Jumaat lepas berpeluh jugaklah Umi bila start kereta tak mau hidup 😢 panik sungguh sebab fikirkan Abang masih di sekolah. Takut dia risau pula Umi lambat jemput.
Tapi sebab few weeks ago Cikty ni pernah jadi camni Umi taulah jugak apa nak dibuat. Mula2 buka bonet depan. First time ni pegang button buka bonet tu. Itupun main agak2 je sebab hari tu nampak Walid pull the button 😊 bonet tu dah terbuka sikit tapi terkial-kial juga Umi nak unlock bagi dia terangkat. Meraba-raba dekat 5 minit baru terangkat bonetnya. Dah terangkat tu ingat boleh lepas gitu je macam but belakang sudahnya kepala kena hempap sikit. Lupa kena letak tongkat bagi bonet tu ternganga. Harapnya takde lah orang nampak haha... Sentuh wayar tu sikit, wayar ni sikit try start balik tak jadi jugak 😕
Sayup2 dengar orang masih berwirid/berdoa dari masjid. Maknanya jiran2 lelaki masih di masjid. Solat jumaat belum selesai. Nak panggil Kak Pah ke Kak Bedah ke kang sama je spesies macam Umi, buta enjin 😊
Finally here came the hero haha... Nampak motor Tn kassim aka chief balik dari masjid terus Umi tahan. Minta tolong tengok kan kereta.
Minyak ada?
Ada tuan. Full tank, bawah sikit 😁
Battery OK?
OK kot, baru tukar bulan 1.
Bagi key...
Lepas 3 kali try start, he said "something wrong with the electronic key/alarm ni". Ah sudah 😨
I'll get a mekanik for you. Don't worry dekat sini ja.
Chief memang speaking London ye uolls 😉
Elok je chief beredar, Umi try start bolehlah pulak. Alhamdulillah. Cikty ni saja bergurau dengan Umi kot. Dan mujur jugaklah mekanik tu keluar makan. Kalau tak rasa bersalah pula.
Nak kata tak service 🔧🔩🔧🔩 tak juga. Memang service Cikty ni ikut schedule. Taktaulah mana yang tak kena. But hopefully nothing seriouslah 😇
Be nice to me ye Cikty 🚗🚗🚗.
Mau tak panik... nasib buat halnya kat rumah PH. Kalau kat traffic light lagi panik tu. Hihi...kalau dah namanya pompuan mmg spesis sama jerlah.
ReplyDeleteNampaknya dah sampai masa kena tuko kuda tu haha...
Mintak simpanglah Kak break down kat mana-mana...
ReplyDeleteTuko? Thanks but no. Sayang sungguh kat cikty ni :D