Tuesday, 31 March 2020

PKP Day 14 - Jiran meninggal...


Perintah Kawalan Pergerakan 
Day 13 (30/3 /2020)


Lebih kurang jam 7 pagi semalam telefon Walid berbunyi. Terdengar suara En A di hujung talian... "Ayah saya macam dah tak ada.."  Ummi pun capai phone terus call Ustazah R. Ustazah lebih arif. Dulu suami Ustazah pun meninggal di rumah. Ummi minta Ustazah tolong tengokkan sebab kami berdua pun macam En A juga, takde experience hadapi hal ni.

Bila selesai urusan dapur dan sarapan, Ummi minta izin Walid nak ziarah sekejap. Walid dah pergi tadi. Yang ada hanya Ustazah, Abg B & Kak A; jiran belakang rumah serta mereka sekeluarga. Ummi hanya bersalam dengan balu arwah saja. Peluk juga Mak Bee, tenangkan beliau. Rasa kekok juga sebenarnya tapi dalam waktu sekarang tak boleh sembarangan. Masing-masing faham perlu social distancing. Nak bersembang pun rasa takut-takut. By the way, arwah meninggal sebab stroke. Dah berbelas tahun menderita sakit. Kesihatan beliau makin merosot sejak kebelakangan ni. Dua tiga hari lepas pun baru keluar hospital.

Ada juga pihak hospital datang. Mungkin nak sahkan kematian. Staff tersebut pakai full suit PPE. Pertama kali nampak depan mata. 

Usai baca Yasin, Ummi minta diri. Masuk rumah terus tukar baju, buat apa yang patut. Masuk ke dapur semula, goreng bihun untuk keluarga arwah bersarapan. Walid pula buat air teh.

Betul, waktu sedih begini bukan masanya nak fikir makan minum. Tapi, sedikit sebanyak mungkin membantu dan mampu menggembirakan mereka juga. Berdasarkan pengalaman Ummi sendiri... 

Sewaktu malam pemergian Pakcik tempohari jiran-jiran arwah pun berpakat memasak menghantar makanan ke rumah Pakcik. Ada bihun goreng, kuih dan air. Kami yang tak sempat nak fikir bab makan minum terasa sangat terharu. Bolehlah para tetamu yang berziarah mengalas perut sementelah ramai yang datang dari jauh. Esok paginya sebelum pengebumian, sekali lagi ada jiran yang baik hati sedekahkan nasi lemak bungkus untuk kaum keluarga arwah. Alhamdulillah. Bukan nak makan kenyang-kenyang pun sebab kita tengah bersedih. Tak selera pun nak makan sebenarnya. Sekadar alas perut. 

Usai jenazah diusung ke dalam van, setakat itu sahaja khidmat kami. Nak iring ke perkuburan pun agak sukar dalam masa PKP ni. Bagi peluang keluarga terdekat sebab semasa PKP ni tak boleh berhimpum beramai-ramai dalam satu-satu masa. Ummi pun belum ziarah semula keluarga arwah sebab menghormati arahan PKP ni. Tunggulah semuanya reda dulu.

Pagi tadi Ummi nampak ada AJK surau datang berziarah dan menghulur sumbangan. Semuanya pun berdiri di luar rumah sahaja. Masing-masing faham dan akur dengan arahan pihak berkuasa.
Semoga sedikit sebanyak keprihatinan yang ditunjukkan mampu menggembirakan keluarga arwah.

Monday, 30 March 2020

PKP Day 13 ~ Selangor Berdoa


Perintah Kawalan Pergerakan 
Day 13 (29/3/2020) 


Rasa sebak dan sayu bila mendengar alunan selawat, zikir dan doa kedengaran dari surau sebentar tadi. Terasa kembali bersemangat. Terasa harapan memugar kembali. Terasa kasihnya Allah pada hamba-hamba-Nya. Walaupun sekadar sebentar cuma, terasa nikmatnya bila kalimah suci kembali bergema dari surau. Baru 13 hari kita kehilangan nikmat ini. Tapi terasa beratnya dada umpama menahan bebanan yang besar. Moga Dia yang Maha Berkuasa memperkenankan doa kita semua; agar dijauhkan dari wabak ini, di angkat dan dihapuskan wabak ini dari muka bumi dan dikembalikan kesejahteraan kepada kita semua.




Aamiin aamiin aamiin Ya Rabbal 'Alamin.

Sunday, 29 March 2020

PKP Day 12 ~ When husbands shop...


Perintah Kawalan Pergerakan 
Day 12 (29/3/2020) 

Tergelak sakan Ummi bila baca satu status WhatsApp yang di kongsi seorang kawan. Tak pastilah betul-betul atau sekadar gurauan. But it was really funny.

Member confused, nak suruh beli
labu ke bawang putih 😂😂😂

Ada lagi sambungannya, lagi kelakar...  

Sana-sini pun orang bercakap macam-macam gelagat suami-suami yang keluar beli barang dapur. Ada yang OK, ada yang KO haha... Sampaikan Tesco pun terpaksa keluarkan guide untuk membantu para suami membeli-belah. 

Walid so far so good. Tok Umi train pergi market sejak buang lagi. Boleh bagi pujianlah kalau Walid ke kedai. Benda yang kita tak suruh beli pun dia beli haha... Apapun, Walid dalam kategori OK, boleh dapat A bab beli barang. 

Tapi ada juga 1-2 incident yang buat Ummi geli hati. Oops, hangat hati sebenarnya 😅
Ada sekali tu Ummi tulis cendawan dalam grocery list. Tapi Walid tak beli sebab katanya takde. The following day, baru beli.
Terkejut Ummi bila tengok cendawannya. Adoi, shitake kering la pulak. What I meant was cendawan tiram. Oh, cendawan putih ya? He said innocently :D 
Itu takpe lagi, yang lebih terkejut bila tengok harganya....


Kalau Ummi memang tak beli dah. Baik beli ikan bilis ke, cili kering ke dll yang lebih essential. Memang buat lauklah shitake ni hari-hari :p

Ini pula Ummi suruh beli Eno. Dah mentioned yang original/regular, warna biru pun sebut juga. Oklah betul dah...


Tapi, dibeli juga lime flavour 🤦‍♀️


 Siapalah nak habiskan ni? Seumur hidup Ummi tak pernah minum Eno pun untuk legakan kembung perut. Tapi takpelah, simpan je, mana tahu diperlukan in the future.

Hari ni pula Ummi kirim gula merah dengan ikan bilis je. Sekali dengan ikan bawal, ikan kembung, ikan kerisi semua Walid borong. Tapi, ini Ummi takde komen. Ummi suka sebenarnya, bertambah stock. 

Thanks a lot B for being our family hero 
💪💪💪

Terima kasih dan tahniah juga kepada semua suami yang menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Antara suami-suami mithali; 



"Change is hard at first, messy in the middle and gorgeous at the end"
 ~ Robin Sharma ~

Saturday, 28 March 2020

PKP Day 12 ~ Al Fatihah - Abang Eil


Perintah Kawalan Pergerakan
Day 12 (29/3/2020)

Semalam Ummi berdepan dengan satu lagi ujian kematian :( Abang sepupu Ummi, Abg Eil (Ismail @ Shaari b Husin) telah dijemput kembali kepada Pencipta-Nya petang tadi kerana jangkitan kuman di paru-paru. Meninggal di Hospital Langkawi.

Ummi dengan Abg Eil taklah rapat sebab jarak usia kami sangat jauh, lebih 20 tahun. Dulu-dulu kalau Ummi ke rumah arwah Paklong Husin (ayah arwah Abg Eil), Ummi hanya bermain dengan anak-anak arwah. Ada seorang yang sebaya Ummi, Syukri namanya. Isteri arwah, Kak Mah pula anak Makngah Pah (adik arwah Paklong Husin dan kakak kepada arwah Pak) Depa kahwin sesama sepupu. Arwah Paklong Husin dan Maklong Selamah (ibu arwah) pun kahwin sesama sepupu juga.

Arwah Paklong, arwah Abg Eil sekeluarga dan keluarga Makngah Pah berjiran. Seronok Ummi jika dapat berkunjung ke rumah mereka suatu ketika dulu. Kiri kanan semua rumah saudara kita. Ada pokok limau bali yang banyak, ada kebun sayur milik arwah Pakngah Leh (suami Makngah) yang luas serta halaman luas dihiasi pasir putih bersih tempat kami bermain. Selain tu, layanan ibu ayah saudara terhadap kami adik beradik yang sangat mesra sebenarnya menjadi pengikat kasih. Di rumah Paklong juga ada pam telaga, satu-satunya yang Ummi pernah lihat sepanjang hayat. Pam ini juga jadi tumpuan kami bermain jika ke sini. Puaslah Paklong dan Maklong memantau kami. Kesian Paklong, sudahlah ada penyakit lelah, termengah-mengah menjerit dari pelantar rumah. Arwah Pak pula 'steady' minum kopi air tangan Maklong yang sentiasa jadi kegemarannya.

Setelah berpuluh tahun tak berjumpa, ditakdirkan tahun lepas kami bertemu semula dengan Abg Eil dan Kak Mah. Sewaktu ziarah raya kami ke rumah Makngah, arwah juga ada. Itulah pertemuan terakhir kami bersama arwah. Susuk tubuhnya kini kurus, semakin dimakan usia tapi keramahan dan kemesraannya tak pernah surut. Rancak arwah berborak terutamanya dengan arwah Pakcik. Pakcik sempat berseloroh, nak menumpang tidur di rumah arwah sekiranya ke Langkawi.

Kini, kedua-duanya telah dijemput pulang. Al fatihah. Semoga roh mereka semuanya ditempatkan di kalangan para solehin aamiin. 
.

Thursday, 26 March 2020

PKP Day 9 ~ Belajar dari Rumah


Perintah Kawalan Pergerakan 
Day 9 (26/3/2020)

Semalam YAB PM maklumkan yang PKP akan disambung hingga 14 April. Kita akur saja, untuk kebaikan semua. Benda dah jadi pandemic ni ambil masa untuk pulih. Sabar dengan ujian pun berpahala.

Minggu lepas rasanya ramai yang tercari-cari rentak bila PKP dilaksanakan. Yang bekerja dari rumah pun tak berapa nak produktif lagi :p Anak-anak pun ikutkan masih dalam cuti sekolah jadi Ummi pun masih beri kelonggaran (kecuali Abang). Abang hari-hari kena belajar sebab tahun ni UPSR. Ambil peluang buat ulangkaji, latihan yang tak sempat dibuat hari sekolah.


Tapi, minggu ni rasanya semua dah boleh adjua kan? Dah dapat rentak kata orang. Cikgu-cikgu pun dah start bagi homework pada anak-anak, termasuk Angah dan Kakak. Ummilah pulak kena jadi cikgu di rumah. Tapi cikgu versi garang haha..
Yang paling busy Abang lah. Cikgu suruh join portal e-learning; i-Learn Ace, join class di FB dll. Hari ni juga cikgu dah start suruh join Google Classroom. Cg Sains bagi assignment.

Bila cikgu kata ada markah, laju lah masing-masing buat :D 


Kesian juga yang tersangkut di kampung. Tapi syukurlah, boleh download buku teks rupanya sekarang ni. 


Bila dah begini, bukan setakat anak je belajar, Ummi Walid pun sama. Kena keep up juga dengan latest technology. Zaman dah canggih, nak tak nak kena juga ambil tahu. Siapa lagi anak-anak nak refer, jika bukan their parents. 

Online class 


Yang ni pun nak belajar juga 😁

Alhamdulillah so far so good for us. May Allah the Most Loving permudahkan segala urusan kita semua. 

Dont stress yourself out with things you can't control or change 
🌹🌹🌹

Wednesday, 25 March 2020

PKP Day 8 ~ Cucur Manis Stick


Perintah Kawalan Pergerakan
Day 8 (25/3/2020)

Bukan tak pernah buat cucur manis, atau kami panggil cucuq kembung 😁 Tapi, yang Ummi baru try ni, caranya sedikit berbeza. Tak perlu guna baking powder. Cuma masak air gula dan digaul sebati bersama tepung. Doh pun dibentuk ala-ala churros, bukan bulat macam jemput-jemput. 

Biasalah, waktu PKP ni makan 3-4 kali sehari. Dari breakfast hingga ke dinner complete kena ada makanan. Snacking in between tu toksah kira... 'Makan sedia' kata orang Kedah :)

Jom layan resepi ni. Sesuai untuk minum petang. 

Cucur Manis Stick 

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
.2 cawan air
3-4 sudu makan gula (Ummi letak 4 sudu)
1 sudu kecil garam
1 sudu makan minyak masak

Cara-cara
1. Buat air gula - Didihkan air.  Bila mendidih masukkan gula, garam dan minyak masak.
2. Bila gula larut, tutup api.
3. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas yang sesuai. Tuang air gula tadi ke dalam tepung. Dengan menggunakan sudip/senduk/sudu, gaul sebati tepung dan air gula. Jangan guna tangan ye, adunan masih panas.
4. Bila adunan dah suam, boleh sambung uli dengan tangan. Pastikan adunan tak melekat di tangan. Kalau lembik, tambah tepung.
5. Bentukkan doh seperti stick.
6. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan.
7. Boleh di hidang bersama taburan gula halus atau boleh juga celup dengan coklat sebahagiannya. Pasti lebih sedap. 

Bujur, bulat, panjang, pendek semua ada :) 


Untuk resepi asal, boleh rujuk SINI.

Lepas angkat dari kuali, Ummi try lah sebiji time panas-panas tu. Eei, keras. Tak jadi agaknya cucur aku ni... Fret not! Tunggu kuih ni sejuk sikit, hah barulah sedap. Lembut je... Anak-anak suka dan siap minta repeat. Cubalah nanti. Bahan-bahan pun semua jenis sedia ada di dapur. Mudah dan murah :)

Tuesday, 24 March 2020

Balik Kampung 1/2020


Sabaq, jangan kecam dulu. Dengaq dulu ceq nak habaq :)

Plan asalnya kami hanya nak ke Ipoh, ziarah Makcik dan anak-anak masa awal cuti sekolah tempohari. Tapi, pada Rabu 11/3 tu Tok Umi tiba-tiba masuk ICU, sesak nafas. Kata Walid, alang-alang dah half way (KL-Ipoh), kita terus balik Jitra sekali. Ummi ikut je. Lagipun, lepas Tok Umi operation lutut Januari lepas, we haven't visited her. Walid ada juga balik on 16/1 (before ops) sebab ada meeting di Penang. Ummi ingat sangat tarikh tu sebab it was the last time Walid jumpa Pakcik :( Bila dah balik kampung tu, boleh juga hantar Tok ke rumah Makngah sebab Tok ada sebut nak puasa di kampung tahun ni.

Heavy traffic sebab first day cuti sekolah. 

Sepanjang perjalanan Gombak-Ipoh-Baling-Jitra-Gombak tu memang sentiasa kami berwaspada. Singgah top up minyak je di R&R. Untuk ke tandas dan solat, pilih lay-by atau stesen minyak Petronas. Makan pun bawa bekal. Alhamdulillah semuanya baik-baik untuk kami setakat ni. Sebelum PKP dilaksanakan kami dah ada di rumah. Stay at home macam most of us are doing.

Tengah seronok bersembang, Makcik bawa turun sepasang baju melayu milik arwah. Suasana terus senyap. Ummi nampak Tok perlahan-lahan kesat tubir mata dengan kain tudung. Ummi pula kalau ikut hati nak je peluk cium baju tu sebab rindu sangat dengan arwah 😭😭😭 Tapi, terpaksa tahan diri, demi Tok.


Baju ni Tok nak sedekah kepada member baik Pakcik di kampung.

Sampai di Jitra dah pukul 7 pm. 11 jam perjalanan kami. Lemau haha... Tok Umi jamu ABC. Dinner Maksu yang masak, alhamdulillah lega Ummi tak payah masuk dapur :D

Meriah betul ABC Tok Umi ni :) 

Esoknya ke tempat wajib bila balik kampung, market Jitra haha... Market ni bukan setakat jual ikan sayur tapi macam-macam ada; kain baju, tudung, cadar, selimut dll. Beli juga tudung sorang selai untuk Ummi dan gegirls.


Buah genuak aka kerdas. Favourite Tok ni.
Ummi tak makan. 

Ni lunch kat cafe Paklong. Kari ikan tu sedap sangat 😋


Malam pula kami ber-steamboat. Ummi buat kuah sup, Maksu buat kuah tomyam. Ini namanya teamwork haha... 



Maksu buat brownies untuk Angah juga. Dari mula sampai dia bagitau semua isi rumah 21/3 birthday dia. Walaupun lagi seminggu that time, Maksu dia layan juga, buat brownies bagi dia potong haha... Dengan Tok Kodiang pun dia minta hadiah... Tok masak cekodok untuk dia, kemain happy. Dia anggap tu hadiah dari Tok Kodiang :D

Singgah Penang sat, ambik stock kuih raya. Ummi dah jadi agent kuih raya sekarang 🤗


Singkat je balik kali ni tapi alhamdulillah dapat jenguk adik beradik kedua-dua belah alhamdulillah. Mission accomplished.

Sunday, 22 March 2020

PKP Day 5 ~ Patah la pulak!


Perintah Kawalan Pergerakan
Day 5 (22/3/2020

Nampaknya seruan KKM supaya kerap mencuci tangan mendapat sambutan hangat di rumah kami terutamanya anak-anak. Kejap-kejap basuh tangan, kejap-kejap basuh tangan. Lepas sorang, sorang pulak tu. Kadang tu beramai-ramai mencuci tangan. Nak main hand wash Ummi baru beli lettew :p

Tak tahulah apa yang depa buat sampai 'patah leher' paip sinki  (faucet) dapur ni. Time ni lah pulak jadinya huhu... Tapi Ummi OK je, as long as air boleh keluar dari paip tu. Tapi, Walid pula kata nanti pecah getah tu tersembur air keluar. Ala, balut je dengan tape. Boleh je kan?

Terlentok habis faucet tu.

Tapi, member tak puas hati. Keluar beli faucet baru. Dari lepas Zohor hingga lewat petang dok godek-godek paip tu. 

Segala tools semua bawa keluar.
You go man 💪💪💪

Alhamdulillah berjaya juga ganti faucet baru. Berkilat, boleh suluh muka 😝


So, setellah problem? Tak juga, ada getah sambungan bawah sinki tu pecah ke bocor ke Ummi tak sure tapi yang pastinya sinki tu dah takde air 😭😭😭 Kena off dulu punca air.

Sinki tu bagi Ummi ibaratnya hati dapur. Memang tak dinafikan, susah hati, geram semua ada bila fikirkan banyak kerja dapur akan tergendala bila sinki takde air. Sama macam situasi water cut/disruption. Abang dah angkut sebaldi air untuk kegunaan Ummi masak makan malam tadi Ummi. Tapi Ummi prefer running water as always. 

Tapi takpe, Allah bagi kita masalah (ujian), Dia pasti bagi sekali penyelesaian. Tenang dulu, fikirlah dengan akal yang waras. Elok selesai bagi salam solat Maghrib tu, terus Allah bagi ilham. Selongkar peti harta karun (baca: tong simpanan barang-barang kategori 'kot-kot nak guna') jumpa getah paip yang dah berzaman dok dalam tu. Solusinya, sambung getah paip tu di bilik air dan tarik ke sinki dapur. Selesai masalah temporarily. Sementara tunggu salur getah tu sampai (order online) kita sabar je lah. As they say, when the going gets tough, the tough get going. 
Yeah 💪💪💪

Lesung batu juga jadi penyelamat 🤭

Kecil je ujian ni. Takde lah nak komplen pun. Insaf sebab dalam situasi sekarang ramai lagi yang diuji dengan ujian lebih besar. Our frontliners, their families, pesakit Covid-19 yang sedang dirawat, yang sedang dikuarantin dll lagi besar ujian buat mereka. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.

Saturday, 21 March 2020

PKP Day 4 ~ Birthday Angah & Resepi Kek Milo 3 Bahan


Perintah Kawalan Pergerakan
Day 4 (21/3/2020)


Hari ni birthday Angah yang ke-9. Malam tadi dia cakap "Esok Ummi buat ayam masak merah boleh? Dah lama tak makan". OK, set dalam kepala esok menu Ayam Masak Merah. Alang-alang masak nasi minyak sekalilah. Special sikit untuk birthday dia.

Hari ni patutnya ads jemputan kenduri kahwin, adik Cg Sal. Tapi majlisnya postpone sebab PKP ni. Tak dapat makan nasi minyak kenduri, makan nasi minyak air tangan sendiri je lah :D 

Pagi tadi, Ummi cakap dengan Angah... Ummi tak bagi hadiah ye, tak boleh nak ke kedai. Dia jawab "Ada kek tak? Ummi boleh buat tak?" Serba salah Ummi ni. Bakeri pun tutup kan. Nak order dengan kawan-kawan pun dah last minute.

Tapi mak kan, anak sebut je nak apa mesti diusahakan juga. Akhirnya jadilah juga Kek Milo 3 Bahan. Dah lama save resepi ni hari ni ada juga peluang nak cuba. Dalam keadaan PKP ni, kenalah pandai survive 😅


Resepi Kek Milo 3 Bahan
(Sumber: Mingguan Wanita

Bahan-bahan:
2 cawan serbuk Milo
2 sudu besar susu pekat manis 
4 biji telur

Cara-cara:
1. Pukul ketiga-tiga bahan dengan hand mixer selama 3 minit
2. Masukkan ke dalam loyang dan bakar 45 minit/180°C.

Cara Ummi? Lagi simple hehe..  Ummi blend ketiga-tiga bahan serta sesudu minyak masak untuk lancarkan blender.
Then Ummi steam dalam Noxxa 25 minit. Dah siap tapi ada bahagian masih mentah. Ummi masukkan pula dalam air fryer, bakar 25 minit, suhu 180°C juga. Dalam 7 minit terakhir, Ummi rendahkan suhu, 140°C. Masak elok kek tu.

Kemudian buat topping. Pastu tabur choc rice dan choc chips. Coklat je semua kek Ummi. Tak berseri jadi Ummi petik buah mulberry kat belakang rumah. Alhamdulillah kebetulan ada buah tengah ranum.


Barulah berseri kek Ummi 😍

As usual, treated them with KFC their birthday


Sanah helwah Angah
Ummi sayang Angah sangat. Hence, please be nice to me ok? No more gaduh-gaduh, no more lawan-lawan, kacau-kacau Ummi and adik beradik tau. Love u 💖💖💖

Friday, 20 March 2020

PKP - Day 3 & Resepi Mee Goreng Ala Olio Aglio


Perintah Kawalan Pergerakan
Day 3 (20/3/2020)

Sikit sebanyak rasanya ramai yang dah boleh adjust dengan PKP walaupun ada segelintir yang masih tidak mematuhi arahan kerajaan. Ummi ni pun kalau diiikutkan nak sangat ke TMG di Sri Gombak tu untuk stock up barang keperluan. Tapi tak berani nak ambil risiko. Hanya berani keluar ke kedai runcit berhampiran rumah sahaja. Itupun baru sekali keluar, 2 hari lepas. Pastu teringin pula nasi lemak Atuk. Nak suruh Walid pergi beli, terbaca pula pesanan someone katanya lebih baik masak di rumah instead of beli. Simpan je lah hasrat. Nampak gaya kena buat sendirilah nasi lemak.  Moga keadaan kembali pulih aamiin. Masuk hari ketiga ni dah mula teringin itu ini 😅

Catatan Ummi untuk hari ni;

Pergerakan
Walid -  keluar lagi... Beli telur dan surat khabar di kedai berhampiran. Member nak ke market, Ummi tak bagi pi. Please lah, stay at home. 

Menu
Breakfast - roti, sosej & telur, Milo.
Lunch - Nasi putih, air asam, daging masak kurma, kobis goreng ala mamak & papadom
Dinner - Mee Goreng Ala Olio Aglio


Nak resepi? Senang je...
1. Tumbuk bawang putih dan sesudu lada hitam hingga lumat.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk.
3. Masukkan sos tiram beserta sedikit air. Kacau sebati.
4. Masukkan ayam/udang/sotong. Bila ayam/udan/sotong bertukar warna, masukkan sedikit gula dan sesudu Maggi Cukup Rasa.
5. Masukkan sayur (carrot, kobis, sawi etc). Bila sayur agak lembut, masukkan mee, capsicum dan tomato. Kaup balik hingga sebati. Biarkan seketika, tutup api.

Nota/Tips
# Ummi tambah cili hijau lepas tutup api. Pedas sikit baru kick.
# mee6 tu celur dulu supaya tak berbau kapur.

Maksu depa kemain masak... 

Terliur pula tengok gulai ikan keli ni 😋

Ayam Masak Paprik...

Almaklumlah kata Walid, Paksu sekarang kerja makan, tidur makan tidur 😂😂😂. Site tutup duduk rumah je lah.. 

Stay safe ye semua ❤️

Menjala' di Pagi Hari dan Resepi Kuah Manis


Menjala di sini bukanlah menjala ikan di sungai hihi... Tapi membuat roti jala haha... Janganlah stress sangat, Insha Allah fasa tegang dek Covid-19 ni akan berlalu. Doa, patuhi arahan pihak berkuasa dan yakin dengan pertolongan Allah semuanya pasti bertambah baik dan akan berakhir, dengan izin-Nya.


Memandangkan kari itik masih berbaki, keesokan paginya Ummi pun buatlah roti jala. Cicah dengan kuah kari Itik. Kenyang jugalah sarapan pagi tu.


Baca sini: Kari Itik (Noxxa Style)

Ummi bancuh 3 cawan tepung, ikut sukatan dalam resepi Kak Azie (Azie Kitchen). 

Credit: Azie Kitchen 

Banyak pula adunannya. Kuah kari dah habis huhu...

Akhirnya Ummi cubalah cari regu untuk dimakan bersama roti jala ni. Rupanya di sebelah Pantai Timur, roti jala dicicah bersama kuah manis. Ummi pun buatlah kuah manis ni. Nak letak telur boleh, tak nak letak pun boleh. Eh, sedap tau cicah dengan roti jala. Rasanya ala-ala kuah cakoi. Ke sama? Ummi tak pernah buat kuah cakoi.


Dan satu lagi, roti jala di sana dipanggil pukat buruk! Baru ku tahu :D 


Resepi Kuah Manis 
Credit: Pn Nurhidayah Russlan

Cuba tau!

Thursday, 19 March 2020

PKP - Day 2 dan Resepi Ikan Rebus Air Asam


Perintah Kawalan Pergerakan
Day 2 (19/3/2020)

Malam tadi YAB Perdana Menteri terpaksa buat live sekali lagi, merayu semua rakyat agar 'stay at home'. Tujuan PKP diadakan untuk 'break the chain' dari Covid-19 ni terus merebak. Petugas kesihatan kita pun dah mula penat, saban hari kes bertambah. Kesian mereka yang bertungkus lumus bertugas. Sedih tengok video yang dikongsikan oleh seorang doktor yang mana anaknya meraung minta didukung. Apa daya, si ibu (doktor tersebut) baru pulang bertugas. Tak boleh nak sentuh anak sendiri :(

Petang tadi pula Menteri  Pertahanan pula buat sidang media. Cuak juga mulanya ingatkan nak dilaksanakan perintah berkurung. Setakat ni belum lagi. Sama-samalah kita bagi kerjasama pada pihak berkuasa agar wabak ini dapat dibendung. Jangan sampai kerajaan terpaksa ambil tindakan lebih tegas.

Selain mematuhi arahan PKP, umat Islam disarankan untuk melakukan solat hajat dan bacaan Yasin di kediaman masing-masing malam ni. Saranan pihak JAKIM ni nampaknya mendapat sambutan ramai. Alhamdulillah. Moga Allah angkat doa kita semua aamiin.


Esok kita sama-sama baca Surah Ar Rahman pula ye...


Catatan Ummi untuk hari ni;

Pergerakan
Walid -  keluar sebentar menambah bekalan makanan. Tahulah bila semua ada di rumah, asyik nak mengunyah je. Ummi pun kenalah sentiasa rajinkan diri hihi... Cuma, Ummi harap keadaan kembali pulih segera. As a mother, my biggest concern selain kesihatan, bab makan minum ni lah keutamaan Ummi. Risau anak-anak tak cukup makan! Tapi, dalam masa yang sama, berjimat juga guna barang dapur. Kalau situasi ni berpanjangan, pasti ada kesannya. Bagi yang bekerja sendiri, dah mula terasa kesannya. Kesian pula memikirkan nasib peniaga kecil seperti peniaga pasar malam, penjual goreng pisang dsbnya yang terpaksa memberhentikan sementara perniagaan mereka. Pastinya terjejas sumber pendapatan mereka. May Allah ease our burden soon, aamiin. 

Menu
Breakfast - kue tiau goreng, Milo.
Lunch - Nasi putih, ikan rebus air asam, ayam goreng dan kacang panjang goreng.
Dinner - nasi goreng cina, telur rebus, nugget & serunding ikan.

Alhamdulillah anak-anak Ummi berselera je makan. In fact, depa suka nasi goreng. Kalau boleh hari-hari nak nasi goreng. Ummi ni lah, konon nak diet tapi asyik terbabas je sebab nasi goreng is my favourite food. Dah 2 malam berturut-turut Ummi makan nasi time dinner. Hancus diet I 😝

Ini resepi Ikan Rebus Air Asam. 
Senang sangat nak sediakan. 


Caranya; 
1. Rebus Ikan bersama asam keping (1-2 keping cukup) dalam 7-10 minit. 
2. Ketepikan ikan. 
3. Air rebusan ikan tadi dimasukkan dalam mangkuk. Masukkan hirisan tomato, bawang besar, belacan bakar, air asam jawa dan jus limau kasturi. 
4. Ramas dengan tangan hingga sebati. 
5. Perisakan dengan garam dan gula.
6. Masukkan hirisan cili padi dan cili merah. Gaul/lenyekkan cili dengan sudu/garfu agar pedas cili tak lekat di tangan. Siap! 

Stay safe ye semua ❤️