Thursday, 10 January 2013

Sudah Sampai Masanya 1

10 January 2013

Sekitar jam 10.58 malam, saya di kejutkan dengan SMS "Akak, ayah saya dah takde". Saya bingung dan keliru, kerana setahu saya ayah beliau sihat w/pun baru-baru ini mengalami kemalangan motorsikal. Beliau hanya patah tangan dan masih menunggu giliran untuk 'follow up' di hospital. There's nothing unusual about that. 

Saya tergamam, sengaja membiarkan dahulu SMS itu tidak berjawab. Pengalaman sendiri sewaktu kehilangan orang tersayang dulu membuatkan saya tidak terburu-buru menghubungi beliau. Saya percaya beliau masih terkejut dan kelam kabut mendapat berita yang tidak disangka ini.  Saya tidur semula, walau hanya  tidur-tidur ayam. Saya masih berfikir, ini berita benar atau tidak. Jam 3 pagi, saya menghubungi beliau semula. Ayahnya dipercayai terkena serangan jantung. Innalillah...

Beberapa hari sebelum itu, kami berborak santai bertanya khabar ahli keluarga masing-masing. Keakraban kami menyebabkan kami mengenali ahli keluarga masing-masing w/pun dari kejauhan. "Semalam saya mimpi gigi saya habis tercabut". Saya diam. Sambung dia lagi: "K.Yong saya kata, 'mak de' tu nampak 'berat'", merujuk kepada ibu saudaranya yang sedang menerima rawatan kanser di hospital. Dia terus menyambung bicara, "ye lah orang kata kalau mimpi gigi tercabut, ada orang nak meninggal". Saya hanya tersenyum, tidak memberi sebarang komen, namun dalam hati saya teringat mimpi yang sama 10 tahun dulu. Yang pasti, bila sampai ajal kita, tidak dipercepat atau ditangguh barang sesaat pun, itu janji Allah. Ada disebut dalam al Quran. Bimbang pula syirik jika percaya pada mimpi. 

Bertabahlah sahabat, sudah sampai masanya untuk beliau kembali kepada Penciptanya. Teruskan berdoa untuk arwah, jadikan doamu sebagai bekal untuk beliau di alam baru.

Al Fatihah untuk p.cik Sheikh Yusoff... semoga Allah mengampuni dosa-dosa beliau dan menempatkan beliau dikalangan kekasih-kekasihnya. Amin! 



No comments:

Post a Comment