Allah, sekejap saja rasanya tup-tup kita dah berada di hari terakhir tahun 2021. Jujurnya, tahun 2020 dan 2021 seolah berlalu begitu sahaja. Much to be blamed, the pandemic yang telah merubah hidup kita ke norma baharu. Nonetheless, setiap yang berlaku dengan izin-Nya, pasti ada hikmah dalam setiap ujian dan musibah.
Sedikit coretan warna-warni kehidupan kami di tahun 2021...
28/1 Ayu lahirkan anak4. Tapi di hujung tahun 2021 hanya tinggal 2 anak Ayu; Moq-Tot & Tya. Juju & Baim hilang manakala Ayu pun dah pindah ke rumah Adim. Biasalah, dia tu nomad :D
Bulan dua birthday Ummi Mami Zya hantar birthday present untuk Ummi beserta kek lapis air tangan adik iparnya. Sekejapan je licin 😂
Bulan 3 sambut birthday Angah di Wira Tomyam. Terserempak dengan Aunty Syima dan anak2-nya. Dia setelkan bil makan kami, sebagai hadiah birthday untuk Angah. Moga sentiasa murah rezeki hang, beb 😘
Nota rindu dari Abang yang memulakan fasa baru dalam hidupnya, masuk asrama bulan empat tempohari.
Petang raya, bulan lima hari tu TV rosak. Elok kedai buka lepas cuti raya, Walid terus beli baru, sementara TV lama tu dibaiki. Musim raya dan PKP, mana tahan takde TV :D
Kenangan bulan enam... Tebang pokok betik besar belakang rumah sebab asyik berputik tapi tak lekat buahnya. Pokok pun dah tinggi cecah tingkap bilik. Sayang memang sayang tapi risau juga bila pokok makin besar. Ditakdirkan patah timpa rumah jiran, satu hal pulakkan.
Got our first shot of the COVID-19 vaccine. Bulan tujuh ni tak boleh rentas daerah. Jadi, bila diarahkan ambil suntikan vaksin di Kajang, excited! Dapatlah tengok dunia luar haha...
Bulan sembilan turn Abang pula vaksin. Alhamdulillah cuma lengan lenguh sikit. Tak demam cuma day 1 dia pening-pening sikit.
Bercuti di PD bila sempadan negeri dibuka bulan sepuluh lalu.
Bye-bye King! Bulan sebelas sedih sebab berpisah dengan King. Tapi, selepas hujan muncul pelangi. Alhamdulillah.
24/12 baby Tya, Tiger mati selepas 3-4 hari dilahirkan 😭😭😭 Moq-Tot beranak bulan 11, pun mati juga anak3-nya. Dua-dua ibu muda, inexperienced agaknya.
Secara keseluruhan tahun 2021 better bagi Ummi. Tahun lepas, tahun duka sebab kehilangan dua orang ahli keluarga tersayang; Pakcik dan Tok berselang 10 bulan.
Selamat menyambut tahun baru 2022. Mudah-mudahan ianya lebih baik untuk kita semua aamin.