Wednesday, 30 May 2018

Ye ke cuci mata?


Bermula 25/5 hingga 3/6 ni ada jualan gudang Anakku di Dewan Beringin Sri Gombak. Weekend hari tu Umi ajaklah Walid 'melawat kawasan'. Dah dekat je pun, kita pergilah cuci mata kononnya. Takde maknanya kalau perempuan pergi tempat shopping cuci mata je kan? Of courselah ada je yang dibelinya. 


Sama juga dengan Umi. Ikutkan baju raya anak2 semua dah siap termasuk pakaian casual tapi itulah kalau dah ada depan mata yang elok2 dengan harga mampu milik untuk rakyat marhaen macam Umi ni, Umi belilah  1-2 helai untuk anak2 dan anak2 buah pelam ciku durian langsat semua kat jitra tu 😁😁😁 

Talkum tu rm9.90. Kat Big rm11.90 (offer).
Wajiblah beli kat sini kan. Jimat 2 ringgit tu :p





Ramai orang hari tu. Almaklumlah gaji dah masuk pastu weekend pulakkan. Memang perfect timing untuk shopping keperluan raya. Ada yang murah, harga lelong dalam 5-10 ringgit je tapi ada juga yang even dah 70% discount pun still mahal juga 😒 

Then kami ke Giant Taman Permata pula. Walid nak tengok (survey) kasut. Ada satu pakcik ni buat handmade kasut kulit. Walid pernah beli dulu and selesa sangat. Itu yang nak repeat beli. 


Dapat bubur lambuk percuma dari Giant & Adabi. Walid dapat sebekas. Umi pi dapat 2 bekas haha... Sedap tau bubur lambuk ni. 10 periuk depa masak utk agihan kepada pelanggan Giant. 

On the way balik tu sempat pulak menyinggah di kedai kereta. Hah yang ni baru betoi cuci mata πŸ˜™ bak kata Walid, kita survey je dulu. Free je hikhik... Eh tapi sekarang harga kereta tengah 'murah' sebab depa dah revoke GST. Ribu riban jugaklah save duit. Tapi tulah, kalau harga seratus dua boleh juga melaram kereta baru. Ini ratus ribu la pulak. Ratus ribu rupiah mokcik adalah kihkih... 

Shopping shopping juga. Jangan lupa Ramadhan dah hampir ke pertengahan ni. Tak lama lagi dia akan tinggalkan kita. Jom pakat tambah amal! 


5 comments:

  1. amboi kak cuci mata betui.. angkat keta bawuuu raya ni.. hihii.

    hari tu memg nampk ada sale kat dewan beringin ni, tapi tak sempat nak singgah, kalu pegi agak2 jumpa akak kan.. hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Tapi belum mampu lagi nak angkat, berat sangat hahaha :p

      Delete
  2. Ha betullah tu, takkan hado lah cuci mato semata2, mesti ada yg sangkut di joran tu, cam akk baru ni, hajat nak cari baju anak2 je, tetiba terbekenan juga utk diri sendiri, sib baik berkejar dgn masa nak ke tmpt lain plak, kalo tak harus byk lagi yg sangkut, hihi.

    Salam ramadhan ye ph.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepesen la kita Kak..perangai mak-mak gitulah. Kalau tak sangkut 1-2 tu tak sah :D

      Ramadhan Kareem Kak.

      Delete
  3. kalau dah pergi..hehe mmg tak sah kalau tak keluarkan duit melainkan tak bawak duit..hahaaha

    ReplyDelete