Monday, 13 December 2021

Anniversary Brunch @ Ramly Bistro

Tunggu Abang balik dari asrama baru keluar makan sempena our anniversary. Brunch di Ramly Bistro. Teringin nak brunch di sini sebab tengok Cg M selalu up status makan di sini. Hari tu pun kami jumpa Cg M sedang makan dengan anaknya :) 

Roti kosong + kuah kari kambing... Starter je ni :p Kuah ada 2 jenis; kari kambing atau kari ayam.

Lepas tu order nasi lemak telur mata dan nasi lemak sotong sorang satu...
Sambal didatangkan dalam bekas plastik kecil tu. Senang nak sudukan banyak mana kita nak sambalnya esp for kids. Kalau nak tapau pun praktikal. 

Sementara nasi lemak nak sampai tu, makan dulu snackbox...

Keropok lekor tu star of the day, sedap sangat!  Kalau datang dengan small kids elok sangat order snackbox ni. Berbaloi dengan harga RM12.50 tu. 

Walaupun hari tu agak ramai, tapi SOP tetap dijaga. Selesa untuk makan dengan aman. Pekerja pun cekap, laju je buat kerja. 

Nak duduk di luar pun boleh. Dalam ada aircond. 

Lunch buffet juga disediakan bermula jam 12 t/hari. 

Harga untuk dewasa RM19.90/pax dan kanak-kanak RM9.90/pax. Call nombor ni untuk booking...

Seeloknya booking dulu esp on weekends sebab adakalanya kedai ditutup bila ada big group yang buat reservation awal. 

Stay safe semua ♥️

#Mohon maaf, tak dapat blogwalking buat sementara waktu atas urusan keluarga. 



14 comments:

  1. Nampak sedap makanan dia.. harga pun kira reasonable juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, harga reasonable.
      Tq Aini singgah sini :)

      Delete
  2. Murah buffet makan tengahari. Lauk apa agaknya disediakan.
    Semoga urusan keluarga itu selesai nanti.

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap dan berbaloi dengan harga

    ReplyDelete
  4. menarik snackbox tu,anak2 mesti suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umminya pun suka :D
      Sihat ke mama AA? Lama tak nampak :p

      Delete
  5. best nmpknya snackbox..bdk2 suka tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya MT, anak4 suka & harganya pun reasonable.

      Delete
  6. Nampak sedap...
    Makan pun puas hati kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puashati sbb makanan sedap, tempat selesa, staf baik dan paling utama harga berpatutan :D

      Delete