Dulu depa kata sebelum covid, kedai eco dekat Selayang tu pun 24jam juga.
    Tapi, sekarang sampai 10malam je

    ReplyDelete