Telioq betoi tengok Kakmim masak Mee Kari Daging Korban ๐
Kebanyakan bahan yang diperlukan dah ada, cuma nak tunggu hujung minggu ni baru nak buat cadangnya. Biar semua ada baru syok. Lagipun Jumaat ni Abang boleh PB (pulang bermalam).
Sementara tu, Ummi hidangkan dulu Mee Goreng Daging Korban untuk tatapan semua :D Mee goreng ni juadah raya haji ke-2 hari tu lagi. Baru teringat nak post bila nampak Mee Kari Kakmim ๐
[Tidur mimpi mee la malam ni :p]
Menjadi sungguh mee goreng Ummi kali ni. Ummi memang suka mee goreng yang lembab² gini. Walid pun kemain suka sampaikan petang tu beli lagi mee kuning untuk Ummi goreng lagi. Tapi, yang 2nd time ni tak sesedap yang goreng kali pertama tu. Mungkin tak cukup bahan, sos cili habis! Lagi satu, yang first Ummi guna Jenama JCH (Jaafar Che Halimah, produk Bumiputera dari Kelantan). Ummi suka mee dia, lembut. Yang second tu guna Numee, teksturnya kenyal sikit. Mungkin sebab tu gorengan kedua mee tu kurang lembab.
Apapun, memasak ni macam tu la... kadang tu it's turn out soooo good walaupun main campak² je. Sometimes pula tak seperti diharapkan even though dah follow rapat resepinya.
Selain mee goreng, raya haji ke-2 hari tu Ummi hidangkan juga nasi impit & kuah kacang.
Any tips?
nasi himpit senang je ummi kalau nak rebus. ibu selalu rebus biar terapung. style masak nasi guna sukatan jari. air ngam2 jari, mgm nasi keras atau padat ngat. lagi satu, rebus sampai air 'sat'
ReplyDeleteAir 'sat'? Tak tau haha...
DeleteNanti I pm :)
sedapnya mee goreng dia... nasi himpit selalu sy rebus dlm 30-40 minit kalau guna dapur biasa... sbb tu sy suka rebus mlm kalau nk guna esok harinya... kalau guna noxxa cepat je ni
ReplyDeleteSy pakai PC gak ni Kakmim, Phillips. Mungkin sukatan air x kena kot :(
DeleteSA adalah penggemar mee goreng..suka yang x basah dan x kering sangat..suka letak daging cincang yang ada lemak2 tu...dapnyaaa
ReplyDeleteKita sama. PH pun suka mee goreng tak kering tak basah sgt ni. Yg sedang2 aja :D
DeleteSaya suka mi yang basah-basah. Wah manalah saya hendak cari jenis mi JCH di sini.
ReplyDeleteSama taste rupanya kita :)
DeleteTry Shoppee...kot la ada or try any other muslim products mcm Mee pondok ke...
Saya kurang suka guna mi kuning numee, jadi tak sedap hasilnya. Macam tak meresap rasa gitu ๐
ReplyDeleteNasi impit segera kan tu? saya rasa bergantung kepada jenama nasi impit yang kita beli. Pakai Adabi lembut sedap. Kecuali pernah dapat masak jadi lembik sebab ada masalah production (jenis beras).
Nampaknya bukan sy sorang perasan ye pasal tekstur Numee ni...
DeleteOk baik, lepas ni sy cuba Adabi + tips kawan-kawan bagi ๐
Sedapnya.. saya pulak terliur nih ๐คฉ
ReplyDeleteHa ah kan. kadang ikut resepi sebiji tapi tak berpaa menjadik pulak.. hoho..
Itu yg kadang² main campak-campak je hehe ...
DeleteFiza suka kalau mee goreng letak daging. Sedap!
ReplyDeleteSama!
DeleteRasa dia lain, sedap dari letak ayam or udang dsbnya kan
Sedapnya alahai mee goreng kalau letak daging. Apatah lagi daging korban. Yummmms!
ReplyDeleteYe puan, daging korban tu sendiri rasanya istimewa kan
Deletesaya suka guna mee JCH juga. anak dara seorang ni dok request mee goreng.. Daging kurban pun ada lagi dalam peti.. Mungkin sy patut tiru PH juga ni ๐
ReplyDeleteTerus on api dapur Ily ๐ค
DeleteWah...so long I tak makan mee goreng! Rindu jugak. Maybe on my cheat day I can cook mee goreng daging :)
ReplyDeleteHi PH!
DeleteYou should try and I bet u can cook better than me ๐ค
P/S: Sorry for not dropping comments at your blog. Sometimes I just read the post & leave huhu...
sama geng.. MA pun suka mee guyeng basah. kalau goreng sendiri pun memang akan buat basah2 .. sedappp
ReplyDeleteUiii...suka kalau rencahnya daging ni..lagi2 daging qurban kan lebih sedap
ReplyDelete