Bunga Kenanga, bunga klasik favorite Ummi. Masa di matrik dulu nickname Ummi di kalangan kawan-kawan rapat 'Kenanga' sebab nak samakan dengan seorang kawan Ummi yang nama hujungnya 'Dahlia'. Ada yang pilih nama Melati, Cempaka malah Siti Tanjung Perak pun ada! Sempena nama bunga Tanjung. Kelakar pulak bila diingat semula :D
Ummi suka bunga kenanga sebab bentuknya unik dan baunya harum. Bunga tanjung, bunga melor pun wangi. Kesukaan Ummi juga. Bunga tanjung Ummi suka petik letak dalam buku masa di U. Bunga melur pula kecik2 dulu suka selit di tepi telinga.
Kata Acik Cleaner, jenis ni kurang wangi. Yang warna putih lagi wangi. Ini pokoknya...
Hujung laman bunga kenanga
Tumbuh melitup balik semalu
Indah taman kerana bunga
Indah hidup kerana ilmu
Credit Pantun: Radio Klasik
dulu masa kat rumah lama, mmg ada pokok bunga kenanga ni blkg rumah.. adoii paling x suka bau dia hahaha kuat sangat...
ReplyDeleteHaha... kita pulak suka :D
DeleteBetul-betul sebaris dengan pintu dapur rumah di kampung arwah nenek PC ada tanam pokok bunga kenanga ni..sejak arwah tanam sampailah hari ini alhamdulillah tak pernah putus bunganya. Bila balik kampung, bila buka pintu akan terus nampak pokok tu dan terus ingat arwah..sayu..
ReplyDeleteAllah, mesti teringat arwah kan :(
DeleteKalau mengenang zaman belajar, seronok dan terasa muda sekejap hehe
ReplyDeleteBetul tu Syaz :D
DeleteHaah wangi pokok bunga kenanga. Lalu satu tempat ada orang bela memang jalan tepi akan pergi bau.
ReplyDeleteSamalah kita...
Deletewangi sangat ni PH, kak ana macam nak plan juga buat taman pokok yang berbau wangi macam kenangan, melur kan... klasik sangat
ReplyDeleteBuatlah Kak Ana, mesti best.
DeleteWangi bau bunga ini 😊
ReplyDeleteKan?
DeleteBunga kenanga ni kat kampung saya depa panggil bunga pisang.Tak tau celah mana pisangnyaðŸ¤
ReplyDeleteIye? Tak pernah dengar pula. Mungkin sbb bunga tu macam bunga pisang yg dlm jantung pisang tu kot MC? Kan berjejari juga bentuknya...
DeleteTak berapa tahu pasal bunga. Baca artikel ni dapat juga sedikit pengetahuan pasal bunga hihi
ReplyDeleteHehe...
DeleteKalau tengah mekar berbunga, akan harum pada waktu senja dan malam
ReplyDeleteMeremang bulu roma
Jangan takut Wak, bunga je :p
Delete