Sunday, 30 December 2012

2013 Resolution I - Kitchen Cleanliness

I am compiling some material for my year end entry and while doing so, I'm copying here a useful advise taken from The Star on how to manage our kitchen. It's actually a reminder for me - to keep my "little paradise' at best at all time! I am kinda person who like to wash big pile of the dishes at once usually after all the cooking are done. So its gonna my new year resolution to keep my kitchen clean while working / cooking.

Ok, let's take a look at the tips:-
1. It is better to clean up as you go along, rather than having to wash a big pile of dishes at the end of the day
2. spend few minutes wiping down all the counters at the end of the night
3. Use nicely scented cleaner so that the kitchen will have a lovely smell in the morning
4. a quick wipe with damp cloth will keep the handles of appliances clean
5. the sink needs a good scrub as a sparkling sink helps to keep the kitchen area inviting and a pleasure to work in
5. wash up the dirty dishrags and towels and bring out fresh ones for the new day

Credit: The Star, 31 Dec 2012

So its gonna be my new year resolution! 


Tuesday, 25 December 2012

Al Amin Food Corner


Kami sekeluarga berkesempatan menjamu selera di Al Amin Food Corner (AFC) yang terletak di belakang Shell Greenwood, bersempena anniversary.

Boleh saya katakan makanan Arab yang disediakan bercitarasa tempatan, atau lebih tepat sesuai dengan tekak orang Melayu especially the nasi. Kebiasaannya (bagi saya), saya akan cepat muak jika makan nasi arab / beriani  dsbnya tetapi mungkin tuan kedai telah mengolah resepinya makanya nasi yang dihidangkan sangat menepati selera saya. 

 
Dari pintu luar... 


Bahagian luar kedai, non-aircond


Bahagian dalam kedai yang berhawa dingin





 Pilihan kami - mixed lamb, chicken & nasi mandy 
Alhamdulillah, cukup satu set untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak


Full set - ada nasi & lauk, salad, sup & 'air asam' 


Teh Arab Pudina - RM3 segelas.. order untuk saya


 

 Selesai....:) 
Sebelum balik, bayar bill dulu ye...:) 

Sebagai conclusion, food memang sedap dan saya pasti akan datang lagi!

Wednesday, 19 December 2012

Kedai Makan Upin & Ipin

Abang is a big fan of Upin & Ipin. So, we brought him to Kedai Makan Upin & Ipin for his birthday treat. We went to Kedai U&I kat Taman Melati. There are few outlets di Shah Alam dll. Not so sure. 

Sukenye die... Opal pun tersengih je nampak banyak sangat gambar U&I kat dalam kedai tu. CD U&I juga dipasang all the time. Itu yang kids suka sangat tu. Waktu kami sampai ada 3-4 families yang bawak anak-anak makan di sini.

 Pelbagai barangan U&I ada di jual di sini.

Koko Crunch U&I - RM2-3 sekotak



 Decoration memang menggunakan sepenuhnya karakter U&I, membuatkan anak-anak excited sangat. 





Senarai menu. Namun personally saya rasa the quality of food must be improved especially the 'ayam goreng'. It should be served hot instead of sejuk & lemau. 



Me and hubby so relieved that Abang was so happy and keep talking about the kedai for 1-2 days after that.


Monday, 17 December 2012

Library AEON Keramat

Cuti sekolah masih berbaki kira-kira 10 - 12 hari lagi. Mungkin bagi ibubapa yang sudah kekeringan idea untuk memanfaatkan cuti sekolah ini, saya cadangkan anda membawa permata hati anda ke Perpustakaan Awam yang terletak di AEON Keramat.

Walaupun saiznya kecil, tetapi amat selesa untuk bersantai bersama anak-anak disamping menggali khazanah ilmu. Buku pelbagai genre disediakan, termasuk juga kemudahan internet. Difahamkan anda boleh juga meminjam buku tetapi saya tidak sempat bertanya akan prosedurnya. Perpustakaan ini terletak di tingkat bawah AEON Keramat. 


 Susun atur dan interior design yang sungguh ohsem. Masuk dalam ni rasa macam taknak balik rumah... Seronoknya hidup kalau boleh bergolek-golek dengan buku. I got an idea how to make over our home library. Yang bulat frame hijau tu LCD tv, sangat menarik dibingkaikan begitu. Tetiba mood nak make over rumah menjadi-jadi plak...:)



 Berkenan sangat dengan wall paper tu.  Sabar-sabar...









 Open on Sunday. Boleh bawak kids during weekend, penat study bagi diorang mandi air pancut kat luar tu. Mesti kids suka sangat-sangat. 



Jom kita jada Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya! 


Wednesday, 12 December 2012

Bayu Hotel, Baling, Kedah

Sewaktu AKAD NIKAH AIDA tempohari, kami sekeluarga menginap di Bayu Hotel, Baling. Untuk makluman, daerah Baling terletak di negeri Kedah Darul Aman. Di daerah terpencil ini telah tercatat beberapa peristiwa penting dalam negara kita antaranya Rundingan Damai Kerajaan & PKM antara YM Tunku Abdul Rahman Al Haj & Chin Peng dan Tragedi Memali.  

Menurut cerita orang-orang tua, Baling mendapat namanya kerana peristiwa yang ada hubung-kait dengan kisah Raja Bersiong. Sewaktu melarikan diri dari rakyat yang marahkan baginda kerana 'dahagakan darah' rakyat, baginda telah lari sehingga ke daerah Baling. Di sini, beliau telah mencabut taringnya dan membaling taring tersebut. Makanya, dinamakan orang tempat ini BALING. Wallahua'lam.

Terdapat kemudahan penginapan yang terhad di pekan kecil ini. Salah satunya ialah Bayu Hotel, yang di asaskan oleh seorang usahawan (saya tidak pasti beliau anak tempatan atau orang luar) yang terkenal dengan syarikatnya - Ramli Motors. Jika sebut Ramli Motors, hampir semua penduduk Baling mengenalinya. 

Bayu Hotel terletak hampir dengan pekan Baling di lokasi yang sangat mudah di jejaki. 





 Standard room. Cukuplah untuk keluarga kecil kami - 1/2 tidur atas katil, 1/2 tidur kat lantai. It's OK, at least we have had a good rest sebab besok was the D-Day for Aida. Mesti penat & sibuk.



 Aduyai, lupa plak apa nama tv tu. On the 'pc' then ada 3 channel sahaja available and one of it TV3. 



 Ballroom yang agak luas - sesuai untuk wedding, event dsbnya. 






 Ini kafe, just nice. But perhaps they could add more food with the RM130 per night we should get more food. We were asked by the kitchen staff to take 1 piece of begedel each only. Ala kak, buat ler lebey2 skit begedel tu, since the food served is so limited. Tak kenyang le kalau bededel besau duit 50 sen tu boleh amik seketul je sorang. Opal pun paling koman 2 biji dia ratah je...:) 
Please improve ye! TQ


The Lobby



Renovation sedang dijalankan di bahagian depan hotel to accomodate more visitors







Kenapa setiap hotel review kena ada gambar toilet ye Puan Hazel? Sebabnya saya sangat particular dengan kebersihan & kemudahan bilik air yang disediakan. Yang ini tip-top, black & white gitew. Cantik, kemas & bersih. 

Sekian, terima kasih daun keladi
Esok-esok datang lagi...:)

Wednesday, 5 December 2012

Aku... Teristimewa

While 'flipping' thru KOSMO online today, there is an article that caught my eyes. KLIK SINI UNTUK ARTIKEL PENUH.

Saya seorang kidal. Dan rupanya saya antara 10% penduduk DUNIA, bukan Malaysia okeh yang kidal! Wow, special kan? Hahahaha... apa yang special pun tatau, tapi yang pasti saya rasa orang kidal memang unik! Malah, ada hari yang diwujudkan untuk istimewa untuk orang kidal i.e. Hari Kidal Antarabangsa Sedunia, yang diraikan setiap 13 Ogos. Info ini pun saya dapat dari artikel di atas. 

How special I am? 
 Memang special, macam 'kawan' saya kat bawah nie...:)

See? President Obama pun lefties..:)

Semasa darjah 1, saya telah di pilih oleh guru untuk masuk pertandingan menulis (dah lupa rumi atau jawi) tapi praktis menggunakan buku 'garis tiga'. Mulanya saya tak hadir ke sesi latihan kerana saya fikir kawan saya (kebetulan nama kami serupa) yang dicalonkan tapi rupanya saya yang jadi pilihan cikgu. W/pun tak menang, tapi sekurang-kurangnya ada pengiktirafan di situ bahawa tulisan saya w/pun kidal ianya bukanlah buruk...:) 

Di sekolah menengah, seorang guru menggelarkan saya 'special' or he fondly call me 'Iswara'. Kenapa? Sebab saya satu-satu murid dalam kelas dia yang kidal. Everytime nak jawab / tanya soalan, the teacher will address me as Iswara! Fanatik betul ngan Proton Iswara agaknya...:) By the way, thank you very much Sir for making what I'm today! Berkat doa cikgu tu agaknya, akhirnya saya memiliki sebuah kereta Iswara! 

Namun, saya juga pernah ditegur oleh rakan yang saya amat hormati (sebab dia wara' di kalangan kami) agar menulis menggunakan tangan kanan - lebih berkat & afdhal katanya. Terkesan sekejap dengan nasihat beliau, praktis la menulis dengan tangan kanan. Tapi tak jalan....:) 

Sewaktu di universiti, saya mempunyai masalah mendapatkan kerusi  yang beserta meja (ala, kerusi yang di attached skali ngan meja, nak duduk kita angkat skit meja tu, then duduk turunkan balik meja tu) di kelas kerana kebanyakkan dicipta untuk orang biasa - saya luarbiasa k! Terpaksalah duduk secara menyeget, ambil nota dari lecturer. Gigih masa tu...:) Agak-agak dengan U sekarang dah tak pakai ke kerusi tu? Google nak cari image takde pun... 

W/pun dalam banyak urusan seharian saya menggunakan tangan kiri, tapi untuk menjamah makanan & minuman semestinya tangan kanan! Yang penting, hargailah diri kita sekiranya ingin dihargai.





Monday, 3 December 2012

Homestay Merpati, Manjoi Perak


Jika anda merancang untuk bermalam di sekitar Ipoh or specifically Manjoi, I want to recommend an affordable and well maintained homestay - Homestay Merpati. We stayed here during kenduri Alip last month - SILA KLIF SINI UNTUK TAHU JALAN CERITANYA - TIMA KASIH

Untuk harga RM180 semalam, anda dapat 3 bilik tidur dan 1 bilik air. Breakfast sendiri ye...:)

Teringat plak rumah mak kat kampung







Berminat? cer call tuan rumah tu


Pintu masuk yang comey lote.. ala-ala citer Ibu Mertuaku gitew... 
Bagi yang berketinggian ala-ala model tu hati-hati ye, kena membongkok skit sebab pintunya agak rendah.


Ruang tamu - ada tv & kipas dinding
Abang dah tak sabar nak explore rumah, sambil ajak Tok yang kepenatan...:)

Ruang dapur - lengkap dengan meja makan, microwave oven, freezer , kettle & pinggan mangkuk




Tangga untuk ke tingkat atas


Tangga ni memang dugaan betul, apa tidaknya inilah tempat memanjat Opal. Sekejap je letak kat ruang tamu, tengok2 dia dah berlari ke tangga. Anak jantan betul! 


Master bedroom - 1 katil queen & 1 katil single


Iron disediakan





Bilik di tingkat bawah

 This is one of the best homestays yang saya pernah duduk. W/pun bilik air di tingkat bawah, saya OK je. Dah namanya rumah kampung, cenggitu la kan? Saya suka sebab rumah ni bersih, kemas dan lapang. Even FIL pun cakap, tak nampak sawang satu pun!

Balik Ipoh lepas nie dah tak risau pasal penginapan...(wink wink)

Oopssss, lupa nak habaq, lokasi tidak jauh dari the newly-opened Mydin Manjoi. 
Orang Manjoi pergi Mydin naik motor, tak pakai helmet pun...:)