Wednesday, 29 November 2017

Melencong ke Merida & Cancun, Mexico


Sengaja Umi letak tajuk melencong, bukan melancong sebab Walid ke Mexico atas urusan kerja πŸ˜‰ kalau pergi melancong wajiblah Umi ikut hihi...

Kebetulan hari jumaat tu public holiday di sana jadi adalah sikit masa untuk Walid berjalan-jalan makan angin. Cantik sebenarnya Mexico ni. Walaupun Umi hanya tengok gambar je tak sangka rupanya it is a beautiful country. 


Mula-mula Walid ke Merida dulu. Di sini banyak tempat tinggalan sejarah, antaranya muzium dan gereja tinggalan penjajah. Mexico ni dulu tanah jajahan Sepanyol. Merida ni bandingannya macam 
Bandar Melakalah. Banyak bangunan lama-lama yang cantik. 





Nampak tenang je bandarnya. Kat sini Walid naik bas double decker macam kat KL tu round the city. 


Cantikkan awan tu..langit pun biru je... 

Dari Carmen ke sini around 3-hour drive so depa check in dekat hotel. The next day they traveled to Cancun. Di Cancun ni memang happening, sebab sinilah tourist spot. Subhanallah cantik sungguh pantai di Cancun ni. Patutlah jadi tumpuan pelancong. Kalau dekat, teringin juga nak pergi 😁 



Ada ikan jaws kot πŸ˜…



Ada Hard Rock Cafe, Hard Rock Hotel semuanyalah especially US related business sebab ramai tourists from the US. Boleh berurusniaga dengan matawang US dollar di sini. 




Dah ke Hard Rock haruslah beli T-shirt kan?


T-shirt tu untuk Walid lah. Umi dengan anak2 dapat juga, t-shirt Merida & Cancun. Ada jugaklah kenangan dari Mexico. Tanda mata dari Amsterdam pun ada juga, alhamdulillah. 





Satu perkara yang Umi perasan setiap tempat yang Walid ziarah tu ada sign board besar dan colorful. Memang jadi spot wajib untuk bergambar. 




Di sini Walid que almost 1/2-hour utk bergambar. 


 Stay tune. Kalau rajin nanti Umi nak share pasal hotel2 di Mexico ni pula. Manalah tau ada yang teringin nak ke sana πŸ˜‰. 


7 comments:

  1. cantiknya view kat sana.. makanan halal senang tak cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik zie...

      Susah sikitlah bab halal food tu sebab tak ramai orang Islam kat situ

      Delete
  2. Seronoknya dapat melancong negara orangkan PH. Walaupun atas urusan kerja tp boleh sambil sambil menyelam hihi....Rugi weyh kalau pergi sendiri.

    Kalau hakak tu mmg selpie sepanjang masalah nampaknya haha....
    Walau kemana pergi anak bini tetap jadi ingatan, rezeki tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Kak, seronok dapat jalan2 ni. Free pulak tu hikhik...

      Delete
  3. Cantiknya pemandangan......teringin pulak nak ke sana 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Tapi bila bayangkan perjalanan yg sangat panjang tu nak kena tunggu anak2 besaq dululah kot :)

      Delete
  4. Wahhh..syoknyerr..

    Xpelah..manatau kot dpt kesana nanti kan

    ReplyDelete