26/5 hari tu Walid dengan geng ofis lama, "Geng PM" berbuka di D'Saji Kitchen ni. Kakak sorang je teman Walid. Yang lain berbuka dengan Umi kat rumah. Bengang Jr Abang bila Walid bawak kakak padahal kakak tak puasa pun hehe...
Harga buffet RM48 (adult). Kids RM25 (6@7-12 y/o). Below that FOC. As usual food D'Saji undoubtedly sedap. Tapi in term of variety Walid cakap tak banyak sangat choice. Adalah nasi, lauk pauk, mee, kuih muih cuma tak meriah sangat. Food semua tak dimasak di sini pun sebab iftar ni dibuat di ruang legar The Strand ni. Red Carpet Avenue namanya kalau Umi tak silap Umi. They just set up the venue and bawa food yang telah dimasak ke sini.
Eh kambing golek pun adalah 😋
Attendees pun tak ramai. Yelah masing2 keluarga dah besar, nak makan kat luar macam ni nak kena pikir 4-5 kali jugak ni. Satu couple pun dah almost RM100 huhu... Lain lah kalau ala carte, boleh juga share food. Kalau buffet macam ni bayar per head kan. Kosnya lebih besar. But terpulang, ikut selera dan kemampuan masing-masing.
Tahun ni puasa paling bersederhana. Pejabat kami pun tak buat majlis berbuka puasa. Biasanya minggu pertama puasa dah busy organize majlis buka puasa. Alhamdulillah, dapat buka puasa dengan tenang kat masjid...😅😅😅
ReplyDeleteBersederhana lagi baikkan... Lagipun faktor usia sama kot haha... Seronok dapat berbuka dirumah/masjid je
DeleteMurah sungguh harga buffet tu..
ReplyDeletesaya tahun ni nak elakkan berbuka kat luar sebab tak larat nk bersesak dijalan lagipun en suami mmg nak makan kat rumah selepas terlalu sibuk dari akhir tahun lepas ke sana ke sini.. ;D
Samalah kita. Berbuka kat rumah je. Lagipun budak2 ni tengah masak, selesa lagi iftar di rumah je.
Deletesinggah pagi kat sini..
ReplyDeleteSila-sila :)
Deletetahun ni xde brbuka kat hotel pun.. or fancy restaurant. entahla xde mood sngt. ade skali je jumpa kwn2 lama..
ReplyDelete