Monday 8 December 2014

Selamat Pengantin Baru : Anas & Shu


Pengantin sibuk layan tetamu dia sibuk posing atas pelamin.

Jumaat lepas, anak buah kesayangan saya Anas selamat bergelar suami orang. Alhamdulillah.

 Pagi tu sebelum subuh kami bertolak balik ke Espee. Singgah solat di lay-by tg malim then berenti sekali lagi di r&r tapah utk sarapan. Then terus pecut. Nak kejar majlis akad nikah yg akan diadakan lepas solat jumaat. Kami sampai around 10 a.m. sempatlah rehat & makan2 dulu. 

Jam 3 ptg acara bermula. Dan setengah jam kemudian mereka selamat diijabkabulkan. Sebab Anas ni kesayangan ramai, maka ramailah sedara mara yg menitis airmata di hari pernikahannya. Bukan sedih tapi terharu & gembira. 

Esoknya kenduri pula. Hanya satu majlis diadakan utk kedua2 pihak. W/pun skrg musim hujan di sebelah utara sana tp cuaca hari kenduri tu sgt elok sampai ke petang. 

Berkenan pulak dgn handbag kuning tu :)

Khabarnya bunga telor ni dibuat sendiri oleh pengantin perempuan.
Sweet!

Cik Sufya melaram dgn kebaya nyonya

Utk Anas & Shu, selamat menempuh alam rumahtangga. Moga hidup rukun & damai sehingga akhir hayat serta diberkati dgn zuriat yg soleh & solehah. 

No comments:

Post a Comment