Wednesday 15 November 2017

Selera Mee Haa, Sri Gombak

Kadang tu bila hari-hari masak terasa jemu juga. Sekali sekala teringin nak makan kat luar. Kedai biasa-biasa je. Kalau restoran/kafe mahai2 tu kita reserve for special occasions lah. 

So on that night tu kami makan dekat area food court sri gombak, sebelah Petron tu. Kedai pilihan Selera Mee Haa ni. Sebelahnya warung sri ayu yang femes seantero gombak 😉

Eh food sedaplah dekat warung Mee Haa ni. Ada thai food and Western food. Kami pilih goreng-goreng. Portion besar sampai umi terpaksa tapau nasi goreng pattaya yang Umi order. Tak pernah lagi Umi makan tak habis ni 😆

Cinta mati kakak dengan mee goreng.
Makan mana2 pun asyiklah order mee goreng je :) 


Pilihan Umi. Dah makan separuh baru teringat nak snap gambaq 😀

Adik 'pau' mee kakak je. Makan sampai belemoih (kotoq) baju... 



Tak sampai suku pinggan dia makan, dah surrender. Memang kecik betul 'tank' angah ni :p 

Kalau angah pilih nasi goreng kampung, Abang pula pilih nasi goreng USA. 


Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan Abang makan
Suruh mengaji pun Abang tahu 😁

Selain food yang sedap ditekak kami, yang lagi best staff kat sini semuanya rajin senyum. Asal melintas tepi kita je senyum. Sejuk mata memandang. 

Will revisit insha Allah. Harga tu standardlah. Untuk 5 orang plus air, fries and keropok around RM45. OK kot... Tapi takleh lah selalu. Rakyat ramai 😜

4 comments:

  1. kita ni dudk the nearest je kak.. cuma tak bertemu je lagi.. haha sy selalu lepak kedai thaqwa depan tu.. suka makan mee goreng mamak dia.. mee goreng dia banyak boleh makan berdua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tu la...belum ada jodoh hikhik...

      Dulu akak suka gak 'berThaqwa' tapi sekarang dah tukar port, ameena bee. Goreng2 dia lagi sedap akak rasa...

      Delete
  2. Akk pun selalu bwk mkn gerai2 biasa je, jadilah kan.. akk rasa not bad setakat ni, dr segi rasa boleh tahan, dr segi harga sgt ekonomi pd zaman sekarang ni.
    Portion besar tu yg best. puas hati makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la Kak...zaman semua barang mahal ni kenalah jimat poket. Warung biasa2 je, tapi kadang tu lagi kena dgn tekak kita orang biasa ni :)

      Delete