Di rumah ni almost everyday kena masak menu berasaskan ayam. Sampai kadang tu buntu nak fikirkan menunya! Angah kurang gemar ikan kecuali siakap atau ikan jenis isi; tenggiri, pari... Seafood pula tengok pada cara masaknya. Udang Nestum hari tu banyak dia makan.
Resepi yang Ummi nak kongsi hari ni asalnya Ummi ingat nak masukkan dalam kategori Masak Apa Tak Jadi Hari Ni haha .. Sebabnya bahan asal yang ada je, teknik masak pun tak follow pastu dah siap masak tu, rasa biasa-biasa je. Dalam hati, sekali ni je Ummi masak menu ni.
Sekali, bila time makan sedap pulak :D Tadi tu kuah belum mesra agaknya. Macam kita masak kari, bila kuah dah mesra sebati baru sedapkan...
Gambar pun apa yang ada je. Dah pakat angkat masuk ke pinggan sorang seketul, baru Ummi ambil gambar.
Sumber: Pa&Ma
Bahan-bahan
Ayam - lumur garam & kunyit
Bawang besar - dihiris
Garam masala - x letak
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Minyak masak
Air
Garam
Gula
Bahan tumis
Daun pandan - takde, tak letak
Daun kari
Rempah 4 sekawan
Pes halia + bawang putih
Serbuk jintan manis - guna rempah biji
Serbuk jintan putih - guna rempah biji
Serbuk cili - guna cili flakes
Serbuk kunyit
Serbuk kari daging
Bahan kisar
Bawang besar
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan goreng bawang hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng pula ayam yang telah dilumur garam dan serbuk kunyit hingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
3. Tinggalkan kira-kira satu senduk minyak gorengan tadi dan tumis daun pandan, daun kari dan rempah 4 sekawan hingga naik bau.
4. Masukkan pes halia + bawang putih. Kacau sebati
5. Masukkan pes bawang merah dan sedikit air.
6. Masukkan bahan rempah (jintan manis, jintan putih, serbuk cili dan serbuk kari daging) dan tumis hingga pecah minyak. Tambah air jika perlu.
7. Masukkan sos-sos dan gaul sebati.
8. Masukkan ayam, gaul rata. Tambah garam dan gula secukupnya.
9. Masukkan bawang goreng tadi dan gaul sebati. Tutup api. Siap!
Apa yang Ummi masak ni berdasarkan pemahaman Ummi ye. Ada juga step/process yang Ummi tak faham, macam 'air bawang' dalam perkongsian Che Atie tu jadi Ummi hentam sajalah hehe... Bila kita dah buat, pandailah kita alter sikit sebanyak agar sesuai dengan selera sendiri kan.
Selamat mencuba 🤗
Boleh bayang kuat rasa rempah. Siap ada garam masala dalam resipi.
ReplyDeletePH tak letak pun NA, takde...
DeleteTeringin jugak nak try ayam masak bawang ni nanti.
ReplyDeleteSenang je SK, cubalah.
DeleteFavourite mama.ni mmg sedap kan
ReplyDeleteAah mama, sedap!
DeleteBoleh masuk list ni....
ReplyDeleteCubalah MC, mesti lagi sedap sebab MC terer masak hihi
Deleteokey masuk list jugak...bahan pun senang je kan...
ReplyDeleteSila...sila
Deletesekali-sekala boleh tukar menu dengan ikan pulak hehehe
ReplyDeletecuma harga ikan agak berapi sikit
Ikan mahal, ayam mahal semua mahal tuan :(
DeleteOk... Ammi culik resepi ni
ReplyDeleteSila...sila :)
Delete