Ini projek kuih raya Umi yang ke-2. Nampak tak Umi ni pilih kuih yang senang2 je dibuat. Sebabnya nak buat dengan anak2. Biarlah yang simple je. Umi pun malas nak susahkan diri sendiri hikhik. Nak layan karenah depa lagi, nak fokus pada kuih lagi. Baik kita buat yang straight forward je.
Time Umi kerja dulu selalu order dengan member je kuih ni. Tak tahu pulak senang je nak buat nya. Lagipun tak terfikir nak buat sendiri time tu. Tau order dan makan je.
Umi ambil resepi Popia Nestum Horlicks ni dari blog K.Amie. Terima kasih banyak ye K. Amie. Kita copy & paste here your recipe for future reference ya.
Credit : K. Amie. |
Popia tu Umi potong dua bahagian dan gulung begitu sahaja. Umi takde chopstick. Try guna straw tapi melekat pula bila nak cabut straw tu.
Tukang gulungnya Abang.
Boleh tahan juga hasil kerja Abang :)
Setiap gulungan tu Umi gunting kepada 3 bahagian. Sekali ngap je bila makan nanti :p
Tetiba teringin nak makan laksam pula bila tengok gambar ni. Macam laksam kan?
Untuk bahan yang hendak digaul, Umi guna Nestum & Horlicks 3-in-1 je. Dah puas cari tak jumpa yang serbuk, Umi ambik je 3-in-1. Jadi tak perlu tambah gula dan susu tepung.
Nestum tu blend dulu ye.
Alhamdulillah kejadiannya sangat memuaskan hati. W/pun kurang cantik di mata tapi sangat sedap di tekak. Hahaha.
Untuk resepi penuh, sila klik SINI.
Again, tqvm K.Amie. May Allah bless you and your family always.
Hihi......hakak pun suka buat benda yg senang senang weyh.... itu kekadang malas, apatah lagi benda susah mmg tak buatlah jawabnya PH.Yg penting cepat siap!
ReplyDeleteMenarik jugak ni PH....bahan senang nak cari. Tak payah gi kedai bakery ek
Samalah kita Kak! Dahlah senang confirm jadi insha Allah. Susah-susahkan tak jadi, membazir pula
Deletesenang je nih anak2 pun suka makan, kalau sempat boleh buat juga ni
ReplyDeleteKejap je mama, insha Allah sempat. Minta Abang Adam tolong gulungkan :)
Deletetu dia dah siap dah kuih raya..popia nestum ni sedap kunyah depan tv
ReplyDeleteJanjiKita
Raya dah tak lama dear :)
DeleteMinggu ni pulun buat kuih raya let hehe
Tq singgah ye.
That looks great, Puan Hazel! It's quite a bit of work so it's nice that you have extra helping hands. Yes, they do look like laksam hah..hah...
ReplyDeleteHopefully one day they can do it on their own so that I can goyang kaki hehe..
ReplyDeleteKan? Like laksam LOL