Saturday, 25 December 2021

Melawat Kg Agong, Penaga, Pulau Pinang

Port bergambar (Instagrammable)  kegemaran pelancong yang berkunjung ke Penang sekarang ni ialah Kg Agong di Penaga. Untuk ke sana, kita akan lalu pekan Kepala Batas, dulunya kawasan parlimen PM ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Ummi teruja sebab pertama kali sampai di Kepala Batas, w/pun Ummi orang Kedah. Memang perasaan Ummi akan super excited setiap kali sampai ke tempat yang belum pernah dikunjungi. 

Mula tu Ummi ingat kampung ni salah satu kampung YDP Agong kita. Rupanya Ummi silap. Agong yang dimaksudkan ialah gelaran kepada pemilik tempat ni. Orang kaya agaknya, banyak harta sampai digelar orang 'Agong'.

Credit: Sinar Harian. 

Seluruh kawasan ni dikepung oleh pagar dari daun kelapa. Dulu, bilik air kami Tok Wan buat macam ni juga, berdinding daun kelapa sebelum ditukar dengan kepingan zink. 

Jadi, nak masuk tengok apa ada dalam Kg Agong ni kenalah bayar tiket :) Harga tiket RM10 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak). 

Kaunter tiket. 

Main entrance. Actually, takde pun staff periksa tiket kita. Cuma, sebelum masuk tu wajib lalu kaunter tiket, jadi kenalah bayar hehe ... 

Stall jualan minuman, makanan tradisional, aiskrim, air kelapa, tiket (tram, horse riding etc). Tandas juga disediakan. 

Jom kita tengok apa yang menarik dalam ni 🤗

Pokok kelapa, macam di kampung dulu-dulu...

Sawah padi ...

Orang Kodiang pun excited pegang padi 😁

Buaian yang femes tu ...

Seriau Ummi lalu titi ni... Lama tak berjalan di sawah, takut pulak terjatuh dalam ayaq tu :D 

Pokok kelapa paling tua di sini. Ditanam pada tahun 1942. Zaman Jepun tu kan .. 

Sebelah sini banyak port bergambar...

Comelnya anak burung tu ☺️

Ada homestay dalam ni... 3-4 unit rumah kampung. Ada pintu masuk berasingan untuk penyewa homestay dan ada juga kawasan khusus untuk depa bergambar dan beraktiviti. 

Selain bergambar, banyak aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak...


Pondok/wakaf nak berehat atau bersantai pun banyak. Macam Tok Umi tak berjalan ke mana pun, tak larat jadi duduk berehat atas batang kelapa tua :) Pandai depa manfaatkan segala sumber. .. 

Ramai pengunjung melepak atas batang nyioq ni :D 

Sebagai penutup lawatan, kami ajak Tok Ayah dan Tok Umi naik tram jadi dapatlah tengok keseluruhan kawasan ni. Sampai kat port bergambar atas tadi tu, boleh turun jika mahu. Tapi, since kami dah gigih jalan kaki pusing satu kampung, ajak driver tram patah balik terus. Harga tiket naik tram ni RM3 untuk dewasa. Kanak-kanak bawah 12 percuma. 

Untuk naik tram ni pun takde orang jaga. Kita kena alert bila tram sampai dan tunggu siap-siap di tempat tram turunkan penumpang. Otherwise, orang yang jenis selfish main potong que je 😬 Adab tu penting ye anak-anak muda, jangan menonong je. Tengok dulu kiri kanan, kalau nampak orang tengah menunggu tu, jangan main redah je. Ini tidak, nampak tram sampai terus panggil gang ajak naik. Padahal tiket pun belum beli. Kan dah termalu sendiri bila kena tegur. #donebebel 

Dah namanya kampungkan, tempat ni memang berada di kawasan kampung. Park kereta pun depan/tepi rumah-rumah orang sini. Tapi, adalah penjaga parkir supaya tidak menghalang laluan orang kampung keluar masuk rumah mereka. Setiap kereta dikenakan bayaran 2 ringgit. 

Alhamdulillah, satu trip yang meninggalkan seribu kenangan untuk kami. 

4 comments:

  1. Bagus budak-budak boleh rasai suasana kampung dan sawah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, w/pun dah biasa dgn sawah tapi tak pernah sentuh pun pokok padi budak2 ni :D

      Delete
  2. Replies
    1. Kalau mudik ke utara, singgahlah Wak, main buai gergasi haha

      Delete