Monday, 31 October 2022

Kurang Sihat:(

Hidup kita ni berwarna-warnikan? Sekejap happy, sekejap sedih. Sedang elok sihat, tiba-tiba rasa tak sedap pulak badan. Agaknya badan penat sangat, minta rehat. Maka diberikan-Nya sedikit demam dan sakit tekak. 

Credit: Source

Mudah-mudahan berkat doa semua Ummi cepat sihat. Dah lama tak bertandang ke rumah kawan-kawan 🤗 Nak berkongsi cerita pun banyak ni. Tunggu!!!!!


Sunday, 30 October 2022

Happy 9th Birthday Kakak 🎈🎈🎈

Happy Birthday Kakak! 

"I smile because you are my daughter, I laugh because there's nothing you can do about that " 😂

Ummi beli kek viral sama macam birthday Adik bulan 5 hari tu. Tapi, sekarang harganya dah naik RM5 🤭 

Takde celebrate apapun sekadar dinner di Domino's Pizza minggu lepas. 

Ini pula dari kawan-kawan dia ...

Medina, Zahra & Inas. 

"Ada lagi kawan-kawan nak bagi hadiah, Ummi" :D 

Ummi Walid doakan agar Kakak sentiasa cemerlang dalam setiap perkara, sentiasa dalam lindungan-Nya dan jadi penyejuk mata keluarga selamanya 🤲 

Sayang Kakak!  




Friday, 28 October 2022

Busy :p

Sehari dua ni Ummi super duper busy. 
Sibuk, tapi bahagia alhamdulillah ☺️
Dah lama tunggu momen ni, bila hadir kita dakap penuh kesyukuran :p


Selamat berhujung minggu semua. 

Thursday, 27 October 2022

Cuti Deepavali ~Day 5


Pagi semalam bawa anak4 ziarah kubur Tok. Dah lama diorang tak ke sini. 

Sedar tak sedar dah hampir genap 2 tahun Tok meninggalkan kami :( 

Lepas tu bawak depa shopping di Mr DIY :) Kakak beli pencil case dekat 30 ringgit 😇 Dia guna duit Maksu bagi tempohari, hadiah untuk birthday dia. Yang lain Maksu bagi sorang RM20. 

Lepas Zohor hantar permata hati balik asrama. Dalam kereta dah start rindu, walaupun Abang ada kat sebelah je :D Semua mak-mak mesti macam tu kan, berat hati je nak berpisah dengan anak-anak w/pun sekadar waktu :p

Wednesday, 26 October 2022

Cuti Deepavali ~ Day 4

Nak masuk rumah pun pekerja-pekerja KE dan KR sedang bertungkus-lumus siapkan kerja. Jadi, kami ambil peluang survey kabinet TV. Temujanji untuk ukur curtains dan wardrobe pun kami terpaksa reschedule. 

Nak design simple macam ni je. Ikutkan harga tu dah ok, tapi kami nak warna putih. Yang 6ft adalah warna putih. Kami cari yang 4ft, just nice for our living hall. Lagi satu kedai ada, cuma harganya pulak over budget. Tapi, Walid berkenan yang ni,  sebab kaki rak tu lebih kukuh. 

Petang dan malam kami spent time berlibur dengan anak4. Rabu Walid kerja dan Abang pun kena balik asrama. 

Malamnya dinner sempena birthday Kakak. Awal sikit sebab birthday-nya nanti Abang di asrama. Dia dah la rajin baca blog Ummi, nanti kantoi pulak tak bawak dia 😂







Tuesday, 25 October 2022

Api ~ Coretan Minggu 10

Syukur alhamdulillah Kontraktor Rumah sangat cekap dan cepat buat kerja. Baru 2 hari bekerja (start kerja Sabtu 15/10) dah nampak significant progress yang mereka buat. 

Day 64
Day 65

Day 66

Day 67
Day 68

Day 69

My kitchen. 
Hacked untuk letak plug Coway. Unfortunately, KE tersilap. Sepatutnya maintain 3 plugs in this area tapi beliau pasang 1 saja. Takpe, takpe... Kita adjust nanti. Lagipun 4 plugs kat atas tu ada.

Day 70 

KR pasang cornish di bahagian ruang tamu. Silingnya pula kami minta KR skim coat saja. Tak cukup duit nak buat plaster ceiling :p. Cornish tu pula fungsinya bukan setakat mencantikkan siling, tapi untuk tutup wayar eletrik yang dipasang di sebelah dalamnya. Baru tau ☺️

Walaupun KE sedikit delay (sebab buat wiring di rumah Aunty Farah juga) tapi alhamdulillah all went well for this week. Dari Minggu Ke-9 banyak sangat perkembangannya alhamdulillah. 

Sikit lagi 💪


Cuti Deepavali ~ Day 3

Semalam 24/10 hari paling bahagia rasanya sejak kejadian tu. Masakan tidak, kami terima kunjungan Makcik dan Paksu sekeluarga. Makcik & co dari Taman Negara Pahang, singgah otw nak balik Ipoh. Walaupun berborak di porch aje, seronok! 

Paksu sekeluarga pula sampai dah dekat pukul 6 ptg.  Depa pi jalan-jalan ke Johor. Singgah rumah Maklong Ida dulu, baru ke rumah kami. 

Kids are always kids 🤩

Sebelum depa balik, kami minum dulu di My Dulang Cafe. 

Brown Sugar Milk Tea kot, Abang order.
Tak order makan pun sebab nak kejar masa. Kami nak solat, Paksu sekeluarga pula nak gerak sebelum jam 8 mlm. 

Buah tangan dari Maklong Ida...

Siap mee extra 😁

Dinner makan ni aje ...
Sambil layan (repeat) telemovie Artis Pujaanku Mai Berjaya, lakonan Fikri Ibrahim & Emma Maembong. Dah sebulan lebih di homestay ni, Abang balik cuti Deepavali ni baru tahu TV yang tuan rumah sediakan ni ialah smart TV, boleh access YouTube! Setiap kali on TV memang ada tulis Smartview (something like that) tapi sel-sel otak tak berhubung pulak 😅

Daniel, Ayel, Haziq, Una, Alya & Anis, thanks for visiting us. Nanti rumah dah siap, pakat mai lagi tau :)

Monday, 24 October 2022

Cuti Deepavali ~ Day 2

Sementara Walid dan Abang cuti ni, banyaklah urusan kemas-mengemas dapat disiapkan. Belum boleh kemas betul-betul, lebih kepada alih barang dari satu tempat ke satu tempat yg lain sebab nak bagi ruang kepada kontraktor buat kerja. Kerja mengecat (coating/sealer) dan ganti tiles yang pecah dan 'lompong' dek haba panas semasa kebakaran hari tu dah disiapkan semalam. Alhamdulillah banyak progress 🤲

Ummi re-potting tanaman di belakang rumah. Esok-esok nak kena ke Ninso lagi agaknya, pasu tak cukup. 

Singgah Bandi ambil Queen. Alhamdulillah selesai satu bab. 

Lepas Zohor kami ke Dewan Orang Ramai Batu Muda meraikan jemputan kenduri kahwin anak Kak Leha GTM. Sebelum ni dah 2x kami menghadiri kenduri kahwin anak-anak beliau. Walaupun Walid dah bertukar tempat kerja dan Kak Leha pun dah bersara, tapi ukhuwah masih terjalin. 

Sedap betul nasi kenduri kali ni. Ke sebab kami terlebih lapar? Hahaha... Nasi, lauk semua sedap sangat.

Tapai
Dulu arwah Tok buat guna daun keladi. Yang ini daun pisang. Ada juga yang guna daun getah. Kecik-kecik dulu Ummi tak makan tapai, dah besar baru reti makan. Kalau jumpa di rumah kenduri tu, jarang Ummi lepaskan. 

Selamat Pengantin Baru buat mempelai. Untuk Kak Leha, terima kasih banyak atas undangan. Ada rezeki jemputlah lagi :p 

Sunday, 23 October 2022

Cuti Deepavali ~ Day 1

Alhamdulillah panjang cuti Deepavali kali ni. Bila anak4 cuti sekolah kira Ummi pun cutilah walaupun hakikatnya lagi banyak kot tugasan menanti.

Rancangan asal nak ke Cameron Highlands tapi memandangkan kerja baikpulih rumah sedang giat dilaksanakan, tak seronok pula nak tinggalkan rumah. Tambahan pula Kontraktor Elektrik slow pulak kerjanya lately, kena push bagi cepat. Dah delay dekat seminggu dah :( On the other hand, kerja-kerja by Kontraktor Rumah boleh dikatakan dah 80% dah siap. Alhamdulillah. 

Pagi semalam singgah sini dulu sebelum balik rumah. Apa kes? Nantilah kita story :)

Then balik rumah untuk mulakan kerja mengemas. Abang ada, legalah Ummi & Walid sebab ada tenaga tambahan. 

Pakaian Ummi yang baru nak dicuci. Bukan taknak cuci awal, tapi takde tempat nak simpan jadi biar saja dalam wardrobe. Yang dah dicuci sebelum ni pun nampak gayanya kena cuci semula. Walaupun simpan dalam plastik, tapi habuk dari tebuk dinding untuk wiring tu tak boleh bincang! 

Reward ~ bawa anak4 pergi pasar malam. Bagi RM10 seorang, belilah apa yang teringin. 

Seronok pulak Sri Gombak ni lengang je :D 







 

Friday, 21 October 2022

Ujian Tilawah & Hafazan UPKK

Alhamdulillah selesai sudah 3 dari 8 subjek/amali UPKK. 

Minggu lepas ujian Tilawah, kelmarin pula ujian hafazan. Kedua-dua komponen ni digabungkan untuk subjek Al Quran. 

Untuk hafazan Ustaz bagi hint...

Angah Kump C, hafazan 20/10 hari last. Awal tu kami ulangkaji semua surah yang diberi. Tapi, hari Rabu tu dok ulangkaji 3 surah spot itulah. Sekali, hari ni masa ujian Ustazah tanya surah-surah Kump B 😅 

Credit: Ustazah Azizah

Bukan sekadar hafal ayat, tapi kena hafal juga maksud, bil ayat, tema dan pengajaran surah. Selain tu, Ustaz/Ustazah akan tanya juga soalan untuk menguji kemahiran berfikir. Contoh Surah Al Asr berkaitan masa, jadi Angah ditanya bagaimana memanfaatkan masa, kenapa perlu menepati masa dsbnya. 
Syukurlah kata Angah dia boleh jawab.  

Sebab itulah Ummi sebenarnya tak suka soalan spot. Masa nak ambil SPM dulu, stressed je Ummi bila kawan-kawan ajak diskus soalan yang dikatakan spot. Yang baik dengan cikgu-cikgu tu selalulah merisik-risik dengan cikgu-cikgu. Bila soalan spot tu masuk exam, kemain happy depa bercerita. Tapi, kalau tak keluar tu masing-masing  zip mulut 🤭 Ummi pula jenis suka study semua. Biar menyesal study, dari menyesal tak study. Giteww... 







Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62 Tahun 1444H / 2022M

Menonton secara tak sengaja malam kelmarin MTHQA Ke-62 ni. Tak nampak sebarang promosi walaupun sejak akhir-akhir ni selalu buka channels RTM. Astro takde di homestay ni. Paling hebat pun kami tengok TV3 :D 

Credit: MKN

Selalu majlis tilawah antarabangsa ni diadakan di bulan Syaaban. Yang peringkat kebangsaan pula selalunya bulan Rejab. Ummi ingat sebab dulu-dulu majlis tilawah ni peristiwa paling dinanti menjelang Ramadhan. "Oh, tak lama lagi bulan puasa ni..."

Malah, majlis tilawah ni umpama hiburan bagi generasi Tok Wan/Tok dulu. Selalunya kami berkumpul di rumah arwah Wan Lang, tumpang tengok TV dirumahnya. Masa tu, bila nampak peserta luar negara masing-masing teruja. Hanya di kaca TV baru nampak wajah-wajah saudara kita dari bumi Arab, Afrika juga Nusantara. Kadang tu rasa pelik di telinga kami dengar bacaan mereka. Sebab kita dah terbiasa dengan bacaan cara kita. Yang selalu jadi juara pastinya wakil negara kita; Allahyarham Dato' Hj Ismail Hashim dan Hjh Rogayah Sulong. Idolalah zaman tu... Tok Wan pun kalau bercerita pasal Allahyarham Dato'Hj Ismail Hashim kemain semangat, maklumlah Allahyarham pun orang Kedah juga. 

Satu lagi yang sosok yang sinonim dengan majlis tilawah antarabangsa ialah Allahyarham Dato' Mahadzir Lokman yang bertindak selaku pengacara majlis bersama beberapa orang lagi hos. Kagum sungguhlah dengar beliau berbahasa Perancis. 

Peserta Iran, peserta pertama memperdengarkan bacaan. 

Sehingga malam tadi, Ummi dengar bacaan peserta Iran, Belgium, Sri Lanka, Indonesia, Afghanistan, Pakistan, Lubnan, Jordan dan Singapore. Ikutkan nak dengar lagi tapi sebab hari ni sekolah, kena tidur awal. Malam ni kalau ada rezeki boleh stay up late. 

#mthqa2022 

Thursday, 20 October 2022

Rezeki di Malam Hari

Alhamdulillah setiap kali balik kerja tu adalah buah tangan yang dibawa balik. 

Malam kelmarin Walid beli nasi gulai ikan temenung (gulai = kari). Akak penjual tu sedekahkan sekali sebungkus ayam kam heong dan tart telur. Dia nak habis berniaga dah. Alhamdulillah rezeki kami. 

Selain gulai ikan temenung, ada sekali ikan masin, timun dan sambal belacan. Satu set ni RM7. 

Ayam kam heong. 

Malam tadi pula Walid beli Mee Kari. 

7 ringgit juga. Puashati, banyak aksesori dan kuahnya memang sedap. Ada ayam yang dipotong kecil. 

Setiap lauk dan kuah tu dibungkus berasingan dan diletakkan dalam flask nasi (rice bucket) jadi sentiasa warm. Bagus cara Akak ni berniaga. Tak perlu kalut nak packing bila orang nak beli. 

Oh ya, Akak ni berniaga di Terminal Putra Gombak

Al Fatihah ~ Makngah Jamiah

Makngah Jamiah (Tokngah Jamiah for kids) ialah sepupu Tok Umi. Tinggal di Pulau Indah, Klang. Sejak beberapa minggu kebelakangan ni Makngah dirawat di Institut Kanser Negara, Putrajaya. Cadangnya cuti panjang hujung minggu ni kami nak melawat beliau. Namun Allah lebih menyayangi Makngah, dijemput pulang selepas Asar semalam (19/10)
Tak lama sakitnya, jadi pemergian arwah agak mengejutkan. Selama ni kami tahu suami arwah yang mengidap sakit jantung dan keadaannya kurang baik. Begitulah ketentuan ajal, tidak terlewat mahupun terawal hatta sesaat pun.

Arwah Makngah sangat baik orangnya. Selesa berbual dengan arwah. Sebab kami sama-sama di Lembah Klang, kami lebih kerap berjumpa berbanding sepupu-sepupu Tok Umi yang lain di Balik Pulau. 

Didoakan agar arwah Makngah Jamiah ditempatkan di kalangan para solihin aamiin 🤲. 

Wednesday, 19 October 2022

Pokok Letup-Letup

Masa kemas kebun depan rumah untuk tanam pokok Belimbing Buluh, Ummi cabut sekali pokok letup-letup yang menjalar dan bergayut di pokok betik. Lepas tu menyesal sebab baru tahu pokok letup-letup ni banyak khasiat perubatan 😅

Ialah sedari kecil pokok ni tak dipandang pun. Paling tidak, ambil buahnya bagi kawan makan. Ummi tak makan buahnya, tapi rajin kutip bila nampak masak menguning tu. Maaf, Ummi tak kongsi khasiatnya sebab tak pernah cuba @ dengar dari orang terdekat spt arwah Tok atau Tok Wan. Tapi, kalau dicari infonya di Internet memang banyak dinyatakan khasiatnya. 

Subhanallah, cantik sungguh bunganya. 


Ada sepokok lagi menjalar di pokok nangka dan pokok sambung nyawa Uncle Husin. 

Buahnya yang berbulu-bulu tu...bila masak warna kuning. 

 Anak pokok letup-letup di tepi longkang. Ingat nak ambil tanam dalam pasu, sebab bunganya tu lawa. Kalau  memanjat di pagar rumah, cantik ni. 

Sementara tunggu contractor sampai, sempat juga Ummi tanam anak terung, halia dan cili. 

Halia dalam peti ais ni sampai bertunas, lama sangat tunggu Ummi gunakan dia haha .. Ialah, 2 minggu pertama tu mana masak, dok hotel bajet kan :) Ummi letak sementara dalam compost bin. Hari ni alih ke tanah. 

Anak terung ni harapnya hiduplah. Ummi terputuskan akar tunjangnya yang terselit bawah pasu pokok bunga ros :( 

Anak cili ni macam ada harapan nak hidup... Harapnya 🤲