Thursday, 3 September 2020

Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang



Secara dasarnya tiada perubahan ketara  yang Ummi nampak sejak kunjungan kali pertama  ke Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang ni. Cuma lantai bilik nampaknya dah bertukar ke lantai kayu, bukan lagi carpet. Dari segi perabot, masih style lama. Selain tu, aircond pun baru dah. Bukan lagi jenis aircond besar yang kurang sejuk tu. Hotel lama gini buat kami risau especially bab aircond. Boleh spoil mood nak bercuti kalau aircond tak function πŸ˜…

Rate family room ni RM153/semalam with complimentary breakfast fot 3. Ada 1 queen bed dan 1 single bed. 




Bilik air pun rasanya masih tak berubah...




Honestly in terms of bilik, there's nothing to highlight. Tapi,  dari segi service dan hospitality Ummi bagi 🌟🌟🌟🌟🌟. Their staff are amazing. They are very courteous and friendly.

Swimming pools ... Ada adult pool & kids pool.



Ada staff jaga untuk pastikan guests ikut time slots yang dah di-booking. Sebelah pagi tu staff siap pakai loud speaker untuk control crowd hihi... Takdelah marah-marah pun, cuma bagi reminder je... Siapa dah cukup masa, sila bagi ruang untuk orang lain pula... Gitu... Ikutkan mana cukup 30 minit je untuk satu sesi tapi kenalah patuh SOP.  Dengan anak-anak pun berkali-kali Ummi pesan supaya jangan rapat-rapat dengan orang lain. Seboleh mungkin mandi sesama adik beradik je. Dok tepi-tepi kolam pun jadilah. #kitajagakita.

Reading corner... 
Anak-anak Ummi memang excited bila jumpa buku. Pinjamlah buku sorang sebuah sementara tunggu turn masuk kolam. Terisi juga masa.


Lobi pun luas... 



Cafe 

Alhamdulillah anak-anak enjoy. Itu yang penting pun.


Jemput baca cerita kami ke BAGAN LALANG dan PD cuti sekolah tempohari πŸ€—

18 comments:

  1. wah bestnya , siap ada swimming pool sekali . kalau saya rasa nak hari hari kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau fulus banyak, mau juga stay lama-lama ahaks!

      Delete
  2. Penting tempat tidur selesa sebab balik bilik hendak berehat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul NA. Spoil mood bercuti kalau bilik tak ok.

      Delete
  3. Hotel lama kalau tak buat maintainance memang spoil kan. mujurlah banyak dah ditukar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun ikutkan perlu upgrade juga Fiza esp bilik air tu. Tapi yang penting aircond tu sejuk haha

      Delete
  4. makanan hotel ni sedap.. suka jalan2 bagan lalang ni

    ReplyDelete
  5. anak-anak ammi especially yg bongsu dah selalu bagi hint "dah lama tak tidur hotel".. tapi ntahlah belum rasa berminat lagi nak tidur hotel buat masa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah as long as kita ikut procedures semua selamat harapnya

      Delete
  6. Teringat pula dulu pernah duduk hotel seri Malaysia ni kat taiping lepas tu ada malam tu blackout. Lama pula tu. kacam2 pikir sebab depan tu betul2 penjara taiping πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak seram gak tu :)
      Tq Sarah singgah sini πŸ€—

      Delete
  7. Bestnya sikecil terapung di swimming pool!

    ReplyDelete
  8. Bestnya..dah lama tak bercuti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dah cikgu, jalan-jalan. Tapi kenalah beringat sentiasa dan jaga SOP Insha Allah selamat :)

      Delete
  9. pernah sampai sekali je.. tapi tak pernah lah stay sini.. nak try bawa bebudak nie lah.. sebab ada pool..

    ReplyDelete
  10. Cantik Dan nampak bersih. Pool Tu mmg best Tu

    ReplyDelete