Wednesday, 16 January 2013

Ole-ole dari Suami...

Tuan Suami asyik out-station ke sana ke mari. Part yang bestnya sudah tentu bermacam ole-ole yang di bawa pulang. Part yang tak best? Simpan dalam hati jew...:)

Macam-macam yang saya order...:)
Kalau dulu, saya lebih suka kalau suami hadiahkan sesuatu yang boleh dikenang-kenang seperti kain batik, kain pasang, beg, telekung dsbnya. Tetapi dek kerana kerap sangat beliau outstation, dah habis rasanya wish list saya untuk benda-benda personal nie. Bulan lepas dah ke KB, bulan ni turun lagi. Takkan saya nak order telekung lagi kan? Suami pun mesti dah tak nak beli kan...

Makanya, inilah hasil yang dibawa balik oleh Tuan Suami sewaktu ' merantau' ke Kuching, KK & KB baru-baru ini. Yang paling best, beras wangi siam tu. Memang menyelerakan betul, itu yang saya order seguni terus untuk next trip ke KB...:) Budu pun ada? Hehehe... ingat nak sedekah kat jiran-jiran, rupanya mereka tak makan budu. Saya makan? Sikit-sikit je... Udahnya tersimpan je budu tu di ceruk dapur. 

Toto Narita tu saya minta ngan Tuan Suami, menggantikan toto yang hilang dipinjam dek orang. Sedih sebenarnya, toto yang hilang tu pemberian mak saya, masa saya dok bujang dulu, menyewa kat AG. Huhuhu...nostalgia betul...

No comments:

Post a Comment