Saturday, 21 December 2019

Beli apa 12.12?


Jom borak-borak kosong hari minggu ni :D


Sajalah Ummi ni gatal tangan bukak website Lazada, Shopee masa 12.12 hari tu. Nak tengok-tengok je apa yang sale sangat tu. Teringat pula nak tengok service trolley/food trolley ke kot ada offer best. Dah lama teringin food trolley ni. Browse sana, browse sini akhirnya berkenan dengan satu multi-purpose rak ni, ada roda dah paling penting harga mampu milik. Ummi kalau shopping online ni tak berani beli barang-barang mahal, takut indah khabar dari rupa. 

Tanpa membuang masa, Ummi pun share link dengan Walid. Minta Walid usha dulu. Sebab ada review kata susah nak pasang rak ni. Biar Walid tengok sebab dia yang nak tolong pasang nanti. Walid  ok dan terus order.

 Cepat, pantas
Good product alhamdulillah

Alhamdulillah mudah dipasang, item semua lengkap, takde skru tercicir ke apa dan yang paling penting rak ni LAWA! Rugi pula beli satu je 😅


Ini barang Ummi... Walid pula beli luggage bag. Yang ini kami beli direct dengan company, Universal Traveller. Kali ni kali ketiga kami beli dengan Universal Traveller ni. Yang first kami beli December last year. Kami beli luggage bags 28", dapat sekali 20" bag. Yang 20" tu memang selalu guna. Walid pun kalau outstation bawa yang tu je sebab baju kerja siap gosok semua gantung je dalam kereta.  Yang 28" besar gedabak. Pernah guna bawa balik kampung raya hari tu sekali je. Saiz besar sangat, makan ruang.

First purchase .. 

RM219 include postage. 

Dah ada yang 28" dan 20", mulalah teringin nak cukupkan koleksi. Beli pula yang saiz 24" bulan lepas. Complete set dah kiranya. Yang 24" ni sedang elok untuk kami bawa travel. Tak terlalu besar, dapat jimat ruang.

Second purchase... 

RM109 include postage. 

Tapi 12.12 hari tu tergoda juga, beli lagi sebiji bag 20". Iya benernya keperluan buk, bukan nafsu :p Tak muat pun dua bagasi kat atas tu kalau kami travel. Almaklumlah rakyat ramai. Baju seluar Abang pun dah sama besar dengan baju seluar Walid, memang perlukan space luas pun. Sebelum ni pun kena guna juga satu lagi beg untuk isi keperluan kami anak beranak kalau travel lama. Sampai dah patah rodanya asyik usung sana sini. Alhamdulillah ada rezeki lebih kita belilah. Itupun kami ambil tempoh bertenang dulu 2 hari hihi... Ikutkan nak delay lagi tapi offer lasted until 14 Dec je so grab jugalah.

Third and last :D 

Nak kata murah tak juga, harga sama je dengan yang 24" tu :( 

Walaubagaimanapun bagi Ummi the best was offer yang tadika anak buah Ummi, Ariel tawarkan. Kata Makcik, sesiapa yang bayar yuran bulanan untuk this coming January on 12 Dec hari tu, hanya perlu bayar RM100 je. Tahu berapa yuran bulanannya? RM270. Untung sangat kan? 

Thursday, 19 December 2019

Abang ~ Result UPKK 2019


Kelmarin (18/12/2019) result UPKK dah keluar. Allahu debarnya nak tunggu pukul 11 tu rasa macam berdebar nak masuk dewan bedah (OT) time nak bersalinkan anak-anak ni haha... I is nervous :D

Ummi checked thru SMS. Took about 1/2 hour juga to get the reply. All channels were congested sebab satu Malaysia gunakan... Ada 3 cara utk check; website JAKIM, SMS dan portal mygovernment.


Dalam Ummi menunggu tu, ada yang dah start share result anak masing-masing. Rata-rata dapat 8A. Bertambahlah debaran Ummi ni bila tau result kawan-kawan Abang.

Akhirnya dapat juga result Abang, dapat 7A. Alhamdulillah. Ummi yakin Abang dah cuba yang terbaik. Adalah tu kekurangan di mana-mana yang Allah tak izinkan Abang dapat straight As. Mungkin juga Allah nak tunjuk dekat Abang  supaya lebih fokus sewaktu jawab exam. Bukan setakat fokus waktu study dan ulangkaji. As his mother, I knew it very well his weaknesses. Abang kena ubah attitude dia yang "nak cepat habis jawab exam sebab kawan-kawan dah siap". Tahun depan nak ambil UPSR ni. Maybe juga dia over confidence. And Ummi juga ambil iktibar dan kena banyak muhasabah diri. Ummi kena lebih tolerate dan tidak terlalu bagi tekanan pada Abang.

Nak kata kecewa tu tidaklah, cuma sejujurnya sedih juga sebab Abang tak dapat 8A. Ramai pula kawan-kawannya yang dapat 8A. 48 orang semuanya, the highest scores in 3 years. Sedihlah sebab Abang tak 'sangkut' dalam 48 orang tu sebab dia pun ada harapan. Abang pun cakap, "Abang doa bagi kawan-kawan dapat 8A, Abang yang tak dapat 8A..." huhuhu... Allah simpan dulu doa tu untuk future, Abang jangan give up ye 😘

 But as Walid said to me "don't compare with others Ummi..." Rezeki masing-masingkan, Ummi redha. Perhaps it would be a turning point for him to put more effort and to change his attitudes.

 Suka dengan msg positive dari Mama Muaz ni 👍

Tapi Ummi berleterlah juga kat dia 🤭 Saja ambil peluang untuk boost motivation dia. Dah habis Ummi bersyarah tu, dia tanya, "Ada hadiah tak Ummi?" So innocent haha... Taktaulah nak marah ke gelak :D 


Congrats Abang 💐💐💐

Kalau ada yang nak semak keputusan, boleh berbuat demikian. Ummi pun baru tahu maklumlah baru first time anak ambil peperiksaan macam ni. Zaman Ummi dulu, terima aje apa keputusannya. Jangan kata nak buat semakan semula, nak buat rayuan ke apa pun takde peluang. 

Ini untuk sekolah di Selangor ye. Katanya semakan ikut negeri masing-masing. 

Tahniah ye semua. Moga kejayaan sentiasa mengiringi anak-anak kita aamiin. 

Wednesday, 18 December 2019

Tahniah Kak Sya ❤️



Kami dijemput ke majlis perkahwinan Kak Sya tapi tak dapat menghadirkan diri sebab wedding Kak Sya clashed dengan wedding Uda.

Sebagai pengganti diri, Ummi belikan hadiah untuk Kak Sya. 


Dah wrap cantik-cantik Ummi pergi hantar terus before balik kampung tempohari.


Bila balik ke sini, Kak Sya pula bagi Ummi hadiah berupa door gift yang fused untuk pihak lelaki. Cantik bekas mengkuang ni. Kesukaan Ummilah traditional items like this. Dalam bekas tu ada gubahan burung dan telurnya yang dibuat dari jeli (Sumi) So cute! Kata mak Kak Sya, depa masukkan juga bahulu ikan dalam bekas tu tapi sebab dah agak lama, depa keluarkan bahulu tu. Takut berkulat. Tak kisahlah, yang penting bekas tu :D

Cantik dan kreatif kan? 




Tahniah ye Kak Sya. Moga berkekalan jodohnya hingga ke akhir hayat. Jadilah isteri yang solehah, sentiasa membahagiakan suami agar dirimu sendiri beroleh bahagia 😘




Monday, 16 December 2019

Restoran Tok Keramat, Jitra



Dah lama Ummi dengar tentang restoran yang jadi sebutan di kalangan warga Jitra ni. Katanya makanan di sini sedap, murah dan pelbagai hingga rambang mata nak memilih. Pernah sekali singgah tapau air sebelum meneruskan perjalanan balik ke KL. Itupun Walid yang masuk ke kedai.


Jadi, Ummi amat teruja bila Tok Umi ajak kami semua bersarapan di sini pada pagi sebelum bertandang ke rumah Pak Uda.
Benar bagai dikata, restoran ni sangat meriah; dengan pelbagai jenis menu sarapan pagi dan tengahari! Lauk untuk tengahari pun dah ready seawal jam 8.30 pagi. Tak ketinggalan pelanggan yang memenuhi hampir segenap ruang restoran. Tapi jangan risau, restoran ni besar. Walaupun ramai pelanggan, tidaklah kita rasa sesak atau tidak selesa.






Terkejut Kakak... "Ummi, daging harimau boleh makan ke?" 😂😂😂



Roti puri... RM1.50 ja seketul...

Ummi dan Maklong ambil nasi putih. Tak boleh tahan ooi tengok ulam, sambal yang menggoda walau di pagi hari! Lagipun Tok Ayah kata lepas zohor baru ke rumah pengantin. Baik alas perut tebal-tebal haha...


Pilihan makanan bermula dari appetiser hinggalah ke dessert, semua ada.
Menurut cerita Maksu, tapak restoran ini milik datuk moyang pemilik kedai yang digelar Tok Keramat. Gelaran Tok Keramat ni dalam bahasa Kedah maksudnya seseorang yang dihormati didalam masyarakat kerana tinggi  ilmunya, waraknya dan kelebihan tertentu yang dimilikinya seperti mampu mengubati orang sakit dsbnya.

Ada surau. Sejuk telinga mendengar alunan ayat-ayat suci Al Quran yang dipasang.


Kawasan persekitaran yang bersih dan terjaga...


Kawasan parkir yang luas.

Alhamdulillah kenyang. Harga? Untuk makanan sahaja, dengan 9 dewasa, 3 remaja dan 8 kanak-kanak hanya +-RM80. Untuk minuman, kuih dan dessert bayar berasingan sewaktu kita order. Bagi Ummi sangat berbaloi sebab makanan sedap, service bagus, harga berpatutan... Alhamdulillah.

Restoran Tok Keramat 
Jalan Ilmu 
06000 Jitra 
Waktu operasi: 7.00 pg - 4.00 ptg setiap hari. 

Happy 10th Birthday Una!



Nak juga Ummi abadikan di sini tentang sambutan hari jadi Una, anak saudara kami yang ke-10 tempohari.

Walaupun masih penat dengan kenduri Uda malam sebelumnya, dia tetap juga nak ibunya sediakan kek dan sambut birthday dia keesokan harinya haha... So that night, makan-makan session lagilah. 


Ayam Bakar Beriani Noxxa 

Birthday girl with her siblings & beloved cousins 

Depa ni kalau kami balik kampung depa pun sama, checked in di rumah Tok Umi juga, Bila kami balik Gombak, depa pun checked out juga hihi...

Tauhu begedil ni sedap sangat.
Setiap kali makan-makan Maksu order. 

Una ni kalau Ummi balik kampung rajin tolong Ummi di dapur. Sambil tu teman Ummi bersembang. Macam-macam cerita, macam-macam rahsia dia kongsi dengan Makngah dia ni :D

Happy birthday Una. Makngah sayang Una sangat-sangat 😘

Saturday, 14 December 2019

Sarapan di Cafe College Heights Utara


Jam 8.30 pagi kami sudah berkumpul di Cafe Kolej Heights Utara untuk bersarapan bersama keluarga Mama SP dan keluarga adik-adik Tok Umi. Sebelum nak berangkat ke destinasi masing-masing kita isi perut dulu. Pengantin baru pun joined sekali. 

Special tukang masak sediakan pagi tu... Gulai batang pisang bersama nasi putih 😋Jangan pelik, orang Kedah biasa je makan nasi putih di pagi hari.

Gulai batang pisang aka kari daging bersama empulur pisang. 


[Baca sini: Minum Petang di KHU

Spaghetti Olio Aglio pun ada...


Ada juga kuih-muih, nasi lemak dan roti canai.

Sedap semuanya alhamdulillah. 

Kanak-kanak riang tu pun, lepas sarapan terjun kolam. Lepas puas berendam, makan semula :D Memang licinlah makanan semua. Lepas makan pakat bawa haluan masing-masing. Kami jalan-jalan cuci mata sekejap di Alor Star. Singgah di Stadium Darul Aman, belikan anak-anak jersi Kedah sorang sehelai. Untunglah Ammar & Haziq, ikut Pakngah dapat juga habuan :)

Tengahari kami makan nasi bungkus je. Malamnya pula ada birthday celebration untuk Una. Balik kampung kenyang sokmo haha...

Wednesday, 11 December 2019

Belleza Homestay @ Kolej Heights Jitra


Kami sampai di kampung petang Khamis. Dari Gombak singgah di Ipoh, ziarah Daniel yang baru berkhatan. Jemput Tok bawa balik ke kampung, barulah kami teruskan perjalanan ke Jitra. Singgah sana, singgah sini hampir 10 jam juga perjalanannya.

Tahniah Daniel... Dah jadi big boy 😘

Esok paginya, sekitar jam 10 pagi angkat beg lagi. Kali ni kami checked in di sebuah homestay berhampiran lokasi majlis resepsi Uda. Senang nak berulang-alik memantau persiapan majlis yang akan diadakan di sebelah malam. 

Belleza Homestay
Open style neighbourhood. 

Tak ada apa sangat yang nak dibuat pun. Ummi lebih banyak melayan kanak-kanak riang ni mandi kolam. Boleh tahan lama depa ni berendam. Ummi tetap setia jadi life guard dengan Paksu :D

Sunburn semuanya...




Sempat meninjau persiapan majlis... 


Balik ke homestay, belum sempat Ummi Walid angkat barang, depa dah serbu meja makan. Tau pun lapaq! Menu sarapan tadi; nasi lemak, Spaghetti Carbonara semuanya masih banyak. Bolehlah alas perut dulu sebab lepas solat jumaat ada kenduri.

Kelaparan 😄

Homestay ni ada 4 bilik tidur, 3 bilik air. Setiap bilik ada aircond, tak payah berebut :) Homestay ni juga termasuk dalam pakej katering yang ditawarkan oleh pihak yang menguruskan tempahan katering dan majlis di Clubhouse Kolej Heights Utara. Kalau tak silap, minimum order ialah 1000 pax. 'Pape roger' tauke Cafe Kolej Heights Utara 🤗

Ada family area di sebelah atas, tempat anak-anak bujang tidur. Rasa ada ambil gambar tapi tak jumpa pula dalam phone:(

Master bedroom

Bilik kami...

Shared bathroom with Mak Kodiang. Setiap bilik ni dilengkapi dengan queen bed dan almari pakaian.

Ruang dapur yang sangat luas. Di sebelahnya ada bilik tidur dan bilik air berasingan. Tempat istirehat Tok Ayah dan Tok Umi. 


Mesin basuh pun disediakan tapi kami tak sempat membasuh pun. Bawa ke self service laundry lagi senang. 


Bersepah budak-budak ni tinggalkan meja makan tu. Makngah juga kena kemas...


Ruang tamu ni agak panas. Mungkin pengudaraan yang kurang baik, terasa bahang walaupun kipas dibuka. Mungkin juga kerana tingkap sentiasa ditutup jadi haba terperangkap dalam rumah.


Harga sewaan semalam rasanya RM350. Kalau family besar sesuailah menyewa di sini.. 

Makan tengahari kami di rumah Makngah Minah. Kenduri bersunat cucunya, Uwais... Lepas solat jumaat kami ke sini. Orang Kedah memang suka buat kenduri time cuti sekolah. Tak kira hari apa, asalkan cuti sekolah. Jumaat pun onz. 

Ummi ambil pulut kuning sikit... Lebihnya ratah je lauk. Dietlah kohnon! 

Kakak dan Alya ambil laksa seorang semangkuk. Last2 mak ayah depa juga kena habiskan. Dietlah sangat Ummi ni :D.