Monday, 14 February 2022

Air Asam Perut Muda 😋

Lama sungguh tak ke pasar pagi Greenwood. Ahad lepas singgahlah sekejap, nak beli ikan... 

Sampai di gerai jual ayam/daging, singgah beli perut lembu (perut tebal) sebab anak-anak  request nak makan perut masak lemak. Sambil tu nampak perut muda tergantung elok je dekat pencangkok daging tu. Sekilo 30 ringgit. Lama betul Ummi tak makan perut muda ni. Lepas Tok Wan meninggal jarang beli perut muda. Sebab nak dapatkan perut muda ni dulu-dulu kena awal pergi ke pekan Khamis. 

Arwah Tok Wan dulu, lepas Subuh dah ke Parit Panjang. Jiran-jiran pun kalau teringin nak order perut, paru, hati, limpa dsbnya akan kirim duit pada Tok Wan sehari sebelumnya. Lepas Tok Wan meninggal, arwah Wan Teh ambil alik job ni. Tapi sekali sekala je arwah Tok minta tolong beli, terutama bila menjelang raya. Bila Tok duduk dengan kami, tak pernah beli perut muda ni. Sesekali ada juga Tok sebut nak makan, tapi tak jumpa orang jual. Kalau ada pun, belum dicuci. Tok tak larat nak buat dah, Ummi pula tak pandai. Jadinya beli perut tebal saja untuk lepaskan kempunan :) 

Kami beli tak sampai sekilo pun. Dah siap dibersihkan. Kata penjual tu, dah tembak air dalam tu... Tak macam dulu-dulu, seksanya nak bersihkan perut muda ni. Berkali-kali Tok cuci untuk buang segala kotoran. 

Separuh Ummi rebus dan cicah cili kicap. 

Separuh lagi Ummi buat air asam perut muda. Penjual cakap sedap buat begini... 

Tumbuk cili padi, belacan dan garam separa lumat. Di dalam mangkuk, satukan bahan tumbuk, hirisan bawang besar, tomato dan perut muda yang telah direbus dan dipotong. Ambil sedikit air rebusan dan gaul sebati semuanya. Perah limau nipis dan gaul. Seimbangkan rasa masam dan masinnya. Siap! 

Sekali sekala makan bolehlah, tambah-tambah dah 4-series ni ... Seram juga tengok lemak-lemak tu 🤭



6 comments:

  1. Haah susah jumpa perut muda. Rupanya susah hendak dibersihkan.
    Alhamdulillah lepas hajat makan lauk.perut.

    ReplyDelete
  2. ya allah sedapnya kak.. terlioq dah ni..haha

    ReplyDelete
  3. perut air asam fav..slalu time aidiladha menu ni wajib

    ReplyDelete
  4. ya ampuunnnn sedapnya!
    Susah nak jumpa perut muda. Rezeki sangat tu PH.

    ReplyDelete