Sunday 16 July 2023

Asam Jawa Cute

Jika ke Pekan Rabu di Alor Star, asam jawa yang dibungkus bulat-bulat sebesar penumbuk antara yang sering dicari oleh pengunjung, selain kuih-muih tradisional seperti kuih karas dan kuih loyang. 

Dan kebanyakan older generation di Kedah biasanya menggunakan asam jawa jenis ni dalam masakan. Cubit sedikit dan rendam dalam air untuk mendapatkan rasa masamnya. 

Dan untuk ke sekian kalinya juga, Ummi terima kiriman asam jawa dari Tok Umi. Cuma, kali ni saiznya lebih kecil, sebesar bola pingpong lebih kurang. 


Dalam saiz sebegini, lebih senang rupanya nak guna. Untuk semangkuk air asam jawa, ambil saja 1 ketul asam jawa ni. Nak guna lagi sikit, ambil je separuh. 

Hasil penggunaan air asam jawa; Asam Rebus Ikan Tenggiri 😋

Selain asam jawa, Tok Umi juga rajin kirimkan asam keping. Lama dah Ummi tak perlu beli asam keping pun. Masa Tok ada dulu, setiap kali balik kampung, Tok bawa stok baru dari kampung; pemberian Mak Lang Di biasanya. Ada kalanya Tok bawa balik buah gelugor masak dari pokok di kampung. Balik ke sini Tok hiris dan jemur kering, jadilah asam keping. 






16 comments:

  1. Bagus sedia stok asam jawa dan asam keping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sentiasa ada supply dari mil :D

      Delete
  2. Saya perasan jugak orang jual asam jawa kepal2 gini tapi saiz besar, tak beli sebab dah biasa guna pes.

    Comel je ada kepal kecik gini, mudah guna 👍🏽

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun selalunya guna yang pes, tapi sejak kebelakangan ni MIL rajin kirimkan jadi guna aje la :D

      Delete
  3. Sedap rupa asam rebus 😍 Ibu mertua saya suka bagi asam keping kawan dia buat sendiri. Takyah beli asam keping dah stok setahun. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah sama dengan akak, asam keping dah lama tak re-stock :D

      Delete
  4. sy pun suka asam jawa ori yg mcm ni... utk sapukan badan kat baby demam panas pun boleh yg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. O ye ke? Sy ni buat guna dalam masakan je kakmim.. tak tau pula kegunaan lain :)

      Delete
  5. terliur tengok asam rebus ikan tenggiri,makan nasi kuah banjir alahai sedapnya...dekat sini dah susah nak jmp asam jawa kepal

    ReplyDelete
  6. Asam Jawa ni kita jumpa jual kat utara aje. Johor macam tak ada. Lagipun kita lagi suka guna pes asam jawa Adabi.. org muda la katakan, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah PH pun rasa belah utara byk asam jawa jenis kepal ni.. PH ni tak sempat dah nak beli asam jawa pes tu, sentiasa ada stok MIL bagi, Barang dah ada kita guna je la hikhik...

      Delete
  7. Asam jawa kepal ni xde kat Selangor. Dulu kakak saya mengajar kat Perlis. Kat situ la jumpanya asam jawa kepal, serbuk kari cap o 😂. Sejak tu mak saya akan borong asam jawa n serbuk kari dari Utara. No more asam jawa paket. Hahaha. Lg best kalau yang takde biji. Senang nak bancuh.

    ReplyDelete
  8. Lebih suka guna asam jawa kepal-kepal macam ni berbanding pes asam jawa tue .sbb bg CCL rasa pes asam jawa tu macam tak kick sangat

    ReplyDelete