Alhamdulillah Abang antara 100 orang pelajar yang dipilih untuk program Beach Challenge ni. Berlangsung Jumaat lepas, di kampus. Ada pantai dalam kawasan uni ni, tapi bukan pantai untuk mandi. Katanya pantai berteluk.
Setiap pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 10 orang setiap kumpulan. Abang jadi ketua kumpulan (dipilih secara random) oleh mentor. Ketiga² acara berjalan secara serentak.
Abang joined Mini Turbine Challenge. Sepatutnya 4 orang ahli kumpulannya, tapi seorang tak hadir. Simple je hasil kerja team abang. Tak tahu kena hias bagai kata Abang. Takpe, inilah namanya pengalaman. In future kalau ada lagi program/pertandingan begini boleh improve. Kena buat presentation juga kata Abang. Baguslah tu, boleh tambah keyakinan diri untuk bercakap di depan. Dah masuk uni ni, banyak presentation kena buat jadi nak tak nak memang kena bercakap di depan. Asah sikit² skill tu ye Abang 🤗
Untuk task ni, ahli kumpulan yang lain pula terlibat. Bagus, semua dapat merasa siapkan tugasan.
Sementara anak² Asasinya berprogram, Ibu (Puan Pengarah Pusat Asasi) bersilat di dapur. Anak² pelajar request ikan patin masak tempoyak lagi. Ibu pun layan je 👍🏻 Selain tu ada juga ayam goreng berempah dan sambal penyet.
Beli di Mr DIY, guna duit Acik Faiza bagi 🤗
Masa hantar dia dulu dah nak bawa pinggan, mangkuk dsbnya tapi dia kata nanti dulu. Dia cuma bawa kole, tapawé dan sudu garfu je. Bila dah settle down tu, apa² keperluan baru beli sendiri di sana.
Alhamdulillah. Semoga banyak lagi peluang untuk Abang terlibat di masa depan.
Syok ada aktiviti kt pantai.. Sedap menu disediakan tu repeat lg menu ikan patin
ReplyDeleteSedap sangat patin tempoyak tu anak2 pelajar suka.
ReplyDeleteSemoga Abang terus dapat menyesuaikan diri di situ. Take care Abang.
ReplyDeleteTak ramai ke jumlah murid satu batch asasi ni sampai Puan Pengarah boleh menyantuni anak-anak ni?
ReplyDeleteSiapa cepat dia dapat la kekdahnya kot. Cuma relatively jumlah students di sini kecil la compared to the likes of UIA ke, UiTM ke...
Delete