Saturday, 3 June 2017

Sekejap je...



Hari ni dah 9 Ramadhan. Sekejap je kan. Moga kita manfaatkan sepenuhnya awal Ramadhan yang dijanjikan rahmat ni.

Kalau ikut KPI Umi, patut dah habis 10 juzuk pertama baca al Quran. Tapi umi pun tak pastilah dah berapa juzuk umi habis. Sebabnya Umi tak concentrate baca juzuk by juzuk tapi Umi bahagikan kepada 3 bahagian; baca sendiri (juzuk 1-10), tadarus dgn Abang (juzuk 11-20) dan 10 juzuk terakhir Umi baca dalam solat. Nampak macam tamakkan. Tapi takpe, tamak pahala :) 

Bab puasa pula alhamdulillah. W/pun bf Adik so far alhamdulillah takde masalah. Dia pun dah makan solid food. Time kerja dulu Umi pam susu. Memang terasa kering tekak setiap kali lepas pam. Hasilnya pun drop, dapat separuh je dari hari biasa. Tapi alhamdulillah Abang & Angah OK, membesar dengan sihat walafiat :) yang penting minum air secukupnya supaya susu tak kering.  

Abang puasa OK so far. Adalah jugak kengkadang tu minta nak berbuka tapi Umi bo layan :p dah suka sangat nak main bola la badminton la macam hari biasa memang lah haus. But he made it so far. Darjah 1 dia tinggal puasa 8 hari je. Darjah 2 pulak terbalik, puasa 8 hari je! Tapi salah Umi jugak, Umi pun tak puasa last year, berpantang. Bila dia nampak Umi suapkan adik2 dia pun teringin lah agaknya. Tapi dia tak makan, minum air je. Balik sekolah je nampak lah Angah bawak naik air ke bilik. Bila tanya Abang bermati-matian tak mengaku. Tapi biasalah mother's instinct, dapat agak dah. Finally dia confessed sendiri. 

Kelas hafazan berjalan seperti biasa di bulan Ramadhan

Angah pula start dari hari ke-2 sampai sekarang dah puasa penuh. Kadang tak sahur pun larat juga puasa. Dia pun memang jenis yang kurang makan agaknya sebab tu boleh bertahan. Tapi kadang dia tergoda juga tengok Kakak makan especially bila Kakak makan biskut Marie. Biskut favorite dia. Lemah sekejaplah iman dia hikhik...


Kakak pula bila orang cakap tak puasa marah kemain. Padahal dah terang lagi bersuluh tengah tunggang botol susu:p
 tapi time berbuka dia lah juara. Makan mengalahkan orang berpuasa. Bila Walid tanya Kakak puasa ke? 
"Kakak minum susu je, tapi Kakak puasa", confident & firm sungguh jawapan dia setiap kali ditanya.

Adik memang lah tak puasa kan. Tapi sama macam Kakak juga, nak juga join berbuka. Taknak duduk atas baby chair. Atas riba Umi @ Walid juga pilihan dia. Harap juga dia tidur time tu tapi cergas pulak dia. 

Ada orang tu berbuka dengan burger je semalam :)

Alhamdulillah 'ala kulli hal. 


4 comments:

  1. Comel je kakak...

    Nuha baru belajar puasa tahun ni. Kemarin dia puasa juga walaupun tak sahur, tp mungkin sbb lapar sangat, dia ambik epal adik dia tengah mkn.. Lps mkn epal, dia cakap "ok, kakak sambung puasa semula"...hahahaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lapaq sangat la nuha tu ye... Takpe pelan2. Nawfal ni bila puasa kuranglah sikit huha huha dia tenang sikit semua orang hahaha

      Delete
  2. anak saya si abg adam tu,tahun lepas memang tak puasa langsung tahun ni alhamdulillah belum tinggal lagi setakat in.

    comel je lah jawapan si kakak tu ha..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok tengok gelagat masing2... Teringat zaman kita kecik2 dulu belajar berpuasa hehe

      Delete