Dulu masa Umi kerja di CE Umi baru je graduate. Selain Umi ada 3-4 orang lagi staff semuanya fresh grad macam Umi. Kiranya inexperienced workers. Boss kami, EA pun baru mid 30s.
Bila syarikat berkembang sikit, makin ramai yang join CE. Tapi semuanya muda and mostly fresh grad juga. Jimat kos kata boss 😉 automatically Umi and staff lama ni kira seniorlah dalam ofis, dari segi umur & jawatan.
Sepanjang lebih 10 tahun Umi di CE, staff bawah Umi silih berganti. Yang tak berganti cuma EA dengan Umi je kot 😆 pelbagai ragam dan karenah Umi kenali. Since mostly fresh grad banyaklah yang kita nak tunjuk ajar. Kadang tu letih juga rasanya. Elok je nak settle down tetiba resign pulak. Dapat kerja lagi bagus atau tak tahan pressure. Biasalah keja event, banyak guna tenaga, kena stay up sampai 3-4 pagi kalau ada event besar dsbnya. Hire lagi fresh grad... Then the same thing happened and happened again.
Finally joinedlah sorang hamba Allah ni. Azie nama dia. Sebaya dengan Umi. Ada experience kerja. Lega banyak Umi even dia berbeza background tapi cepat pick up. Bagi je apa tugasan pun dia boleh setelkan. Tak perlu nak tunggu kita dan just need min supervision. Memang side kick Umi yang hebat Azie ni. Since kami sebaya, kami memang 'sekufu' dalam banyak hal. Boleh bersembang apa saja topik, tau mana yang nak off record, time mana nak serious time mana nak bergurau. Nonetheless, we respect each other and know where to draw the line.
K. Lin pula was specially hired as a personal driver for EA's family. Wife boss Umi ni somebody juga orangnya. Selalu meeting sana sini. Sesuailah ada driver sendiri. Bila free time k.Lin ni selalulah lepak kat pantry ofis. Sangat pemurah orangnya. Sangat tak berkira; duit, tenaga... Apa saja kita minta tolong jarang dihampakan. K.Lin ni tua 5 tahun dari kami. Memang sekepalalah kami bertiga. Bila berjumpa masing2 bercakap, cross line sana sini lepas tu pakat gelak. Gitulah setiap kali kami berborak.
Alhamdulillah semalam ada rezeki jumpa depa berdua ni. Since masing2 dah berhenti kerja di CE jarang dah jumpa. Last time jumpa masa birthday kakak last year. Rasa nak kena repeat the session sebab tadi tak sempat borak banyak. K.lin bawa Mak dia. Segan sikitlah kitorang nak gila-gila. Lepas tu Umi pun bawak satu battalion askar. Asyik nak monitor depa je.
Umi ni hari-hari mengadap anak2 je sekali sekala hang out dengan kawan2 rasa refresh sikit. Hope to catch up again with them. Hopefully soon 😘
Credit source. |
rasanya sekarang nak cari staf yg muda2, lagi ramai yg tak tahan pressure walaupun kecik je. tapi kalau yg boleh tahan memang boleh diharap & jadi kawan jgak. :)
ReplyDeleteTulah tu....ambik fresh graduate ni nak kena train tu yg leceh. Pulak tu kalau dah ok, dapat keje lain pulak tu. Aduhh mmg letihlah ye PH.
ReplyDeleteMmg seronok bila dapat berjumpa dgn ex ex ni (yg pasti bukan ex boyfriend hihi... ) lagilah bila sekufu dan sekepala. Mcm rasa tak cukup masa nak bercerita kan!