Malam Nisfu Syaaban kelmarin surau taman kami ada buat majlis bacaan Yasin. Alhamdulillah Walid pun sampai awal hari tu, sempat lah bawak hero-hero ke surau. Agaknya isnin tu ramai ambik cuti bersambung dengan hari pekerja sebab tu jalan agak lengang.
Ada jamuan lepas isyak. Putu mayam cicah kari ayam dengan kuih muih sikit. Rasa macam makan roti jalan kuah kari lebih kurang putu mayam tu. Umi lagi suka cicah gula merah. Kari tu imam surau sendiri yang masak. Roti canai pun ada jemaah sedekah, tumpang kenduri.
Esoknya cuti labor day tu Walid dengan anak2 cat rumah. Dah lama sakit mata tengok dinding tu catnya terkopek sana sini sebab sebelum ni lembab and sometimes basah. Leaking dalam bilik air membawa ke ruang tamu. Bila dah repair bilik air tu barulah dinding tu kering. But kami tunggu betul2 kering sambil cari masa sesuai barulah cat semula.
Inilah 'buruh-buruh' yang kena kerja sempena hari buruh semalam 😁
Si Adik pun taknak kalah. Sekali dia naik atas 'belemoih' atas bawah. Terus Umi bagi mandi. Boleh pulak Walid biarkan dia main cat tu 😇 si Abang pulak dah terlena siap berdengkur atas sofa. Penat sangat agaknya. Umi? Dok atas, pasang aircond tidoq haha... Sekali sekala berlagak jadi boss pulak kihkih...
Petangnya Walid belanja kat Ameena Bee. Kemain masing2 menjamu selera. Umi pun tuntutlah janji Walid nak belanja roti nan before puasa ni 😊. Alhamdulillah kenyang.
Sama dgn akak..
ReplyDeleteSuka putu mayam dgn gula merah dan kelapa.
Anak2 suka bila buat kerja2 mcm ni..
Hihihi boss besar tido ye😁
Tolong ka nyibuk tak tahulah mana lebih banyak hikhik...
Deletekitakan pekerja takde cuti kak, sekali sekala kita berlagak mem besau la :p
anak2 suka kalau buat kerja macam ni. rumah saya tu pun rasa nak cat baru je sebab dah banyak kesan conteng
ReplyDeletebab conteng dinding tu takyah cakap. lepas sorang sorang... yang besar2 dah tak conteng, waris ke adik2nya pulak :(
DeleteChild labor? hah..hah...
ReplyDeletehaha.. Aunty mau ka? upah kasi murah saja lol
Delete