Undangan kali ni datangnya dari Zira, kerani di SRAI. Pasangannya, Ustaz Afieq pula dulu mengajar di sekolah yang sama. Alhamdulillah jodoh mereka.
Ni majlis bertandanglah kiranya...
Majlis diadakan di Felda Gedangsa. Seperti biasa kami sangat teruja nak ke tempat baru.
3 tahun lepas, kami pernah lalu jalan ni, tapi dari Sg Besar. Masa tu kami balik dari temuduga UA Angah di MRSM Sg Besar. Saja nak lalu jalan yang tak pernah lalu. Masa sampai Felda Soeharto (masa tu tak berapa pasti rumah UA di Felda mana), Ummi cakap dengan Walid, "nak datang sini saja² tak lah kan... Unless ada kenduri kahwin".
Masin mulut Ummi, hari ni kami dapat jemputan makan kenduri di sini.
Felda Soeharto atas lagi dari Felda Gedangsa kalau dari Behrang. Dari Sg Besar, jumpa Felda Soeharto dulu. Betullah tu sebab dulu kami dari Sg Besar.
Rasmikan brooch pemberian MZ tempohari. Cantik kan?
Jauh ye perjalanan kami hari ni. Ummi set meter kereta, 105km dari Prima ke sini.
Ummi ambil nasi minyak, ayam goreng berempah, daging masak hitam, gulai batang pisang, ayam masak kicap dan yang istimewa semestinya sambal tahun/taun. Ummi pernah makan tapi selama ni tak tahu pun namanya. Ingatkan sambal tahun ni nama lain bagi sambal goreng jawa.
Yang dihiris memanjang tu kulit lembu. Ummi dengar tetamu semeja berbual sesama mereka. Ummi ingat sotong kembang 🫣
Walaupun pernah makan, tapi dah lama tak jumpa menu ni.
Balik rumah, kita Google :)
Lauk pauk pula dimasak secara gotong-royong. Pastinya sedap dan banyaklah kuantitinya. Rasanya keluarga UA tumbangkan lembu, paling kurang seekor. Sebab selain menu di atas, ada juga sup tulang. Dalam gulai pun ada Kakak dapat limpa, Angah dapat paru. Kulitnya pula dimasukkan dalam sambal tahun. Gulai batang pisang tu katanya dimasak oleh tukang masak import dari Kedah. Patutlah sedap :p
Makanan yang disediakan sangat banyak dan pelbagai jenis sampai tak termakan. Ada juga dengar emcee jemput makan sambal goreng jawa, favorite Ummi tu... Tapi perut tak muat dah... Ketupat tu Angah nak ambilkan untuk Ummi, pun Ummi tolak. Kenot go dah :D
Ambil gambar je la :)
Air balang berbalang-balang... Macam di pasar malam. Meriah sangat kenduri ni, alhamdulillah syukur dapat jadi sebahagian dari tetamu dan merasai kemeriahan kenduri di Felda.
Bakul rotan menampilkan elemen klasik. Lurvvv!
Pengantin dah sampai... Sanggup kami berpanas dok tunggu pengantin ni. Datang jauh² takkan tak tengok depa bersanding kan...
Yang melagukan selawat masa ketibaan pengantin pula suara macam telan kaset. Padu 👍🏻
DOA kami agar kedua mempelai berbahagia selalu, dikurniakan sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga. Selamat Pengantin Baru Zira & Ustaz Afieq serta adinda UA dan pasangannya. Baarakallahu lakum 🤲🏻
No comments:
Post a Comment