Tuesday, 1 February 2022

Cuti CNY Day 1 ~ Kedai Eco @ Aeon Setiawangsa

Walid dapat cuti 3 hari sempena CNY. Hari Wilayah & 1st day CNY jatuh pada hari yang sama, 1 Feb. Disebabkan overlap, cuti dipanjangkan hingga Khamis. Total 3 hari. Minta cuti semalam dan Jumaat, boss tak approved sebab tengah busy, nak issue report. Ok je sebab CNY ni kami tak kemana-mana pun sekadar pusing-pusing sini je. Kakak pun sekolah hari Jumaat nanti...

Untuk hari ni, bawa anak4 ke Aeon Setiawangsa. Ingatkan adalah jualan murah sebab CNY kan... Ada tu ada, tapi tidaklah murah mana pun 🤭 

Last-last nampak Kedai Eco, sebelah Daiso. Dah depan mata, takkan tengok saja kan? 

Jadinya ... 

Shopping di Aeon ❌
Shopping di Eco ✅
😂😂😂

Sebelum keluar, singgah La Boheme. Anak4 suka bun/pastries...

CNY Special... 
Ada 6 biji donat dalam ni, RM10. Rupanya Walid pun beli juga. Since ada 2 box ni, Ummi terfikir nak bagi Aisyah atau Mel satu. 

Hari tu Aisyah bagi kek pisang. Kata Bibik, Aisyah yang buat 🤩

Singgah di Melawati, nak makan Ikan Bakar Arang berhampiran Melawati Mall tu. Elok turun kereta, pemandu kereta sebelah panggil "Kak!..." Ingatkan siapalah... Rupanya tauke IsmaHasmi Marketplace yang tegur 😁 Ikutkan nak sembang panjang tapi depa ada emergency la pulak. Sempat Ummi hulurkan sekotak donut tadi... Nampaknya rezeki Inara & adiknya donut tu. Itulah aturan rezeki, sentiasa dalam rahsia dan percaturan-Nya, سيحان الله 

Ini pula rezeki kami, untuk ke sekian kalinya petik cendawan tanam sendiri. Anak4 suka sangat makan cendawan tiram goreng tepung ni ...


Selamat bercuti 💝

 

5 comments:

  1. Wah masih keluar hasil cendawan yang ditanam. Kitorang tidak termakan cendawan, banyak sangat. Hehe. Apapun alhamdulillah sentiasa habis makan.

    ReplyDelete
  2. Suka juga cendawan goreng macam tu

    ReplyDelete
  3. wah bestnyaaa opis walid sambung cuti 3hb tu...!!!

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat makan hasil tanaman sendiri. Memang puas makan.

    Lama tak ke Aeon Setiawangsa..

    ReplyDelete
  5. Benarlah rezeki tak pernah salah alamat.Allah terlebih dulu merancang dan mentakdirkan donut tu rezeki siapa....
    Semoga PH juga dilimpahi rezeki

    ReplyDelete