Tuesday 6 June 2017

Persiapan Raya ~ Baju Raya


Umi ni kalau sebut pasal persiapan raya, yang paling utama dan pertama Umi setelkan semestinyalah baju raya. Hari ni setel semua. Lega. Alhamdulillah. Umi jenis tak suka last minute. Semua mesti well plan. 10 tahun jadi event managerkan. Bila jadi 'home minister' pun dah terbiasa buat kerja mesti ikut plan :)

Langsir baru ke sofa baru ke Umi tak kisah sangat sebab sambut raya di kampungkan. Time nak sambut puasa hari tu Umi dah siap basuh dah langsir. Karpet pun adalah beli baru ganti tikar buluh yang dah seusia dengan kemasukan Umi ke rumah ni. Nanti lepas raya bila ada tetamu nak bertandang kita touch up je la mana yang patut. 

Cerita pasal baju raya ni memang awal kami buat persiapan. Cuti raya cina hari tu lagi dah ke jakel cari kain baju melayu Walid. Alang2 dah sampai situ beli sekalilah baju melayu siap untuk Abang. Koleksi Aaron Aziz, rm75 sepasang siap dengan sampin. Last year beli kain dan tempah lagi mahal dari beli siap. Tapi kena alter jugaklah sebab size dewasakan. Upah alter dalam rm15. Still lower as compared to last year, upah jahit rm100. Pastu bila siap kena alter lagi sebab tailor buat singkat. Tambah lagi duit rm25. Kalau kat tempat Umi free je sebab silap diakan. Malas nak gaduh bayar je la. Sudahnya upah jahit baju dia last year lagi mahal dari upah jahit baju Walid :(
Takpe lesson learnt. 

Baju kakak baju Adik semua setel. Cuma nak decide je mana satu jadi baju raya pertama sebab baju kurung Adik warnanya sangat kontra dengan kami semua. Beli baju tu dah lama. Umi berkenan terus beli masa post raya sale dekat aeon last year. 

Baju Angah lah yang paling susah nak cari. Asyik takde size je. Semalam Umi beli kat giant. Ikut size Walid bagi. Sekali besaq pulak dah. Hari ni pi tukaq. Bawak dia sekali. Oklah cuma color takde lah sedondon dengan kami. Biarlah janji ada baju raya dak? Umi malas nak fikir dah. Dekat jakel mesti ada tapi malas nak ke sana dah. Hari tu tak beli siap2 pulak sebab fikir senang nak cari utk dia. Padahal untuk dialah paling susah. Lesson no 2 noted. 

 Selain tu  untuk anak2 ni Umi beli 3-4 helai baju baru selain baju melayu & kurung. Buat pakai jalan2 raya nanti. 

Untuk Umi pula tahun ni Umi beli serba berdiri, dari kepala sampai kaki. Kasut yang dah ada tu uzur benar dah. Itu yang ganti baru. Umi pilih modern look tahun ni. Nak tempah baju kurung malas beli kain. Nak beli siap takde yang berkenan. Kat online tu banyak tapi Umi tak berani amik risiko. Takut ada yang tak kena itu ini.  Jubah pulak Umi dah bosan. Sudahnya Umi beli baju ala kurung modern pair with skirt. Bolehlah kan. 

Antara yang Umi berkenan tapi tak beli pun :( 

Umi baru siap buat rekod perbelanjaan baju raya ni. Allah terkejut sungguh. W/pun bukan spent serentak tapi besar juga jumlahnya. Nak sedapkan hati umi kira purata setiap sorang, taklah banyak sangat untuk 6 orang. Biasa-biasa  je. Padahal nak cover line sebab yang paling banyak spent umi ni la.

Kena pandai pusing sikit sebab budget kuih raya belum approve lagi :p




4 comments:

  1. senang bila semua persiapan dah disiapkan, hujung2 tak perlu kalut lagikan. Cantik pula saya tengok jubah dress dalam gambar tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah tu la lega rasanya. Malas nak keluar shopping bulan puasa ni.

      Cantik kan? Tapi tu la online, kita tak biasa beli huhu

      Delete
  2. Hakak tak beli lagi baju Raya PH. Baju melayu dah belilah.
    Duk pening kepala nak beli kat mana ni. Si anak dara tu susah betul, susah nak jumpa yg berkenan.

    Murahlah ek kat Jakel tu Rm75 sepasang siap sampin. Rugi tak beli kat sana.

    ReplyDelete
  3. Anak dah besar agaknya ada citarasa sendiri la kan. Anak2 saya masih boleh guna kuasa veto lagi hehe...

    Kira murahlah Kak.. Kualiti kain pun elok

    ReplyDelete