Masa Umi kecik2 dulu setiap kali raya kakak ipar Umi, Kak M akan bawak balik biskut chocolate chips ni untuk kami. Setahun sekali dapat makan biskut modern macam ni terasa mewah! Maklumlah orang kampung. Kami hanya biasa dengan kuih bahulu, kuih bangkit, kuih siput, peneram, kuih kapit... Zaman tu oven pun takde. Kuih muih hanya dibakar di dalam takung iaitu tin biskut yang di belah dua. Diatasnya ditutup dengan tudung periuk beserta api sabut. Zaman tu semua DIY :)
Umi sebenarnya dah pernah cuba buat biskut ni beberapa tahun lepas. Tapi tak menjadi. Biskut nya agak lembik dan lemau. Masa tu resepi ambik dari majalah. Smartphone belum ada. Kalau tak senang sikit Umi nak Google :)
Kali ni Umi try lagi. Ikut resepi K.Azie Kitchen. Alhamdulillah resepi k.Azie jarang mengecewakan. Tips yang diberi sangat berguna especially for a cook noob like me :p
I copy & paste your recipe here ya k.Azie. May Allah bless you with good health and rahmah always.
Credit : Azie Kitchen. |
Mula-mula satu kan bahan A. Butter tu biarkan lembut/cair pada suhu bilik. Kalau plan nak buat pukul 10, pukul 8 tu eloklah keluar kan siap2 butter.
Minyak jagung Umi gantikan dgn minyak canola. Second batch Umi buat, Umi guna minyak zaiton pula sebab minyak canola dah habis.
Serbuk koko Umi tiba2 time nak guna baru perasan dah expired. Bulan 12 tahun lepas lagi. Umi ganti dgn serbuk Milo je. Pun boleh. Cuma cerah sikitlah biskut nya.
Cream of tartar pun Umi takde. Umi ganti dengan cuka. Tapi ayak dulu lah bahan yang perlu diayak baru tambah cuka. Kalau letak dulu, macam mana nak ayakkan. Ada cecair (cuka) dalam tu.
Lepas tu gaulkan kedua-dua bahan. Simpan dalam fridge 1/2 jam untuk sejukkan adunan. Dalam masa yang sama, panaskan oven.
Basil tangan Angah |
Sudukan adunan kecik2 je sebab biskut ni akan mengembang sekali ganda. Jarakkan sikit antara satu sama lain.
Bakar pada suhu 160°C selama 20 minit. Dah masak, sejuk kan dulu biskut sebelum dimasukkan ke dalam bekas.
Dua hari berturut2 Umi bakar biskut ni sebab sedap! Cuba lah ye.
For full recipe and tips, please klik HERE.
Again thank you so much k.azie.
Dah siap masuk bekas untuk bawa balik kampung. |
Puan Hazel, I love chocolate chips cookies. So addictive, once makan cannot stop! Anyway, I would like to wish you and your family Selamat Hari Raya!
ReplyDeletesy pun suka choc chips cookies, dulu ms kecik2 time nak raya selalu buat biskut raya, sekarang je kemalasan tahap mengada2 hahaa
ReplyDelete