Pagi tadi breakfast di Restoran Tuu Dok Ko untuk ke sekian kalinya. Suka makan di sini. Selain makanan sedap dan service pantas, ada pelbagai pilihan makanan. Ada goreng² (masakan panas), masakan bersup (bihun, kue tiew, mee etc), laksam, nasi ayam dan semestinya nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu dan roti canai Melayu. Awal² pagi semua makanan ni dah ada, itu yang best tu.
Roti lembut, kuah pun sedap.
Saiz rotinya tidaklah besar jadi masih ada ruang untuk makanan Iebih berat seperti nasi lemak ππ»
Ummi yang kecur tengok mee goreng panas² ni. Memang sedap, mewah dengan sayur dan rencah; udang, fish balls, fish cake. Adik makan sikit je sebab banyak sayur. Rezeki Ummi Walid le hehe ... Dia nak roti canai pulak. Layan...
Suasana dalam restoran agak padat, penuh dengan pelanggan. Tapi order makanan semua sampai cepat. Memang cekap para pekerja restoran ni.
Walid sila bayar π
Bapakk, sebukit mee goreng dia. Roti canai dengan kuahnya pun nampak sedap. Patut ramai pelanggan.
ReplyDeleteUnik nama kedainya tu.
ReplyDeleteRoti canai lembut memang sedap. Saya selalu jumpa yang liat hihihi.
ReplyDelete