Saturday, 24 December 2016

Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang



Lepas solat jumaat kami bergerak ke Kuala Sepetang. Dalam sejam jugak kot perjalanan, dah lupa. Yang kita ingat, kita asyik mengunyah jeruk Pak Ali yg ayah beli utk menantu2 dia yg pregnant. Time ni k.cik pun tengah mabuk! 

Sebelum sampai ke warung Mak Jah ni ada 1-2 warung lain yg menjual mee udang tapi kita nak try hat mak jah. Maklumlah femeskan seantero Malaya. Actually dekat wangsa walk pun ada cawangannya tapi nak jugak rasa yg original di Kuala Sepetang ni. 

Memang ramai pelanggan time kami sampai tu. Nak parking pun susah. Siap ada pakcik makcik RELA jaga, macam rumah kenduri. Kagum la sekejap kita dgn suasana sesak gitu. 

Serving time tak lama w/pun ramai orang. Air pun standard, sirap dgn oren je kot. Air kelapa adalah. Selain mee udang, ada juga gerai jual cucur udang, produk makanan laut, goreng pisang dsbnya bersebelahan dan berhadapan dgn warung Mak jah ni. 

Sotong goreng tepung.
Sejuk dah kurang rangupnya

Sedap sangat cucuq udang ni.
Please try if you are here.





Taste wise bagi saya biasa je, tidaklah outstanding sangat. Dapat rasa sekali pun cukup dah. W/bagaimanapun udangnya memang fresh, rasa manisnya. Time kami nak balik tu, ternampak pembekal sedang punggah tong2 udang yg baru sampai. 

Dari Kuala Sepetang kami terus balik ke Jitra. Hujan lebat semasa melintasi Penang. Menjelang maghrib baru sampai. Alhamdulillah. 

No comments:

Post a Comment