Thursday 22 December 2016

Family Day 2015 @ Taiping





Awal kami keluar rumah pagi tu. Singgah sarapan dan terus bergerak ke Taiping. Janji bertemu dgn family Jitra lunch time di Taman Tasik Taiping. 

On paper je hehe..

Perjalanan lancar alhamdulillah tapi lagi 5km nak ke exit Taiping tu ada sikit jam. Lama jugaklah kami 'sangkut' atas jalan. Geng Jitra dah sampai. Kita pulak dah tak sabar nak jumpa Abang sebab dah sebulan dia balik kampung duduk dgn Tok Umi. 

Reunited after a month of separation
Angah & Kakak excited sungguh jumpa Abang semula


Rambut Kakak pendek lagi time ni
Bila sampai tu ronda sekejap tengok Burmese Pool yg ada dalam agenda lawatan esok harinya. Kita tak berapa berkenan dgn tempat tu, banyak monkey! Itu OK lagi. Lagi satu sampah alahai kemain banyak kat main entrance ni. Tempat ni ala2 air terjun ka hot spring ka gitulah. Bukan taste kita lah kan. Takut kencing tikus ke apa ke tempat crowded macam ni. 

Then kami gerak ke Taman Tasik, hampaq tikaq bawah pokok and had our lunch.  Asalnya nak lunch tepi tasik tapi risau pulak, nanti ada yang terjun tasik!

Lepas makan kami checked in di Taiping Golf Resort. Uda booked 3 chalets. Petang tu kanak2 riang terus terjun kolam. Mandi manda sampai senja. Malam semua dah penat, rehat je kat chalet masing2. Ikutkan tentative malam tu pergi night zoo tapi semua nak lepak je.

Esok pagi lepas breakfast, pakat berendam dalam pool lagi. Budak2 je la, kita ni jadi life guard je. Ramai jugak orang time ni esp yang stay kat apartment dlm golf resort ni.

Masak makan semua kat chalet je. Petang kami keluar ronda pekan tepeng, nampak aeon terus masuk hehe. Beli toys je kat anak2.

Malam tu pakat pegi night safari @ zoo Taiping. Kita tak ikut, dok dgn Kakak. Baru masuk 2nd trimester tak berani nak lasak2.  Mood nak bercuti pun tak berapa ada sbb masih battling with pregnancy woes time tu.

Esoknya pun sama, pakat berendam dalam pool. Lepas jumaat kami checked out, terus ke Kuala Sepetang cari Mee Rebus Mak Jah.  Dari kuala sepetang terus ke jitra. 

 Ini family day yg ke-3 (2015). Yang first di Penang 2013. Yang second di Shah Alam, tapi kita tak sempat buat entry. Sibuk dgn persiapan dan urusan ke tanah suci masa tu (2014). Tahun ni pula hanya sekadar outing di Darul Aman Park. Oklah tu. Masing2 ada komitmen dan kekangan. Dapat berkumpul sekali sekala pun dah besar rahmat. Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

2 comments:

  1. Lamanya abang balik kampung kak... ramai geng ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Citer thn lepas ni Nina...
      Antar blk kg belajar tahfiz dgn sepupu2 hehe...

      Delete