Monday, 28 February 2022

Pajeri Buah Amra @ Kedondong

Buah kedondong atau dipanggil buah amra dalam loghat Kedah ni Cik Leha bagi. 

Buah muda, sedap ni buat menyicah :D 

Tapi, Ummi nak try buat pajeri sebab geng Beloved Biras cakap sedap.

Ummi ke dapur Mama Cella jumpa resepi Pajeri Buah Kedondong. Jadi, Ummi ikut resepi yang ditulis oleh Cella. Terima kasih banyak dan mohon dihalalkan resepinya ye MC 🤗

Resepi: Pajeri Buah Amra @ Kedondong
Sumber: Mama Cella

Bahan-Bahan
Buah amra @ kedondong muda - kopek kulit (Ummi belah dua)
Bawang merah - dihiris
Bawang putih - ketuk dan cincang kasar
Halia - dihiris
Rempah 4 sekawan
Udang kering - ditumbuk
Serbuk kari daging
Serbuk kari ikan
Garam
Gula merah 3 sudu + gula putih 1 sudu
1 cawan santan 
1 s/b kerisik

Cara-Cara
1. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan hingga naik bau
2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis lagi layu
3. Masukkan daun kari
4. Satukan serbuk kari daging dan serbuk kari ikan dan bancuh dengan sedikit air. Masukkan ke dalam periuk dan tumis hingga pecah minyak
5. Masukkan udang kering 
6. Masukkan buah amra dan secawan air. Masak hingga buah amra empuk. Tambah air jika perlu
7. Masukkan santan dan garam. Kacau sebati
8. Masukkan pula gula dan kerisek. Gaul sebati
9. Perlahankan api dan biar kuah pecah minyak dan pekat
10. Perisakan sekali lagi jika perlu dan tutup api. Siap! 

Betullah, sedap! Terutama bagi peminat pajeri, kena cuba ni.

Selain buah amra ni, beberapa malam lepas Cik Leha bagi nasi minyak, kuih-muih dan buah putat!

Anak menantu dan cucu2 ke Penang, cucu4 angkatlah kenyang 😆 

Buah putat tu Ummi nak try buat masak lemak. Cik Leha kata makan dengan sambal kelapa pun sedap. Kita tengoklah nanti kejadiannya ye :D 

Lemang 😋

Semalam Walid ke Shah Alam, jumpa Uncle Akmal. Sempat pula depa meronda di pasar tani stadium tu... Abang kata dia makan nasi lemak di salah satu gerai di situ. 
Buah tangan untuk kami di rumah .. 

Lemang ni boleh dikategorikan "ini baru lemang" ikut skala Ummi :D Liat, kenyal dan kering-kering sikit teksturnya. Bukan jenis lembut macam pulut kukus tu. Seketul RM5. Rendang daging tu sebekas RM10. Cendol tu beli dekat Pos Malaysia, Seksyen 21. Yang office besar tu...  Sedap w/pun bawa balik dari Shah Alam. Masih kekal rasa sejuk dan manisnya. 

Pasal lemang tadi tu, sebenarnya Ummi dah berkira-kira nak order ketupat palas dari Mama Kasih. Bukan selalu dia open order set ketupat + rendang... Jadi, teringinlah. Belum sempat Ummi order,  rezeki lemang sampai dulu :D الحمد لله 

Di rumah, Ummi cuma goreng ikan salmon dan buat salad epal + telur rebus. Sayur habis. Ada epal sebiji dengan carrot sikit je tinggal dalam peti ais, kita onz saja... 

Epal tu hiris nipis, sagat carrot, tambah mayonis dan gaul sebati. Siap! 

Malam pula dinner nasi ayam dari Restoran Nasi Ayam Hainan 786 ( dulu namanya Restoran Syed Nabi) Masih owner yang sama, cuma rebranding giteww... 

Nasi Ayam Hainan & Nasi Ayam Roasted Chicken dua-dua harga RM8/set (take away). Kalau dine in murah seringgit (RM7/set). Nasi banyak... Rasa pun ok. Kalau dine in lagi sedap rasanya sebab panas-panas lagikan nasi, sup dsbnya.




Saturday, 26 February 2022

AK Cafe Sri Gombak

Santai-santai hujung minggu .. 

Semalam breakfast di kedai ni. Dah lama juga Ummi perasan kewujudannya, tapi tak pernah singgah. Semalam ajak Walid breakfast di sini. 

Bersih dan kemas kedainya. Lokasi sebaris dengan Speedmart & AgroBazar belakang Thaqwa Lama ( yang berhadapan Restoran Sri Ayu, Mee Ha dan berhampiran Petron. Thaqwa Baru sebelah Zus Coffee. Kemain bagi clue, kalau tak jumpa juga taktau la :p 

Nak mai breakfast tapi lauk tengahari dah ready dah 😋

Pilihan untuk breakfast...

Banyak pilihan; nasi impit, kuah lodeh, mi goreng, bihun goreng, nasi goreng.... Roti canai je takde :) 

Pilihan Ummi of course nasi lemak. Nasi lemak dia wangi... Buka je thermos semerbak bau... Walid ambil nasi goreng + daging masak hitam dan 2 gelas teh tarik harganya RM18. 

Selain bersih dan kepelbagaian menu, masakan pun sedap, kedai ni tak crowded. Kriteria penting bagi kami jika memilih tempat makan. Alhamdulillah. Nanti nak datang dengan anak4 pula. 

Sebelum balik, singgah sekejap AgroBazar tu. Walid suruh beli kerepek, nak kunyah masa tengok Piala Sumbangsih JDT vs KL City. Tahniah JDT! Balas dendam ye, 3-0 :D 


Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain 
Cepat sembuh ye Ira 🤗




Thursday, 24 February 2022

Menjamu Selera di My Dulang Cafe, Batu Caves


Setiap kali lalu depan kedai ni, asyik tutup aje. Hinggalah pertengahan bulan ni barulah nampak ianya dibuka.

Restoran ni sebaris dengan Klinik Rassi dan Klinik Mesra yang terkenal di kawasan ni. 

Kali pertama ke sini, kami bawa Adik, raikan kejayaannya dapat Anugerah Celik
tempohari. 

Tempat ni selesa, tak crowded. Waktu kami menjamu selera tempohari, takde pelanggan lain. Yang take away adalah... Mungkin sebab baru dibuka, belum ramai yang berkunjung. Tapi, memang selesa. 

Kali pertama ni kami cuma pesan roti bakar & teh tarik je...

Adik pula ambil brownies satu .. 

Kali kedua kami bawa semua askar haha...

Datang lepas Zohor, tengah lapar hihi .. 

Spaghetti Carbonara RM 14.90
Sedap! 
Ia sampai dulu, berebut-rebut semua orang padahal Walid yang order menu ni. Lapaq! 

Chicken Chop Regular RM14.90
Pun sedap!

Seafood Tempura Nasi Goreng RM14.90
Udang & Sotong tu rangup, sedap juga. 

Meatball Cheezy w Ramen Samyang RM12.90. Korea jugak anak bujang Ummi ni 🤭
Yang ni 'kureng' sikit. Ramen tu sejuk, meatballs pun sama. Lambat hantar kot sebab tu food sejuk.

Set Asam Pedas Daging Tetel RM13.90
Rasanya tidaklah wow sangat tapi mengenyangkan. 

Sebenarnya ada dulang set tapi kami pilih individual set this time. 

Waktu operasi dari jam 7 pagi (tak silap Ummi) hingga jam 11 malam. Pukul 7-8 malam tutup sekejap untuk solat Maghrib. 

Walaupun harganya sedikit mahal tapi bagi Ummi berbaloi. Dari segi rasa, service dan ambient kami berpuashati. 

Tak sabar nak ajak bff Ummi lepak sini :D 

My Dulang Cafe Batu Caves
No 10 Jalan Pinggiran 1/1
Pinggiran Batu Caves
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan

Wednesday, 23 February 2022

Kedai Emas dan Permata Sri Anggun, Sri Gombak

Semalam ajak Walid singgah sekejap di kedai emas ni... Asal lalu saja nampak ramai orang menunggu di luar kedai. Confused jugalah kami apa yang menarik sangat dalam kedai tu. Kalau kedai baju ke, boleh faham. Ini kedai emas kot. Dalam hati, banyak duit depa ni :,D 

Selesa betul dalam kedai ni. Patutlah customer sanggup beratur panjang nak masuk dalam kedai ni. Kata Ustzh Aina, banyak pilihan dan design cantik-cantik. 

Ummi intai-intai je sebab tujuan kami nak tanya harga trade in cincin Ummi yang salah satu batu zircon-nya tercabut. Cincin lama, dekat 20 tahun usianya. 

Harga trade in  semalam RM220/gram. Dalam hati, top up duit boleh beli cincin baru ni ... Berangan dah :D 

Sayang seribu kali sayang, cincin Ummi tu rupanya emas paun! Emas paun ni kandungan emasnya hanyalah 75% berbanding emas 916 ( 91.6%) dan emas 999 (99.9%). Ia juga dikenali sebagai emas 18karat. Selama ni ingat emas 18k tu sangat 'wow'.  Nampak sangat kurang ilmu tentang hal ehwal emas ni. 

Credit: FB Topgold


Bila diberitahu harga trade in untuk emas paun ni cuma RM100/gram, terus Ummi cancel. Walaupun cincin Ummi tu beratnya tak sampai 2 gram, tapi sentimental value dia sangat tinggi. Tak berbaloi Ummi nak let go cincin tu with that price. 

At least we learned a lesson. Lepas ni kalau nak beli emas, pilih emas 916. Kalau yang duit berkepok-kepok tu, boleh beli emas 999 :)

Peminat emas, bolehlah ke sini. Staff sangat friendly and very helpful. Dari segi harga, design dsbnya Ummi tak berapa arif. 

Kedai Emas & Permata Sri Anggun, Sri Gombak
No 92G Jalan Prima SG 3 
Taman Prima, Prima Seri Gombak
68100 Batu Caves
Selangor

Al Fatihah ~ Pakli

Rahsia Allah, tiada siapa yang tahukan... Seharian 'berjimba', malamnya dapat berita duka dari kampung; Pakli, dua pupu Ummi dijemput pulang ke negeri abadi :(

Arwah dah lama sakit kencing manis. Sebelah kakinya telah dipotong mungkin 2 tahun sudah. Yang menjaganya Maklang Di, adik arwah sendiri sebab arwah bapa tunggal. 

Masa Ummi kecik dulu, Ummi selalu ikut Pakli memancing di bendang kampung kami. Arwah Tok Wan pun kalau nampak Pakli turun ke bendang, baru benarkan kami turun sama. Sekurangnya ada orang dewasa sebagai peneman. 

Kalau tak memancing di bendang, arwah suka masuk hutan dan memancing di paya atau lubuk di hutan. Ikan yang selalu dipancingnya ialah ikan limbat. Peliknya, sebahagian besar penduduk kampung kami tak makan ikan ni sebab saiznya besar! Mungkin ekosistem di dalam hutan menjadikan ikan ni hidup bebas dan mendapat makanan secukupnya, sebab tu saiznya besar. Malangnya, Ummi tak pernah tengok ikan ni. Kalau di-Google, ikannya seakan ikan keli. 

Arwah Pakli rapat dengan Tok Wan. Pakli selalu datang ke rumah untuk tengok wrestling dengan Tok Wan :D Zaman tu hanya ada beberapa rumah saja yang ada TV. Itupun TV hitam putih, yang aerial  kena sangkut atas pokok atau letak atas bumbung. Setiap kali on TV, kena pusing-pusing dulu button-nya untuk dapat siaran. Paling win, tepuk TV tu, terus dapat siaran 😁

Ummi doakan agar arwah ditempatkan di kalangan para solihin aamiin.

Al Fatihah untuk arwah Pakli. 

Tuesday, 22 February 2022

Yesterday

On that special day, Walid took a day off from work. Me, on the other hand, 'gantung kuali' for a day

First, we went to SRAI untuk pulangkan buku teks Angah. Supposedly we should return the books on Monday but we overlooked the date. Singgah pejabat sekolah, bayar yuran Jan & Feb, RM100/seorang. 

Tunggu di luar kelas sementara GPK habis mengajar :D 

Second, pergi breakfast di UIA. Lama betul tak dapat masuk UIA, hari ni abam polis bagi green light :D 

Brunch.
Sambal ijo tu pedas gilerr...

Third, singgah sini sat ...Kemain namanya kedai emas dan permata kan? Macam dalam filem P Ramlee :D 

Ada cerita kelakar, nanti kita sembang naa :D 

Fourth, late lunch here ...

Fifth, singgah beli Sundae Cones di Burger King.

Dessert-lah ni...

As for dinner, kita makan KFC. 

Haluih ja ayam kepci la ni :( 

There goes our special Twosday ✌️

Twosday 💝



Cantikkan tarikh hari ni 22022022 :) 



Credit: Remaja


Special betul date hari ni. Untung sesiapa yang sambut birthday hari ni. Mesti special orangnya ahaks!


☺️


Monday, 21 February 2022

Terung Telunjuk Goreng Berlada

Sayur untuk dinner is done 😁
Ummi suka masak sayur dekat-dekat nak makan, baru sedap.

Menu malam ni Terung Telunjuk Goreng Berlada

Ummi suka makan sayur terung. Tak kiralah jenis terungnya. Cuma, tak pandai nak pelbagaikan sebab terlalu terikut dengan cara Tok; 
~ terung ungu masak pajeri
~ terung bulat masak lemak ikan masin
~ terung telunjuk rebus cicah ulam

Macam auto set dah masak menu atas tu kalau beli terung :)

Rebus begini anak-anak tak makan :( 

Sesekali nak juga tukar selera... Makanya hari ni Ummi masak Terung Telunjuk Goreng Berlada. Ini pun hasil rujukan di blog Resepi Nannie. Suka ke dapur Pn Nannie sebab resepinya simple tapi sedap-sedap. Tqvm Pn for the recipe. 

Resepi: Terung Telunjuk Goreng Berlada
Sumber: Pn Nannie

Bahan-bahan (Bahan A)
Terung telunjuk - potong serong
Telur - tak letak 
Garam
Gula
Asam keping
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Tumbuk Halus (Bahan B)
Cili padi
Bawang merah
Bawang putih
Segenggam ikan bilis - rendam dan toskan
Kunyit hidup

Cara-cara
1. Tumbuk halus semua bahan B 
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga pecah minyak
3. Masukkan garam dan gula secukupnya dan asam keping
4. Masukkan telur yang dikocok - Ummi tak letak (skip #4)
5. Masukkan terung telunjuk dan gaul sebati. Bila terung lembut, tutup api. Siap!

Hidangan yang sangat mudah tapi sedap dimakan :) 

Terung telunjuk ni hasil Ummi tunjuk-tunjuk di pasar pagi Greenwood hari tu. Dah bertemu Ahad, stok bahan yang dibeli masih berbaki :D 

Selamat mencuba 🤗

Sunday, 20 February 2022

Ngeteh di Azhaar Maju, Sri Gombak

Jumaat malam keluar ngeteh...

Order fries sepinggan, kunyah hat tu je le... Datang lepas dinner, jimat poket haha ... 

Take care semua, seriau banyak sangat kes +ve Covid. W/pun yang ramainya kategori 1&2, tapi bila dah positif tetap kena kuarantin dan sikit sebanyak terjejas juga aktiviti harian pesakit dan orang-orang terdekatnya. Mudah-mudahan kita semua sentiasa dalam lindungan-Nya aamin. 

Friday, 18 February 2022

Rezeki Dari Surau #1/22


Entry santai di hujung minggu .. Kita citer bab rezeki dari surau :D 

Kenduri malam Jumaat. Lumayan sungguh rezeki yang dibawa balik; pulut kuning & rendang ayam, kuih apam, roti canai, air kotak... Ada 2-3 jemaah sedekah makanan, sebab Khamis tu ramai yang berpuasa sunat. Fastabiqul khairat... 

Malam tadi, dapat sandwich. 

Nasi goreng telur mata, sedap! 

Nasi kenduri.

Ambil pinggan, makan berdua dengan Walid. Alahai, bertambah sedap :p 
Ini door gift Ustaz Kafa, buat walimah di surau kami. Hand lotion tu tak sempat-sempat Kakak dah rembat 🙄 Anak Dara sorang tu kan, dah pandai nak melawat tau. 

Alang-alang, kita selit sekali pemberian jiran-jiran...

Ini dari Cik Leha, sempena birthday Uncle Kassim (arwah) 2 hari lepas.

Cik Aida balik Kelantan... Ada budu, air pencicah dan keropok kering. 

Ummi goreng udang salut tepung Bestari, regu dengan air pencicah tu. Sedap! 

Mama Anas bagi belimbing buluh (dalam plastik). Ummi campur dengan belimbing buluh beli di pasar pagi Greenwood hari tu, jadilah sambal hitam express :D 

Macam biasa, gambar hasilnya lupa nak snap 😅

Rezeki terbesar pastinya berada di kejiranan dan dikelilingi jiran-jiran yang baik. 

الحمد لله ثم الحمد لله