Umi joined kursus ni pada 5 May lepas. Umi among a few participants yang takde produk or services untuk diniagakan. Majoriti peserta memang peniaga/usahawan. Ada yang datang sejauh Penang dan Bandar Muadzam Shah hanya untuk kursus ni. Kagum betul Umi dengan semangat depa. Ada satu couple ni siap bawak anak kecil sebaya Adik untuk join kursus ni. Malah ada seorang ni Umi nampak beg dia penuh dgn bekalan makanan untuk anak2nya sekitar usia 6-8 tahun. Betul lah orang kata, usahawan ni jiwanya mental. Umi yang tinggal sekitar gombak ni pun berpuluh kali fikir nak pergi ke tidak :( memang tak berjiwa usahawan huhu...
Bila Umi borak2 dengan peserta lain rupanya jumlah kehadiran yang tinggi tu sebab kursus ni berkaitan dana perniagaan. Ramai yang nak cari peluang meluaskan perniagaan masing2. Umi pun teruja juga bila dapat tahu rupanya FAMA menyediakan pelbagai bantuan dan inisiatif utk usahawan yang menjalankan perniagaan berkaitan pertanian. Bantuan untuk kedai runcit, food truck semua ada. Kot ada yang berminat bolehlah dapatkan info dari website FAMA.
Bila masuk slot e-Usahawan ni Umi mulalah hilang minat 😅 bukan tak menarik tapi Umi memang tak minat bab teknikal. Diajar cara buat FB page, create Instagram akaun dsbnya. Masing2 kena buka phone dan buatlah apa yang coach suruh. e-Usahawan ni kursus yg ditaja oleh MDEC untuk para peniaga nak kuasai pasaran thru platform socmeds. Trainer pun dilantik oleh MDEC dikalangan mereka yg berjaya dalam online businesses. Coach kami hari tu Coach Mel, owner kakitravel ke kakijalan macam tulah. W/pun Umi tak berapa minat bab ni tapi ada jugaklah ilmu yang Umi kutip terutama berkaitan satu apps ni untuk kita buat iklan di socmeds.
Lepas Zohor Umi balik. Mula tu nak tunggu juga sampai habis. Nak dengar pasal business OEM tapi Umi malas nak join sekali lagi slot e-Usahawan tu... Lagipun time ni dah drag masa. Dengarnya pukul 7 baru habis kursus.
Door gift. Suka kakak perfume tu nama dia 😍 |
Apapun tahniah pada penganjur. All the best to my fellow participants that day. You guys memang hebat 👍👍👍
Ada akak tgk iklan pasal program ni, tp mcm malas jer nak g hahaha.. teruk betul kan.. ada produk tp tak minat nak join
ReplyDeleteKalau akak join boleh kita jumpa hehe...but it's a good program esp if you've products. Macam sy pegi purely utk dapat ilmu/exposure je la.
Deletebest jugak tu...awat sy tak perasan pasal seminar ni...hari tu dapat jugak tapi kat Cyberjaya..aduhaiii jauh nauu
ReplyDelete