Sunday 20 May 2018

Tok Yah, Umi & Kurma


Buah tangan dari surau ofis Walid. 

Al kisah sewaktu di Madinah Umi ditempatkan sebilik dengan 2 orang warga emas; Makcik Intan (60-an) dan Tok Yah (70-an, sebaya Tok). Seronok dan syukur sangat Umi berkongsi bilik dengan kedua-dua warga emas ni. Tak banyak kerenah tapi macam2 keletah yang menghiburkan hati Umi. Seolahnya mereka berdua dihantar untuk menghiburkan Umi yang tengah sarat rindukan anak2 terutamanya kakak yang ketika itu baru berusia 10 bulan, masih menyusu badan. 

Sedikit pesanan, bagi rakan pembaca blog Umi yang dah menerima jemputan ke tanah suci tahun ni, mulakan berdoa dari sekarang agar diberikan teman sebilik yang saling memahami, bertolak ansur serta hormat menghormati. Nampak macam remeh tapi kadang kita diuji dengan kerenah rakan sebijik yang pelbagai. Ujian yang kita anggap kecik ni kadang menggganggu kelancaran ibadat kita. Ada yang bermasam muka dan tidak bertegur sapa dek kerana salah seorang pergi bersendirian ke masjid, tidak mengajak temannya bersama! Bab ke masjid pun boleh bergaduh. Belum lagi masuk bab aircond, bilik mandi, sidai kain dsbnya. Memang kena banyak sabar dan berlapang dada. 

  Banyakkan  bangun malam dan merintih di hadapan-Nya. Sebut satu-satu yang kita hendakkan. Kalau ada masa, hayati tulisan Prof Kamil dalam buku "Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman". Didalamnya diajar cara untuk kita berdoa secara specific dan jujur. Alhamdulillah Umi dapat semua yang Umi nak, lebih baik dari Umi gambarkan. 

Berbalik kepada cerita Tok Yah tadi... Suatu hari balik dari Masjid Nabawi, Umi nampak Tok Yah dalam keadaan gelisah, macam lalok pun ye 😁 

Umi: Awat Tok? 
M.cik Intan: Tok mabuk pinang! 
Umi: Hah??????

Antara terkejut dan geli hati sempat pula Umi ketawa. Makcik Intan pula makin galak menyakat Tok Yah. Serious Umi tak sangka pulak boleh jadi gitu kalau mabuk pinang haha... Macam orang ketagih rokok atau air  ketum lagaknya. 

Credit source.

Kebetulan Umi ada beli kurma merah (kurma muda) sewaktu berziarah ke Masjid Quba. Umi tertarik dengan warnanya yang merah berseri lalu Umi beli beberapa tangkai. Tapi bila digigit kelat! Nak buang sayang lalu Umi simpan dalam peti ais. Umi ambik beberapa biji dah hulurkan pada Tok Yah. Jadilah kurma muda tu sebagai pengganti sirih pinang buat Tok Yah. Dapat jugaklah hilangkan ketagihan dia 😁😁😁

Credit source. 

Bila tiba di Mekah,  Umi mula jatuh cinta dengan ruthab (kurma basah) yang awalnya di jual sekotak 5 riyal sahaja. Umi simpan dalam peti ais dan jadikan kudapan setiap hari. Habis sekotak, beli lagi. Namun selepas wukuf harganya melambung sekitar 25 riyal sekotak! Ramai yang beli untuk dibawa balik ke tanah air masing2. Permintaan tinggi melonjakkan harganya.

Bagi yang taknak makan nasi time sahur tapi nak kekal bertenaga di bulan puasa ni cuba blend kurma & susu. Tak kisahlah fresh/full cream/low fat milk mana2 yang disukailah. Pastu jerang sekejap atas api. Kalau nak minum terus pun boleh. 

Bagi yang nak diet boleh juga buat minum time sarapan. Memang kenyang tau. Tapi tunggu lepas Ramadhan ye kalau nak SARAPAN minum susu kurma ni 😜  bulan puasa ni minum time sahur ye 😘

7 comments:

  1. Hehe, geli ati akk. Mano nak pinang kt sana kan. Akk nak doa byk2 bulan puasa ni supaya dpt juga jadi tetamu Allah ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Ketagih Kak nak buat macam mana :)

      Aamiin. DOA banyak2 insha Allah ada rezeki tu nanti.

      Delete
  2. gambar tu buah kurma muda kan ? pernah rasa sekali rangup kelat2 tapi masih manis. sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah...kelat2 mania gitu. Tapi kalau kita biar sampai masak lagi sedap.

      Delete