Friday, 4 September 2020

Sambutan Awal Muharam SRAI


Kami sekeluarga antara lebih 1.2 juta penduduk yang terjejas akibat gangguan bekalan air yang dah masuk hari ketiga hari ni (5 September 2020). Faham sajalah keadaannya dengan isi rumah 7 orang kalau dah berhari-hari bekalan air terputus. Tapi takpe kita hold dulu cerita gangguan bekalan air ni sebab penghujungnya belum tiba. Nak taknak terpaksa hadap walaupun dalam hati rasa nak 'keronyok' je si pembuat onar tu. Baik Ummi stop dulu bab ni sebelum Ummi jadi hijau 😑

Dalam kedukaan tu terselit juga episod gembira. Alhamdulillah rezeki anak-anak dapat hadiah dari pihak sekolah.

Sempena Awal Muharam tempohari pihak sekolah telah menganjurkan beberapa pertandingan untuk menyemarakkan sambutan tahun baru hijrah.


Kakak masuk acara hafazan... 


 Alhamdulillah dapat hadiah saguhati.
Dapat sejadah muka dan sijil. 

Abang pula masuk acara kuiz.
Alhamdulillah dapat johan. "Abang pun terkejut Ummi, tak sangka Abang menang". Itu namanya rezeki nak. Alhamdulillah.


Best hadiahnya, dapat senaskhah Al Quran dan sijil. Al Quran tu menarik, ada maksud setiap perkataan. Ummi pun belum sempat belek, nanti boleh Ummi kongsikan keistimewaannya Insha Allah.

Angah? Ada pertandingan azan tapi dia taknak join. Bila Abang & Kakak dapat hadiah, agaknya terkilan juga dia. Next time ye Angah 🤗

Bagus inisiatif pihak sekolah, ada juga aktiviti untuk anak-anak walaupun pertandingan secara maya sahaja. Untuk hafazan Kakak tu rekod video kemudian hantar rakaman kepada ustaz. Abang pula jawab kuiz secara online saja. Acara penyampaian hadiah semalam pun hanya dihadiri oleh para pemenang dan beberapa orang guru sahaja. Acara ringkas di surau saja. Norma baru kan...

Congrats Abang, Kakak 💐💐💐

9 comments:

  1. Kalau tak ada air memang masalah besar..Apa² pun tahniah buat anak² yg dapat hadiah

    ReplyDelete
  2. Memang seronok dapat hadiah.
    Saya yang sudah dewasa pun seronok dapat sesuatu.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Itu namanya rezeki kan.. Hadiah pun alhamdulillah sangat bermakna..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Tahniah untuk mereka. Seronok tu dapat Al quran sekali terjemahan

    ReplyDelete