Thursday, 10 February 2022

Bercucuk Tanam 1/22

Rutin harian makin bertambah sejak semakin rancak bercucuk tanam ni. Setiap pagi, at least siram pokok. Tapi selalunya adalah benda yang nak dibuat; trim, gembur tanah, buang rumput, membaja, alih tanaman dsbnya... Keluar jugalah peluh.

Sebelum tu, tqvm rakan bloggerPhong Hong for clarifying that the mercun was for celebrating Jade's Emperor's birthday, which falls on the 9th day of the first lunar month (Sumber: Wikipedia) 

Segar mata tengok hijau je... 

Kacang botor, peria katak, peria biasa dan pokok telang. 

Lagi seronok bila ada hasilnya.... 

Pokok labu, bunga jantan ni...

 Pokok pandan Cik Sopiah bagi hidup subur alhamdulillah. 

Ini macam pokok keledek, betul tak? Tumbuh sendiri, dari sisa kompos. Asalkan pokok, Ummi bela ajelah :D 

Hampir semua pokok cili Ummi jadi gini.. Dalam sepokok tu dapat hasil 1-2 biji je haha... Takpelah, tanam suka-suka je. Kalau berbuah, syukur. Kalau tak berbuah, takde rezekilah tu. Just enjoy the activity. 

Tanam cili pun tak lulus, nak tanam tomato pulak πŸ˜… 

Sambil-sambil tu dapat juga bertegur sapa dengan Cik Azie. Rutin pepagi dia pun berkebun depan rumah juga :D 

Semalam dia bagi 2 pasu pokok orkid 😍

Hari ni hujan, Ummi alih anak betik ke depan rumah. 

Yang ni dah alih sebelum ni... 

Benih-benih ni semua dari sisa kompos tu jugalah. 

Moga impian nak beli tanah untuk bercucuk tanam diperkenankan-Nya aamin ☺️




8 comments:

  1. Kacang botol, teringat arwah abah, sayur pebret dia tu!!

    ReplyDelete
  2. Ada tanah sedikit boleh tanam kan.
    Rajin ya. Hehe. Hasil boleh makan sendiri.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. seronok kan PH , kenan pulak kak ana tengok pokok peria katak PH tu, nak try tanam juga lah.. hehe :)

    ReplyDelete
  4. Meriah tanaman akak. Seronok aktiviti berkebun ni. Taklah bosan kan. Tambah seronok bila semuanya hidup subur.

    ReplyDelete
  5. Rezeki dari kompos banyak tu...Alhamdulillah tak payah beli benih.Beli kompos,pakej dengan benih😁

    ReplyDelete
  6. Nampak segar2 semua pokok pH.. pokok mama dah kelaut dah haha

    ReplyDelete