Sabar menunggu train sampai |
Makin hari makin ramai yang dah try naik MRT ni kan. Kita pun taknak kalah hikhik... Tumpang free ni mai la kita try :)
Dari carpark ke train tu kena jalan kaki sikitlah, dalam 5 minit kot. 2x naik escalator tapi ada lift utk yg memerlukan. Untuk masuk, kena touch mykad atau touch and go card. Kanak2 macam Abang tu depa bagi token. Ini untuk time free (sehingga 16/1/2017) sahaja. Nanti kenalah beli ticket but still kena guna kad T&G sbb semuanya cashless transactions. Kalau tak silap kitalah.
Kat depan keta kita ni ada 2 lampu hijau menyala. Ada parking kosonglah tu |
Parking 8 tingkat. Takyah berebut no. |
Nak parking pun senang, ada indicator kat parking space tu. Merah occupied and hijau vacant spots. Ada juga electronic notice board yg bagitau jumlah available parking spaces di setiap level. Thumbs up!
Mesin beli ticket. |
MRT route & stations |
Feeder bus |
Kami naik dari sg buloh ke semantan and patah balik. Around 30-45 minutes each route. Tak sempat tengok jam to get the exact time. Kami tak singgah mana2 pun tapi ramai penumpang yg turun di stesen bandar utama dan mutiara damansara. Shopping kat IKEA la tu :p
Selesalah kocnya.
But during peak hour maybe crowded jugak kot. Apapun a good initiative by the government. Reliable and convenience transportation macam ni lah yg diharapkan.
Happy faces! |
No comments:
Post a Comment