Sunday, 19 December 2021

Banjir ~ DOA Untuk Semua

Tak tahu nak mula dari mana :( 

Rasa gerun, insaf semua bercampur baur bila tengok gambar/video kawan-kawan, kenalan, keluarga kongsi di social media. Mudah-mudahan Allah lindung kita semua dari musibah ni. 

Di kejiranan kami hujan gerimis pagi tadi, sekejap-sekejap turun, sekejap-sekejap berhenti. Matahari pun nampak juga walaupun sinarannya dilitupi awan kelabu. Kata jiran-jiran, selepas 3 hari baru hari ni nampak matahari. Alhamdulillah. Risau jika hujan berterusan sungai akan melimpah. Paling Ummi risau, jika air Empangan Batu terpaksa dilepaskan seperti Empangan Klang Gate. Ada kemungkinan untuk kawasan berhampiran kami banjir jika ianya berlaku. 

Di SRAI, khabarnya ada 2-3 keluarga ditempatkan di situ kerana rumah mereka dimasuki air. Harapnya keadaan kembali pulih segera sebab Ummi ada beberapa orang kawan di kawasan tersebut. 

Manakala kawan-kawan di Shah Alam, Hulu Langat, Klang dan Meru ada yang terlibat, ada yang tidak. Ada yang rumahnya selamat tapi jalan keluar masuk dilitupi air. Ibarat pulau. Ada juga yang berada di kampung tapi rumah selamat, alhamdulillah. Paling teruk rumah Kak Id, air masuk hingga ke siling. Hanya sempat selamatkan kereta, keluar rumah sehelai sepinggang bersama keluarga. 

Hulu Langat 
Credit: Nat 

Sama-samalah kita DOA agar musibah ini segera berakhir. 



15 comments:

  1. betul..sangat sedih dan mengganggu perasaan baca semuanya pasal banjir ni :(

    ReplyDelete
  2. didoakan semoga muslihat cepat2 berlalu dan semua dalam keadaan selamat

    ReplyDelete
  3. Semoga yang susah diberi ketabahan dan kemudahan.

    ReplyDelete
  4. smoga dipermudahkan segala urusan smua mangsa banjir yg terlibat...aamiin

    ReplyDelete
  5. Ramai sangat yang terkesan semoga mereka tabah.

    Negeri Sembilan di daerah Jelebu paling teruk terkesan kami yang syarikat air pun tak dapat nak pulihkan bekalan air dengan segera kebanyakkan intake pecah sobs...sobs...sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya begitulah.
      Moga dipermudahkan juga urusan syarikat Mrs A utk kembalikan bekalan air kpd mereka yg terlibat.

      Delete
  6. Pasca banjir lain pula halnya.Strugle mereka nak bersihkan tinggalan banjir dan memulakan hidup baru.Semoga Allah gantikna dengan rezeki yang lebih baik kepada mereka dan kita semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul MC, memang kena kuat mental & fizikal.

      Delete
  7. sedih sgt.
    sayu rasa hati.
    kat melaka ada gak banjir kilat.
    tapi kurang teruk la.
    empangan xde la sampai kena release air, hazel.
    if yes, fengsan la mereka yg terkesan ek.

    ReplyDelete
  8. Mudah-mudahan kita terlindung dari musibah sebegini atau yg lebih buruk aamin.

    ReplyDelete
  9. Kawan2 ofis lama ammi ramai kat Lngat tu.. Kesian dorang.

    ReplyDelete