Thursday 23 November 2017

Kembara Bumi Mexico



Alhamdulillah rezeki Walid 'terbang' ke luar negara sekali lagi tahun ni. Jika bulan puasa lepas Walid terbang ke Perth, kali ni makin jauh langkahnya, ke Mexico. Tempat yang dituju ialah Ciudad Del Carmen, terletak kira2 900km dari Mexico City.





In flight snacks, came with a beautiful message. 

Perjalanan ke bumi Mexico sangatlah panjang, tiada direct flight dari KL ke sana. Options yang ada ialah transit di London atau Amsterdam. Pilihan Walid KLM, Dutch airlines jadi singgahlah di Amsterdam selepas > 13 jam dalam flight dari KL. Semasa transit selama 6 jam di Amsterdam Schiphol Airport sempatlah Walid mandi, tukar baju dan berehat di KLM lounge. Since Walid  is a registered member under one of Skypark Priority, dapatlah privilege berehat di KLM lounge ni. Another privilege is priority check in thru fast lane counter. Tak payah que panjang2 utk check in.



Dekat KLIA, the card holder boleh lepak dekat MH Golden Lounge. Apalagi makan makan makan lah 😋





Umi dah goreng bihun tomyam kot kat rumah, sampai klia Walid makan pasta pulak. ish...ish... Tak ajak pun 😂



Ni dekat Amsterdam...
Cantik lounge ni, ala2 hotel.







Meditation center dekat Amsterdam airport. Kemas dan bersih dalamnya.



Dari Amsterdam ke Mexico City pula terbang lagi hampir 12 jam (11hr37min). Mesti lemau macam biskut masuk angin dah Walid time tu 😉 in flight meals dalam KLM ni boleh request untuk Muslim meal, no issues on food. Makan tido makan tido tak sampai2 lagi hehe... Dengan perbezaan waktu lagi memang jet lag habis.

Indah bumi mexico 😘

Faham? Tak faham pun takpe 😝
Sampai di Mexico airport sekitar 7pm local time, Walid checked in di hotel berhampiran airport. Next morning board a domestic flight, AeroMexico to Carmen, about 1hr30min trip.

Carmen airport. 

Mujur ada staff head office, Malay guy yang posting di Carmen. Jadi banyak sangat membantu & advise Walid on the trip. Yelah Mexico ni negara yang jarang orang kita travel ke sanakan. Sebelum travel pun Walid notified our embassy kat sana and they were very helpful. Gave few tips/advice antaranya tak digalakkan naik taxi di tepi2 jalan, minta hotel call kan if you need one and tak naik public transport if you don't understand Spanish. Mexicans speak Spanish ye... 

Sampai sana alhamdulillah pihak ofis dah sewakan kereta untuk kemudahan Walid & teammate dia. Yang jadi driver cum tour guide, Fad yang posting di sana. Sempatlah depa 'mengular' sampai ke Merida & Cancun. Kedua-dua tempat ni adalah tourist destinations. Dari Carmen ke Merida 5-hr drive and dari Merida ke Cancun another 3-hour journey. Besarkan Mexico ni. Pelancong kebanyakannya warga US. Ada direct flight from Dallas, Houston, New York dsbnya. Katanya flight dari Miami dalam 4-hour je kot ke sini.



Di Merida ni baru jumpa komuniti Islam. In fact they have a community hall di sini.


Breathtaking view of Cancun beach. No wonder it is a favorite tourist destination especially among the Americans. 
Matawang yang digunakan ialah Mexican peso. 1 peso = RM4. Di Cancun boleh guna USD sebab ianya duty free. Di Merida guna peso untuk sebarang urusniaga. Bila dah ke sini eloklah bershopping ye 😜 harga barang lebih murah dan lebih banyak pilihan.


Euro ni Walid tukar utk kegunaan di Amsterdam. USD tu guna di Cancun. 
Di Carmen tu menurut Walid seakan Kemaman. Kalau nak shopping better ke KT. Gitulah bandingannya. Halal food memang susah di Carmen. Tambahan pula tiada komuniti Islam di sana. Lunch break 2 jam, Walid dan rakan-rakannya akan balik ke hotel, which is just opposite the office untuk masak dan solat. Nasi dan lauk untuk lunch and dinner di masak oleh Fad. Pihak hotel bagi kebenaran utk dia memasak since dia memang stay di hotel ni sepanjang beberapa tahun bertugas di sini. Kalau outside food biasanya roti, telur, sayur, seafood dsbnya. Itupun mahal harganya, kira-kira RM50 sekali makan. 

Lengkap juga dapur dia :) 

Seriously drooling haha...

Jurang perbezaan antara orang kaya dan miskin juga ketara di sini. Malah pasaraya di sini juga mempunyai gred tersendiri, ikut kuasa beli masing2. 

Peminat Liverpool sukalah ni 😙
Ini pasaraya terkenal kat sana. Mana-mana tempat ada Liverpool ni.

Ini pulak kedai 24 hours macam 7E kat tempat kita. 

W/pun perbezaan masa 14 jam tapi dengan teknologi sekarang tidaklah terasa jaraknya. Kadang tu sehari 2-3 kali Walid buat video call via WhatsApp. Free khennn... Mula tu Umi confius juga nak kira beza tu. Lepas 2-3 hari tu baru cekap. Kalau sini pukul 12 t/hr, 12 jam ke belakang maknanya 12 t/mlm. Injakkan lagi 2 jam ke belakang, pukul 10 mlm. Dapatlah 14 jam bezanya. Senang je 😃

Hampir dua mingggu meninggalkan rumah, Walid selamat sampai sehari sebelum Convo Angah. Perjalanan balik pun lebih kurang sama, 1hr37min dari Carmen ke Mexico City. Checked in di hotel for day use, waiting for night flight then flew to Amsterdam (10hr15min). Transit 6 jam juga then flew back to KL. It took about 12hr15min journey to KL. We only saw him on the evening that day. 

Ini baru mukaddimah.  Banyak lagi Umi nak share. Untuk kenangan juga tatapan anak2 suatu hari nanti. Betapa besar pengorbanan Walid dalam mencari nafkah untuk keluarga 😘 terinspirasi agaknya dengan perjalanan jauh Walid ke Mexico, Angah terus cakap "besar Nanti Angah nak kerja di syarikat X macam Walid, nak pegi Mexico macam Walid juga 😁

Stay tune!

8 comments:

  1. seronok juga kerja sambil dapat melihat negara orang tapi bila fikir2 nak kena ada dalam flight berbelas jam macam ngeri pulak saya hehehe...alangkan 2 jam pun dah tak betah dibuatnya sebab nampak awan je sepanjang jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki Walid. Sambil menyelam minum air kata orang :)

      Delete
  2. Seronok juga kerja dapat fly sana sini. Interesting post, waiting for next post pasal walid kat mexico ni :)

    https://hanysapek.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki tuan suami :)

      Thanks singgah ye hanys.

      Delete
  3. Jauhnya perjalanan Walid ye! Melintas lautan dan benua. Semoga selamat pergi dan kembali, luas pemandangan dan banyak pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah cari rezeki utk keluarga k.Amie hehe...

      Alhamdulillah selamat pulang ke sorang Dah :)

      Delete