Monday, 7 September 2020

Bila ayaq takdak...


Alhamdulillah water supply is back in our area. Though the water flow sat laju sat slow but as long as the tap is running syukur sangat dah. Sabtu malam jam 11.30 kami dah start terima air tapi Ahad pagi tiba-tiba air di pili sinki stop. A signal it would be another disruption. Kelam kabut fill up all the pails/bekas termasuk periuk, besen semua takut air takde semula. Hangpa jangan main-main, trauma tau dengan masalah bekalan air ni. Rasa nak saman je sesiapa yang beetanggungjawab ni sebab mendatangkan kecederaan emosi kepada pengguna. Emosional-lah pulak Ummi ni 😂


Eh, ini baru boleh senyum tau. Masa takde air tu, serba serbi tak kena. Rimas, lemas, risau, stress semua ada. Betapa pentingnya air dalam hidup kita kan?

So, how did we survive the crisis?

1. Makan nasi bungkus 




Tak perlu masak, basuh pinggan dsbnya. Tapi, nak dapat beli nasi kukus ni pun kemain lama beratur, dekat 1/2 jam agaknya. This was on Friday afternoon, day 2 crisis. Rasanya ramai yang pilih makan diluar atau tapau sebab bekalan air masing-masing dah berkurangan. Malam pun beli food juga.

2. Tadah air hujan uolls! 




Ini 2nd day, noon. Alhamdulillah hujan turun mencurah-curah. Lepaslah untuk kegunaan bilik air dan cuci pinggan mangkuk yang dari semalam tak berbasuh.

3. Import air dari Pontian 




Day 1 crisis Walid di Pontian. Legalah member :) Sebelum balik, Ummi kirim siap-siap beli air. Time ni dah ada news yang krisis air ni akan berlarutan at least 4 hari. Sebenarnya untuk stok minum, wudhuk Ummi tak risau sangat sebab bekalan mencukupi. Untuk mandi pun kalau kritikal sangat tak mandi pun takpe. Paling penting bab qadha hajat. Urusan ni bukan boleh ditahan-tahan.

4.' Lari dari rumah'




Maghrib Walid sampai from Pontian. Lepas solat Isyak, kami keluar dari Gombak. Kesian Walid, penat drive belum hilang terpaksa hadap traffic jam pula. Ingatkan jalan tak sesak, rupanya semua orang nak lari dari krisis ni :(

Alhamdulillah seakan hilang penat dan stress bila check in di sini. Paling teruja nampak air haha... Walaupun dah pukul 11 lebih mandi juga. Maklumlah  Khamis petang dan Jumaat pagi tu cuma mandi koboi 🤫

5. Menumpang kasih Petronas ❤️




Petronas Selayang... Singgah beli air mineral sebenarnya. Walaupun lebih mahal harganya tapi beli jugalah. Abang pula ambil kesempatan ke bilik air. Alang-alang ada airkan kat sini...

Diharapkan pihak berwajib dapat mengambil tindakan tegas dan cekap dalam menangani isu air ni. Dah makin kerap pula terjadi pencemaran di sungai-sungai utama yang membekalkan air kepada LRA - Loji Rawatan Air. Isu ini sangat mengganggu dan menyusahkan rakyat! Dan harapnya musibah ni tak berulang. 

17 comments:

  1. Lari dari rumah tu yg tak menahan tu, haha.

    Setakat ni tempat kami ok lagi, Alhamdulillah sangat.
    Bagaimanalah zaman dajjal nnt, kemarau 3 tahun....

    ReplyDelete
  2. Rumah mak saya pun terjejas. Sementara nak tunggu lori tangki air datang, saya isi lah segala tong/bekas/tupperware yang ada dkt rumah angkut pergi rumah mak, belikan makanan..Ajak mak stay kat rumah, kesian kat kucing katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur rumah Ili tak terjejas ye, boleh bantu mak. Kesian kalau warga emas nak hadap sendiri krisis ni. Kita yg muda ni pun tak sanggup nak beratur dapatkan air, apatah lagi warga emas :(

      Delete
  3. Itulah nikmat air. Pernah juga rasa waktu air tiada. Seksa.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah akhirnya air kembali.

    ReplyDelete
  5. ramai yang terkesan dengan ketiadaan air kali ni secara mengejut kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak ana. By the time dapat tau pun bekalan air dah ditutup agaknya :( tak srmpat nak simpan stok banyak2

      Delete
  6. nak beli nasi bungkus boleh..tapi elakkan beli di kawasan setempat sebab depa pun takde air jugak ahaksss. tengah membayangkan dorang basuh sayur tak bersih. aduhaiiii..kritikal betul otak ammi bab2 membasuh bahan masak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama fikiran kita Ammi haha..
      Sbb kita nak masak nasi utk anak beranak pun tak cukup air, camne depa meniagakan?
      Itu yg beli di luar kawasan :)

      Delete
  7. Kalau air takde memang susah dibuatnya. Bab nak membuang hajat tu paling struggle tak boleh tahan lagi. Harap cepat lah ada air semula kat selangor tu.

    ReplyDelete