Anak³ SRAI cuti lagi, cuti Hari Asyura...
Ummi okay je, sebab memang stay at home mum. Kesian pada yang both parents bekerja la, sebab notis cuti Isnin baru dapat. Tak tahu kenapa JAIS tak sediakan senarai cuti tahunan. Cuti sempena hari kebesaran Islam ni pun berubah-ubah juga. Kadang cuti, kadang dianjakkan...
Adiklah peneman Ummi...
Lepas tu, pukul 12 ambil Angah dan Kakak. Sementara tunggu lepas Jumaat tu, sempatlah Ummi masak sesuatu :p Sesuatu tu nanti kalau jadi, Ummi cerita...
Setel ambil Abang di asrama, rehat la kejap tunggu azan Asar. Lepas tu singsing lengan memasak untuk berbuka.
Ni je Ummi masak semalam untuk berbuka... Cempedak Ummi beli dekat simpang, dari Kuala Nerang katanya. Sekapai la dengan Ummi :D Bulan 8 ni baru deghiyan masak dia kata... Tak sabaq haha...
Angah bawa balik nasi goreng dari surau. Abang pun masa solat Jumaat dapat nasi goreng juga, berbuka baru dia makan.
Acik Solehah buat fast sale kek batik dengan Hokkaido cakes tu... Dia sedekah sekali bomboloni, alhamdulillah. 10 Asyura ramai orang ambil kesempatan bersedekah ...
Seranting? Sebatang? Bik bagi daun limau purut ni. Ummi ingat dia nak bagi anak pokok ke apa, sekali dia hulur sebatang ni atas pagar haha... stok sebulan ni :D
Busy hujung minggu ni, tak sempat blog walking :(
Suka kaswi yang biasa itu sahaja sudah sedap.
ReplyDeletesimpan dalam bekas bertutup daun tu. Tahan lama sikit.
ReplyDeleteOh, Hari Asyura cuti ya. Terliur kita tengok mee goreng PH.
ReplyDeleteSedapnya semua makanan. Kaswi hat pesen lama jugak yang best and puas makan. Hihihi.
ReplyDeleteAlhamdulillah berkongsi mknn di hari asyura... daun limau purut kalau banyak sy simpan dlm freezer je.. simpan di chiller takut layu
ReplyDeleteKaswi classic tu yang sedap kan...Mak SA request dah...mana plak nak cari...tahun ni SA x dapat peluang puasa pun..uzur..terasa rugi kat situ
ReplyDeletealhamdulillah, mcm2 menu ada tu...
ReplyDelete