Monday, 22 December 2014

Makan Kenduri di Lunas



Sabtu 20122014, kami sekeluarga ke Lunas, Kulim utk meraikan hari bahagia Ali, sahabat baik Hubby. Kawan baik punya pasal kami sanggup turun ke Kedah sekali lagi dalam tempoh dua minggu. 

Peace yo! Jom pi makan kenuri

Bertahun bertugas di negeri di bawah bayu,  kami sangka Ali akan bertemu jodoh dgn org Sabah. Rupanya jodoh Ali dgn orang Kelate. Rombongan pengantin tiba dgn sebuah bas. Ketika kami sampai, rombongan mereka masih berteduh di surau sementara menunggu sambutan pihak lelaki. Hujan agak lebat ketika itu. Moga2 hujan rahmat...

Main hujan!

Memandangkan hujan yg berpanjangan, kami hanya berada di majlis lebih kurang sejam sahaja. Usai berfoto dgn pengantin kami bergerak meninggalkan majlis. Menuju ke Ipoh. 

Semoga Ali dan pasangan beroleh bahagia yg dicari, dirahmati dgn kasih sayang berpanjangan dan dikurniakan zuriat yg soleh & solehah.

Selamat Pengantin Baru!

Tuesday, 16 December 2014

Klinik Pergigian Lina



Sebelum berangkat ke tanah suci tempohari Abang mengadu gigi depannya (bawah) dah goyang. Dek kalut dgn pelbagai urusan & persiapan kami tak sempat nak bawa dia jumpa dentist. Selain tu harapnya gigi tu tercabut sendiri sbb memang nampak longgar dah. Rasa nak he cabut sendiri dgn tangan :)

Balik dari mekah kami lupa pasal gigi Abang. Dia pun x sebut langsung. Until one day tu saya terperasan gigi yg goyang tu masih ada dan gigi baru dah tumbuh di belakang gigi tu. Alamak! Gigi Abang dah jadi berlapis. Mula la Umi dia cuak... sempat pikir nanti gigi Abang mesti x cantik sbb gigi kekal tu tumbuh ke dalam sikit. Dah terbayang anak I x hensem nanti. Umi dia mmg over sket bab2 ni :)

Dengan pantasnya terus le kami bawak Abang ke Klinik pergigian Lina (Klinik Lina) kat Taman melawati. Jumpa my favourite dentist, dr khairy. He is the most gentle & professional dentist I've ever seen. I had few  bad experience with dentist that made me quite phobia to see dentist. When I met Dr khairy for the first time few years back, I keep coming to his clinic every time I have dental problem. Dahlah baik, encem plak tu. Hehe... Klinik ni terletak di tingkat 1, bersebelahan dgn kedai Achik & Advanco. 

Since sabtu dikhaskan utk walk-in patients, lama jugaklah kami tunggu turn. Around I hour jugak. Tapi x bosan sbb ambiance dlm klinik tu sgt cozy & byk majalah yg disediakan utk guest. Not like an ordinary clinic. 

Kasut Angah  selamba je dia nak letak atas rak tu.
Tinggal saya kat tempat macam ni berjam2 pun takpe :)

Abang rilek je tengok tv

Caj utk cabut gigi Abang hari tu rm35 je.
Murah kot sbb private clinic kan..

Bila sampai turn Abang doc bagitau gigi kekal tu akan bergerak ke depan to fill the gap left by gigi susu yg dicabut tu. Yeah! Dah terbayang Abang bagi braces nanti. Over tau Umi ni :)

Skodeng skit;


Cenderamata kenduri dari member ofis B.
Baik hati dia simpan utk kami sbb x dapat datang. Clash dgn kenduri Anas.  

Sunday, 14 December 2014

Majlis Himpunan Persaudaraan Hujjaj (Hishaj) 1435H



13 Disember lepas genaplah 2 bulan kami tinggalkan tanah suci dan kembali ke tanah air. Kebetulan hari yg sama kami dijemput menghadiri program Hishaj anjuran Tabung Haji di Masjid Negara. Jemaah wanita diminta memakai jubah hitam dan jemaah lelaki pula jubah putih. Memang feel macam kat tanah suci bila tengok kebanyakan jemaah hadir menepati tema. Ramai juga 'jemaah muda' macam kami yg membawa anak kecil masing2. Majlis diadakan di dewan solat utama, maka suasananya lebih santai. Saya memilih utk duduk di luar dewan solat supaya anak2 lebih selesa. 

Gelagat anak2
Abang bawak bekal Lego... duduk diamlah sikit

Buah tangan dari penganjur ~ buku DOA tajaan Affin Islamic,
buku bio Rasulullah SAW dan beg sumbangan PPZ

Majlis dimulakan dgn acara bacaan Yasin. Kami terlepas acara ni sbb sampai agak lewat. Perasmian majlis disempurnakan oleh Dato' Syed Salleh, orang kuat TH. Sungguh hati saya berbunga bila Dato menyatakan seramai 5000 orang bakal haji telah menerima surat tawaran utk menunaikan haji utk sesi 1436H. Rasanya baru lagi kami di sana dan kenangan indah masih segar diingatan. 

Seterusnya forum haji yg disampaikan oleh Ustaz Roslan Muhammad dan Dr Hj Zaid Shah. Mereka berdua menyentuh mengenai amalan rohani dan jasmani utk mengekalkan roh haji. 

Majlis berakhir sekitar jam 12.45 t/hari. Usai solat zohor kami ke Tasik Perdana, piknik. Hanya berbekalkan bihun goreng dan nasi tomato yg disediakan oleh pihak TH. Alhamdulillah. 

Depa dua memang kaki makan :)
Angah  pulak terus lupa makan minum bila nampak playground


Thursday, 11 December 2014

Cerita Bendi...


Semalam jiran saya, Pn F post gambar kacang botol dlm group wasap taman kami.  Kacang2 tu baru dipetik di kebunnya. Dia offer sesapa yg nak datang je ambil di kebunnya tu. 

Hasil tuaian di kebun Pn F

Saya pun offer jugaklah bendi yg mil bekalkan masa balik kampung hujung minggu lepas. Banyak...dua plastik beg. Tak termakan kami berdua. Bendi ni bil saya bagi. Dia tanam di sekitar rumahnya. 

From Jitra with luv :)

Then KF & KZ berkenan dgn bendi tu. Maka lepas Maghreb berlakulah sesi 'orang memberi kita merasa...' di belakang rumah. KF bagi saya sebekas begedil. Alhamdulillah. 

Air tangan KZ, bendi goreng belacan.
Siap post gambar dlm group.. hehe

This simple act actually moved me. Budaya memberi & menerima ni makin terpinggir dalam masyarakat. Bila ada peluang begini, rasa excited sangat. Bukanlah balasan yg diharapkan tapi kesudiaan org menerima pemberian kita yg nampak kecil & simple tu yg lebih bermakna. Bila mil suruh saya sedekahkan pd jiran2 saya keberatan. Sbb pikir ada ke yg nak bendi ni. Maklumlah orang bandar, cara hidupnya lain sikit.  Rupanya ramai yg berminat :) 

Skodeng skit;


Chili merah dah berbuah.
Yang ni dah petik dan selamat masuk perut dah :)

Tuesday, 9 December 2014

Sambut bday di Darul Aman Golf & Country Club



Usai kenduri Anas kami terus shoot balik ke jitra pula. Ginilah rutin balik kg kami jika cuti pendek. Semalam di kg saya semalam di kg suami. Adil gitew...

Pagi ahad sebelum bertolak balik kl kami ke Darul Aman Golf & Country Club (DGCC). Plan asalnya nak breakfast kat situ but ended up with brunch. Mil tukar plan, dia nak masak2 dulu kat rumah. Kami disuruh pergi dulu bawak kids mandi pool dulu. Sakanlah Abang & geng termasuk sepupu2nya main air. 


Cik Balqis first time mandi pool. Mula2 takut, dah masuk kolam taknak keluar :)


Seperti biasa, bila family gathering macam ni mesti ada acara potong kek. This time utk bday bulan 10-12. Kali ni depa beli blueberry cheesecake. Sedap!


 Main food, nasi goreng kampung order dgn cafe club. Mil masak bihun goreng & ayam goreng ala KFC. Nasi goreng tu mil order utk 7 org tapi banyak. So dapat tapau, makan on the road. Memang x singgah beli food dah otw back to kl. OK jgk sbb r&r memang pack on that weekend. 

Alhamdulillah just before Maghreb kami sampai rumah. Sempatlah tengok game Malaysia vs. Vietnam malam tu. Time Safiq Rahim score penalty tu mokcik tengah sidai baju :)
Go Harimau Malaya go!



Monday, 8 December 2014

Selamat Pengantin Baru : Anas & Shu


Pengantin sibuk layan tetamu dia sibuk posing atas pelamin.

Jumaat lepas, anak buah kesayangan saya Anas selamat bergelar suami orang. Alhamdulillah.

 Pagi tu sebelum subuh kami bertolak balik ke Espee. Singgah solat di lay-by tg malim then berenti sekali lagi di r&r tapah utk sarapan. Then terus pecut. Nak kejar majlis akad nikah yg akan diadakan lepas solat jumaat. Kami sampai around 10 a.m. sempatlah rehat & makan2 dulu. 

Jam 3 ptg acara bermula. Dan setengah jam kemudian mereka selamat diijabkabulkan. Sebab Anas ni kesayangan ramai, maka ramailah sedara mara yg menitis airmata di hari pernikahannya. Bukan sedih tapi terharu & gembira. 

Esoknya kenduri pula. Hanya satu majlis diadakan utk kedua2 pihak. W/pun skrg musim hujan di sebelah utara sana tp cuaca hari kenduri tu sgt elok sampai ke petang. 

Berkenan pulak dgn handbag kuning tu :)

Khabarnya bunga telor ni dibuat sendiri oleh pengantin perempuan.
Sweet!

Cik Sufya melaram dgn kebaya nyonya

Utk Anas & Shu, selamat menempuh alam rumahtangga. Moga hidup rukun & damai sehingga akhir hayat serta diberkati dgn zuriat yg soleh & solehah. 

Tuesday, 2 December 2014

Makan Kenduri di Trolak


Selamat menempuh alam baru Tun :)

Cerita makan kenduri lagi... sabtu lepas kami ke Felda Trolak utk memenuhi undangan kawan se-uni yg melangsungkan perkahwinan. Dikala kebanyakan kami sudah beranak pinak, dia baru bertemu jodoh, menyebabkan saya sangat teruja utk meraikan hari bahagianya.

Kami singgah dulu di Proton City, Tg Malim sekadar bersiar-siar. Singgah di komplek sukan je pun :) 


Menjelang t/hari kami sampai di rumah pengantin. Kebetulan rombongan pengantin lelaki pun baru sampai. Apalagi berkompang le kita... terserempak dgn beberapa org kawan2 tapi x sempat nak berborak panjang. Masing2 lapo... peak hour time tu semua org sibuk mencari tempat duduk & melayan anak2 kecil yg masing2 dah berbunyi :) tapi sempat juga kami bergambar beramai2 dgn pengantin.

Cenderamata tanda ingatan dari pengantin.


Selamat pengantin baru Tun & Don. Moga dilimpahi kebahagiaan yg berpanjangan, kekal jodoh & dianugerahi cahayamata penyeri rumahtangga.

Skodeng skit;


Roti Bakar telur separuh masak
Inspirasi dari dapur che mat gebu. Kenyang sampai t/hari, cubalah :)