Monday, 27 July 2020

Takde rezeki...


Dari kecik Ummi jaga dia... Siram, baja, belai hinggalah dah berbuah. Dalam hati dah berniat, buahnya dah masak nanti nak berbagi dengan jiran-jiran. Kerap juga kami dapat hasil tanam sendiri dari jiran-jiran jadi naklah juga bagi hasil tanaman sendiri.
Tapi itulah, kita hanya mampu merancang :(



Balik dari kedai tengahari semalam, baru perasan dah patah pokoknya. Agaknya kesan angin kuat petang sabtu hari tu.


Takde rezeki nak merasa buahnya yang masak. Ummi kutip juga 3 biji buahnya yang masih muda. Buat ulam pun sedap. Maksu cadangkan buat somtam atau jeruk. 
Menarik juga tu.


Ini pun kes takde rezeki juga. Jumaat minggu lepas, Sya, sambil-sambil melintas depan Ummi melambai-lambai bagi tau esok meraka sekeluarga buat kenduri kesyukuran di Batu 10. Sebab dia bergegas nak ke tempat kerja Ummi pun angguk saja. Excited juga sebab dah lama tak makan kenduri, since PKP ni lah. Sepanjang hari hingga ke pagi Sabtu tu tertunggu-tunggu juga text dari dia. Ialah, orang sekarang kenduri kahwin pun jemput via WhatsApp je kan. Inikan pula kenduri doa selamat yang lebih simple dan santai. Sampai ke sudah takde. Ummi sangka dia lupa agaknya nak menjemput.

Semalam, Walid checked post box. Ya Allah, dalam ni rupanya kad jemputan kenduri Sya menyorok! Ummi memang dah lama tak buka tong pos tu sebab biasanya postman selit surat di pagar je sebab diorang tahu rumah kami berpenghuni di waktu siang. Bil letrik, bil air dah sampai lagilah Ummi tak buka post box tu.

Dah seminggu berlalu kendurinya. Memang takde rezeki kami. Ikutkan memang terkilan tapi bila dah tertulis bukan rezeki kita, memang takkan adalah. Namun sebaliknya bila kita tak expect apa-apa tiba-tiba ada je yang tekan bell bagi apa-apa. 


Buah rambutan ni dari Uncle untuk anak-anak. "I pun belum makan lagi, saja petik kasi itu kids" Terharu tau ☺️

Ini pula pajeri nenas + epal hijau. Pernah makan? Ummi baru first time makan. Kak Leha kata dia makan dekat satu kenduri mana ntah some time ago, sedap. Kali ni cuba buat sendiri. Sedap 😋



Itulah rahsia rezeki. Hanya Dia yang tahu.

5 comments:

  1. tak terfikir pun pasal pajeri nenas + epal hijau tu

    ReplyDelete
  2. Unik itu pajeri ada epal.
    Ya rezeki Allah tentukan.

    ReplyDelete
  3. Pokok betik yang patah tu akan bertunas baru nanti.
    Potong kat bahagian yang patah tu

    ReplyDelete
  4. bukan rezeki.. insyallah
    yang lebih baik nanti datang..

    ReplyDelete
  5. rezeki lain Allah gantikan nanti. InshaAllah.
    pajeri nanas campur epal tu rare tu kak. tak pernah makan mahupun jumpa. first time dengar pun

    ReplyDelete