Wednesday, 5 July 2023

Mewah Rezeki

Lama dah tak story pasal pemberian jiran-jiran...

This instant carbonara macaroni Cik As bagi. Bulan puasa hari tu lagi rasanya. 

Dapatlah semangkuk. 
Sedap dan cepat sungguh nak sediakan... 

Masa nak keluar hantar Abang balik asrama, nampak penjual Lemang Tok Perak ni sedang mengemas tapak jualan mereka. Kami agak ini last day depa beroperasi untuk musim raya tahun ni. Ummi minta Walid beli sebatang. Alhamdulillah rezeki hari terakhir depa meniaga, disedekahkan sebatang lemang lagi. Masa raya puasa hari tu pun sama. Hari terakhir berniaga depa edarkan lemang free. Tapi bukan rezeki kami masa tu. Mudah-mudahan bertambah maju perniagaan mereka. 

Ini pula dari surau... 

Happy Birthday Ara!
Macam-macam ada dalam bday pack tu...

Daging Masak Kicap dan Kari Daging dari Aunty Farah. Tak silap, Aunty Farah ambil bahagian qurban lembu sado tempohari. Kalau betul, merasalah juga daging lembu sado hehe... 

Buah rambutan fresh dari ladang pemberian Cik Aida. Ayah bondanya bawa dari Kulim nu... 

Tembikai manis ni dari Cik Ana. Ummi bagi dia rasa betik tanam sendiri hari tu, dia balas dengan tembikai. 

Nenas tanam sendiri! Rumput pun tak buang lagi, nak buktikan bahawa nenas ni baru dituai :p

Nenas ni baka MD2 dari Pontian. Alhamdulillah menbuahkan hasil. Simpan dulu sementara nak decide untuk makan begitu saja atau dibuat pajeri. Mungkin kena bahagi dua sebab anak³ tak makan nenas bila dimasak. 

Syukur selalu 🤲


 

11 comments:

  1. Alhamdulillah... jiran memberi kita merasa.. ye dak??

    ReplyDelete
  2. Kata pepatah, ornag memberi kita merasa kan...alhamdulillah..rezeki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur jiran-jiran semua baik²...itu pun rezeki juga

      Delete
  3. indahnya silaturrahim murah rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama jaga silaturrahim, Insha Allah ada berkatnya.

      Delete
  4. Alhamdulillah, semoga yang memberi dan merasa sama2 dilimpahkan rezekinya.

    ReplyDelete