Monday, 7 February 2022

Cuti CNY dah habis

Ke SANA, ke SINI, ke SINUN selebihnya kami hanya menghabiskan masa di rumah dan sekitar kawasan jajahan Sri Gombak ni :D Bila kebanyakan hari dihabiskan di rumah, terasa lama juga cutinya. 

Laptop pun tak on, itu sebab tak ziarah kawan-kawan maya :) Ummi spent lebih masa dengan anak4; pagi sambil Ummi sidai kain, siram pokok depa main badminton, petang pula bawa kerusi, duduk tepi padang monitor depa main di playground. Dalam rumah pun asyik main aje kerjanya 😁 Main Sahibba sambil layan movie free di Astro. Untuk ke sekian kalinya Astro menang Putra Brand Awards, ke sekian kalinya jugalah dapat complimentary channels termasuk movie channels. 

Main main juga, aktiviti berfaedah jangan tinggal :D Buku-buku ni Ummi beli di Nasyrul Quran hari tu. 

Asyik layan anak4 je, hari minggu keluar breakfast dengan Walid. Dating di Warung Man Black je, bahagia tak dak dah kata orang Kedah ☺️

5/2 Angah start tuition UPKK dengan Ustazah Lela. Gambar kunci ni sebenarnya Ustazah ter-lock pintu. Jadi kami tak dapat naik atas... Bagi gambar baru Ustazah percaya, pintu tu berkunci 😁

Bukan anak saja, Ummi pun ambil peluang tambah ilmu. Sharing session dengan Cik Ita Kancil pasal pengiraan markah PAJSK

Ni pula kami anak beranak layan Mamee Slurp. Walid stay back dekat office, makan mi segeralah dulu untuk alas perut. Rupanya beliau pun layan Maggi juga di pantry office 😅

Ini kerja Adik... Tak sekolah hari ni sebab kurang sihat. Tonsil bengkak... 

Yang bentuk kucing tu, Tya... Nampaklah rupa kucingnya... Yang bawah tu Angah kata dia 😂😂😂 Sampaikan Angah pun gelak besar tengok :D 

Kembali ke rutin biasa hari ni ... Dapatlah berziarah ke rumah rakan-rakan maya 😘

7 comments:

  1. Sesekali layan mee segera sedap juga kan.

    ReplyDelete
  2. Bagus turut menambah ilmu, rasa vibe positif, nak rajin juga la.. InshaAllah.

    ReplyDelete
  3. Terisi aktiviti-aktiviti berfaedah.
    Haah saya pun tengok filem daripada siaran yang dibuka.

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya cuti berehat di rumah lebih enak dari bersesak-sesak. Dapatlah buat macam-macam kat rumah tu, kan.

    ReplyDelete
  5. Tunggu raya melayu pulaklah dapat cuti panjang

    ReplyDelete
  6. Sy pun mcm tu lah PH, kalau dh di umh jarang dpt blogwalking ni.. kt ofis kalau x sibuk bolehlah ke sana ke sini ke sinun di alam blog.. hehehehe

    ReplyDelete