Wednesday, 28 December 2016

Nasi Ayam Mancongkam


Parking agak limited sbb close to the main road.

Turun je dari MRT, perut mula berkeroncong. Hubby terus bawa makan di kedai Nasi Ayam Mancongkam ni. Lokasi di Jalan Gombak, berhadapan Masjid Sg Mulia. 

Time kami sampai tu dah ada pelanggan sedang menikmati nasi ayam mancongkam ni. Makin lama makin ramai pulak. Ada yang dine in ada yang take away. 





Time siang nasi ayam je menunya, ayam biasa atau garing. Ada juga stall jual samosa di luar kedai. Sebijik samosa rm1. Waktu malam ada sizzling mee pelbagai rasa. Rasa lagi meriah tempat ni waktu malam.

Personally kita rasa biasa je nasi ayam ni. Hari tu pun nasi ayam garing tu sejuk. Kalau ayamnya baru digoreng, panas2 mungkin sedap lagi kot... Apapun habis jugak kita makan :p


Harga sangat berpatutan.
5 set nasi ayam dgn 5 gelas teh o ais around rm36. Lebih kurang rm7.20 seorang. 

Ada masa nak try datang waktu malam pulak. Nak try sizzling mee. Samosa kita beli tapi tak rasa, buat buah tangan ziarah member di tawakkal lepas lunch hari tu. 

No comments:

Post a Comment