Rasanya baru sekali Ummi makan ikan bakar petai. Itupun, longgggg time ago, 2011 kot. Masa tu pergi bercuti di Kuantan lepas habis berpantang Angah. Duduk di rumah peranginan syarikat tempat Walid kerja. Banglo besar, 6 bilik kot. Colonial style bungalow. Seram gak duduk rumah besar² ni, sementelah kami 4 beranak je 😅
Malam tu dinner di Ana Ikan Bakar Petai. Rasanya kami ordered Siakap Bakar Petai that time... Lepas tu rasanya tak pernah order ikan bakar petai, sekadar ikan bakar bersambal je kalau makan ikan bakar di mana-mana...
Jadinya bila Walid beli ikan pari minggu lepas, Ummi pun buatlah ikan bakar. Kebetulan Cik Leha bagi 2 papan petai sebelum tu, keluarlah idea nak masak ikan bakar petai.
Baru Ummi tahu, nak buat ikan bakar petai ni kena buat sambal petai dulu 😂😂😂 So, kena pastikan betul² rajin dan ada mood baru boleh buat haha... Dah boleh jadi dua menu dah ni; sambal petai dan ikan bakar...
Sumber: Julies Cooking with Luv (tq 👍)
Bahan-Bahan:
2 keping ikan pari - bersihkan dan lumur dengan garam sedikit
Daun pisang
Aluminum foil
Bahan untuk Sambal Petai:
2-3 tangkai petai - asingkan isi dan kulit
Cili kisar
5-6 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 batang serai*
1 inci halia 1*
Air asam jawa
Gula dan garam secukupnya
# Bahan bertanda * dikisar halus
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
2. Masukkan gula, garam dan air asam jawa. Masak seketika hingga pecah minyak lagi
3. Masukkan petai. Biar seketika. Sesuaikan rasa dan tutup api. Ketepikan.
4. Ambil daun pisang, sudukan sambal petai tadi atas daun pisang, letak ikan pari dan sudukan lagi sambal petai ke atas ikan pula.
5. Tutup/balut ikan dengan daun pisang
6. Ambil aluminum foil dan balut pula diluar daun pisang
7. Panaskan sedikit minyak di atas pan dan bakar ikan hingga masak. Guna api sederhana. Setiap bahagian bakar dalam 10-15 minit.
Alhamdulillah, menjadi... Jika suka, boleh dihidangkan dengan air asam.
Tuaian kali ni dapat 3 biji. Dapatlah berkongsi rezeki dengan Cik Leha dan Cik Ana. Dengan Mak Bee dah, tuaian kedua tempohari. Inilah antara niatnya bercucuk tanam ni, nak kongsi rezeki dengan jiran-jiran. Benda simple gini pun sebenarnya mampu mengeratkan silaturrahim sesama jiran tetangga.
Ini petai yang Cik Leha bagi tu ... Terselit sekali pucuk beka...
Alhamdulillah syukur selalu.
Rupanya kena buat sambal petai dahulu. Ingat letak mentah petai kemudian bakar ikan.
ReplyDeleteMungkin ada cara lain juga NA...sy pun tak pasti :)
DeleteTentu sedapnyer
ReplyDeleteAlhamdulillah, sedap di tekak sendiri :D
DeleteTudiaaaa....pasti bau semerbak petai + daun pisang dibakar..membangkitkan aroma
ReplyDeleteSedap la bau ikan bakaq, MC :D
Deleteikan pari fav husband...kita tk minat sgt tp bole la mkn...sedap tu jambu tapah + betik tu
ReplyDeleteBoleh try dengan ikan lain MT :)
DeleteAlhamdulillah menjadi ye resipi tu. Hujung minggu ni Insha Allah nak gi camping lagi, boleh la buat siakap bakar petai untuk menu makan malam 😃
ReplyDeleteWah, bestnya! Kalau tepi sungai tu lagi layannnnn sis :)
Deletenampak rupa tu dah kalah ana ikan bakar...boleh la cuba juga tapi diaorang berdua ni tak makan ikan pari nak kena tukar ikan lain
ReplyDeleteHaha...rupa je la kot hikhik ..
DeleteKalau siakap pun sedap, isi banyak 👍
Sedap . Kalau kt tempat CCL ikan bakar sambal petai ni diberi nama ikan bakar portugis .
ReplyDelete